Polis percaya 14 warga Myanmar yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 190.6 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran susur keluar Plaza Tol Bukit Merah, di sini, pagi Ahad, cuba diseludup masuk ke negara ini.
Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X -Trail yang terlibat juga telah melarikan diri selepas kemalangan.
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, tiga maut, manakala 11 lagi cedera selepas kenderaan tersebut terbabas sebelum melanggar penghadang tepi lebuh raya.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak, Superintendan Zakaria Abd Rahman berkata, polis percaya kumpulan 13 lelaki dan seorang wanita itu cuba diseludup ke kawasan tertentu.
“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti sindiket terbabit,” katanya kepada pemberita di sini.
Kemalangan itu dipercayai disebabkan SUV berkenaan hilang kawalan sebelum terbabas merempuh penghadang jalan, menyebabkan tiga mangsa tercampak keluar dan terjatuh ke bawah jambatan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
BACA: Van terbabas di Lebuhraya PLUS, sekurang-kurangnya tiga maut
Menurut Zakaria, kesemua 11 penumpang yang cedera, termasuk tujuh yang parah dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan.
Zakaria berkata, kesemua mangsa yang meninggal dunia pula dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.
Polis turut menahan empat warga asing yang cedera ringan untuk siasatan.
Menurutnya, polis sedang mempergiatkan usaha mengesan pemandu dan memohon kerjasama masyarakat setempat.
Di samping itu, ujarnya, polis juga sedang berusaha mengesan pemilik kenderaan SUV itu yang beralamat di Kampar, Perak.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Abd Razak Mohd Ali
Sun May 19 2019
Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, tiga maut, manakala 11 lagi cedera selepas kenderaan tersebut terbabas sebelum melanggar penghadang tepi lebuh raya.
41 mayat ditemukan selepas perlanggaran udara dekat ibu negara AS - Ketua bomba
Pihak berkuasa menjangkakan dapat menemukan semua mayat insiden perlanggaran udara maut berhampiran Washington DC.
Google Search kini ada permainan mini 'Block Breaker'
Buka sahaja Google Search dan cari Block Breaker, akan ada kad memaparkan permainan ini bersama-sama dengan koleksi permainan yang lain.
Banjir Sarawak terus meningkat, Sabah catat peningkatan kecil jumlah mangsa
Banjir Sarawak semakin memburuk dengan mangsa meningkat kepada 12,486 daripada 3,648 keluarga di 62 PPS, setakat 8 pagi ini.
Persoal usaha bangunkan semula Gaza hujah kurang cerdik, cermin kejahilan moral
Malaysia tidak akan berhenti untuk terus menghulurkan bantuan hanya kerana ada segelintir gerombolan berasa "terlalu jauh" untuk peduli.
Serangan tapak nuklear akan jadi kesilapan besar AS – Iran
Iran akan bertindak balas serta-merta dengan tegas jika tapak nuklearnya diserang kerana tindakan itu boleh sar yang boleh dilakukan oleh Amerika Syarikat.
Pemimpin tertinggi Iran semakin bimbang bahawa Presiden Amerika ketika itu, Donald Trump, dalam penggal keduanya mungkin memberi kuasa kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk menyerang tapak nuklear Iran sambil memperketatkan sekatan terhadap industri minyak negara itu.

Pesawat kecil terhempas di Philadelphia, mangsa belum dikenal pasti
Sebuah pesawat kecil yang membawa sekurang-kurangnya dua orang terhempas berhampiran sebuah pusat beli-belah di Philadelphia.
Kejadian ini mengakibatkan beberapa mangsa tercedera, menurut laporan media tempatan pada hari Jumaat.
Kejadian ini mengakibatkan beberapa mangsa tercedera, menurut laporan media tempatan pada hari Jumaat.
Dakwaan salah laku Afdlin Shauki: Laporan siasatan dalaman siap minggu depan - Dr Zaliha
"Tidak apa kalau saudara Afdlin mahu menolak dan menafikan tuduhan tersebut, itu hak beliau."
Pembukaan Parlimen Isnin ini, titah Agong tumpuan utama
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Kerajaan kaji impak teknologi ke atas pekerjaan
Kementerian Digital sedang bekerjasama erat dengan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) untuk mengkaji impak teknologi terhadap pekerjaan dan mengenal pasti pekerjaan masa depan.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja.

Kanak-kanak lapan tahun ditemukan lemas
Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemukan lemas di Pantai Kampung Kandis berdekatan Villa Danialla Beach Resort, Bachok, 7.30 malam pada Jumaat.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II KUP Yusri Mat Ghani dalam kenyataan berkata Ahmad Ammar Rafaeil Ahmad Ridtauden sedang mandi di pantai itu bersama tiga rakan yang lain sebelum dihanyutkan ombak dan arus deras pada kira-kira 6.15 petang.

Mangsa nahas SUV di Lebuhraya PLUS dipercayai diseludup masuk - Polis
Polis percaya 14 warga Myanmar yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS pagi tadi, cuba diseludup masuk ke negara ini.