SEPANG: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 150 kilogram (kg) sarang burung walet yang telah diproses bernilai kira-kira RM250,000 untuk dieksport ke Vietnam, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Khamis lepas.
Pengarah MAQIS Selangor Mohd Sobri Md Hashim berkata hasil pemeriksaan pada 1 tengah hari yang dijalankan oleh pegawai dari MAQIS dengan kerjasama Polis Bantuan Malaysia Airport ke atas seorang lelaki warga Vietnam mendapati 15 kotak gabus dibawanya tidak mempunyai dokumen sah seperti Eksport Permit dan Sijil Kesihatan.
"Berikutan itu, sarang burung yang telah diproses seberat 150kg itu telah ditahan untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Sobri berkata perbuatan mengeksport produk hasilan haiwan tanpa permit sah adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(2) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia2011 [Akta 728] yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) akta sama.
Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.
"Pihak MAQIS sentiasa bersedia dalam melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi haiwan, pertanian, ikan yang masuk mahupun keluar dari Malaysia mematuhi syarat dan peraturan ditetapkan bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 25 2022

Sarang burung yang telah diproses seberat 150kg itu ditahan oleh pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. - Foto Sinar Harian

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Malaysia diminta tangguh sementara eksport produk sarang burung walet ke China
Keputusan itu selaras dengan Protokol bagi Eksport Produk Sarang Burung dari Malaysia ke China.

MAQIS rampas sarang burung bernilai RM250,000
Hasil pemeriksaan mendapati 15 kotak gabus yang dibawa seorang lelaki warga Vietnam tidak mempunyai dokumen sah.

MAFI giat usaha eksport sarang burung walet gua ke China
Ia bagi memastikan produk hasilan negara itu dipasarkan di China dengan nilai sebenar yang boleh mencecah sehingga RM20,000 sekilogram.