Ada pihak didapati tidak senang dengan kewujudan Mara Digital sehingga sanggup menyebarkan pelbagai tohmahan termasuk melalui media sosial untuk memastikan pusat usahawan digital bumiputera itu gagal.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak berkenaan dipercayai melakukan perkara itu untuk memastikan monopoli mereka dalam bidang itu terus kekal.
"Langkah mewujudkan Mara Digital ini bukan untuk bersaing dengan mana-mana pihak tetapi sebagai langkah untuk menyediakan tempat perniagaan kepada bumiputera sesuai dengan peranan Mara itu sendiri.
"Ini kerana selama ini peniaga bumiputera dalam bidang tersebut susah untuk mendapat tempat dan jikalau adapun sewanya agak mahal, menyebabkan ramai yang tidak mampu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program 'Back To School Yayasan Pelajaran Mara' di sini hari ini yang turut dihadiri Timbalan Pengerusinya, Zahida Zarikh Khan.
Sehubungan itu, Ismail Sabri berkata pihak lain tidak sepatutnya merasa terancam dengan kewujudan pusat digital berkenaan ia hanya merupakan alternatif kepada pusat digital yang sedia ada di negara ini.
"Tak perlu rasa terancam sebab pusat itu hanya mempunyai 38 gerai berbanding pusat digital lain yang lebih besar dan mempunyai beratus-ratus gerai.
"Kami hanya menyediakan pilihan kepada pengguna dan kami tidak pernah memaksa mereka untuk membeli-belah di situ, jadi tak perlulah nak memburukkan Mara Digital," katanya.
Menurutnya kewujudan Mara Digital juga sedikit sebanyak membantu menghidupkan kembali Arked Mara yang selama ini perniagaan di kawasan itu hampir malap.
Sementara itu sepanjang tahun ini Yayasan Pelajaran Mara memperuntukkan RM2.5 juta untuk menyalurkan peralatan kelengkapan persekolahan kepada 25,000 pelajar di seluruh negara.
Ismail Sabri berkata jumlah itu meningkat berbanding RM1.8 juta peruntukan yang disalurkan pada tahun lepas untuk membantu 16,000 pelajar.
-- BERNAMA
NSM NSM KLS
Bernama
Sat Dec 26 2015
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga, kiri) beramah mesra dengan penerima bantuan persekolahan ketika majlis "Back To School" anjuran Yayasan Pelajaran Mara hari ini. - Gambar Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Letupan baharu menggegarkan Beirut
Rakaman video menunjukkan letupan itu menerangi pinggir bandar selatan yang padat penduduk.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Letupan kuat itu bermula hampir tengah malam dan berterusan hingga Ahad.
#AWANIRingkas 6 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Oktober 2024
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
1️⃣ Keperluan tenaga boleh baharu
2️⃣ Menjelang Belanjawan 2025
3️⃣ Banjir di Perak dan Selangor
#awaniringkas
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
KPT sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua IPTA berada pada tahap tertinggi.
AWANI Ringkas: Keperluan tenaga boleh baharu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan, jumlah keseluruhan kini 17 orang dievakuasi
Wisma Putra dalam kenyataan segera memaklumkan, seramai enam orang lagi turut dijadualkan tiba di Malaysia malam ini.
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
Mara Digital hanya pilihan, bukan untuk saingan - Ismail Sabri
Ada pihak didapati tidak senang dengan kewujudan Mara Digital sehingga sanggup menyebarkan pelbagai tohmahan termasuk melalui media sosial untuk memastikan pusat usahawan digital bumiputera itu gagal.