Dua pelajar Mohd Aiman Amzar Jamsari, 13 tahun, dan Mohd Hanif Mohd Nawi, 14, menjadi mangsa pertama mercun buatan sendiri.

Mohd Aiman mengalami melecur 80 peratus di bahagian muka dan tangan kanan sementara rakannya hanya cedera di muka.

Mohd Aiman bagaimanapun dilaporkan stabil dan kini ditempatkan di Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Menurut bapa mangsa dalam kejadian malam Selasa itu, beliau berada di surau menunaikan solat sunat Tarawih kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Bagaimanapun beliau hanya mengetahui kejadian itu daripada anak perempuannya.

Jamsari bersyukur kerana kecederaan yang dialami anak sulungnya itu tidak begitu serius.

Sementara itu, rakannya Mohd Hanif di rawat di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani.