Mayat Eviline Linty Kaya, mangsa terakhir bot karam di sungai Nanga Entabai, ditemui terapung di Lubuk Sepali dekat Hulu Sungai Kanowit pada jam 7.15 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superitendan Bidol Noyeng berkata, penemuan mangsa berusia 23 tahun itu menamatkan serta-merta gerakan mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga hari ini.
Ketika kejadian Jumaat lalu, lima sekeluarga dalam perjalanan ke Rumah Gani untuk bercuti meraikan Gawai Dayak.
Perjalanan mereka berakhir tragedi apabila bot mereka naiki karam dipukul ombak.
Lenny mangsa pertama ditemui lemas sejurus kejadian, anak dan suaminya berjaya menyelamat diri berenang ke tebing manakala menantu dan cucunya hilang.
BACA: Mangsa kedua bot karam sungai Nanga Entabai ditemui
BACA: Nenek lemas, menantu dan cucu masih hilang
Sehari kemudian, mayat Kelvin Sama Markus, 6 tahun ditemui di Sungai Pecur.
Insiden pulang Gawai itu agak tragik kerana sebelum kejadian, Lenny bersama suami menjemput tiga beranak pulang dari Kuala Lumpur untuk beraya bersama keluarga di rumah panjang berkenaan.
Kebanyakan rumah panjang di sepanjang Sungai Kanowit, Song dan Kapit cuma dapat dilalui jalan air dan kejadian karam menjelang sambutan Gawak Dayak bukan perkara baharu berlaku di kawasan persisiran itu.
Rohana Wahed
Sun May 27 2018
Penemuan mangsa berusia 23 tahun itu menamatkan serta-merta gerakan mencari dan menyelamat (SAR) yang masuk hari ketiga hari ini. - Foto Astro AWANI
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Mangsa terakhir bot karam sungai Nanga Entabai ditemui
Mayat Eviline Linty Kaya, mangsa terakhir bot karam di sungai Nanga Entabai, Jumaat lalu ditemui terapung di Lubuk Sepali di Hulu Sungai Kanowit pada jam 7.15 pagi tadi.