DARO: Mangsa dalam kereta yang terjatuh ke dalam sungai di kawasan pembinaan jambatan muara Batang Lassa di sini, semalam masih gagal dijumpai.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO), bomba Sarawak, operasi mencari dan menyelamat (SAR) Kelvin Lau Ben Song, 25 tahun, memasuki hari kedua dan sehingga kini hanya kenderaan mangsa yang dijumpai.
"Dalam SAR hari pertama pada jam 11.15 pagi, cermin kenderaan yang tertusuk besi penghadang dijumpai dengan bantuan kren kapal.
"Lokasi penemuan tersebut telah dipasangkan pelampung, dan pihak nomba membuat pencarian dengan menggunakan grappling iron dan juga membuat tiga kali selaman di lokasi.
"Pada jam 4.32 petang, kenderaan mangsa telah dijumpai dan dinaikkan tetapi didapati tiada mangsa di dalam kenderaan tersebut," katanya.
Operasi SAR hari kedua hanya tertumpu kepada pencarian di permukaan sungai pada jarak radius tiga kilometer dari lokasi jambatan sementara berkenaan.
Sehingga kini mangsa masih belum lagi dijumpai.
Terdahulu, PGO bomba Sarawak menerima laporan kejadian sekitar jam 4.45 pagi (Jumaat).
Menurut saksi kejadian melihat lampu kenderaan tiba-tiba hilang daripada pandangan apabila tiada kelibat lampu kenderaan melalui jambatan tersebut.
Setelah itu, saksi mendapati pagar yang menjadi penghalang sebagai keselamatan pada hujung jambatan telah patah.
Saksi kemudian mengesyaki kenderaan tersebut jatuh dan tenggelam ke dalam sungai, dari ketinggian 800 meter dari jambatan.
Afiezul Samit
Sat Aug 14 2021
![Mangsa dalam kereta terhumban di Batang Lassa masih belum ditemui Mangsa dalam kereta terhumban di Batang Lassa masih belum ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628930296_TBJATUHSUNGAI.jpg)
Pada jam 4.32 petang, kenderaan mangsa telah dijumpai dan dinaikkan tetapi didapati tiada mangsa di dalam kenderaan tersebut. - Bomba Sarawak
![Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740011702_TBMuhammadSufi.jpg)
Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.
![Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740012887_tbAnwarIbrahim.jpg)
Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
![Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738629024_TBParlimen.jpg)
Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran
![Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740012683_TBAnwarIbrahim.jpg)
Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.
![Johor komited bangunkan industri nanas Johor komited bangunkan industri nanas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740007909_tbDatukZahariSarip.jpg)
Johor komited bangunkan industri nanas
Kerajaan negeri akan terus memperkasa kegemilangan Johor sebagai pengeluar utama nanas di peringkat nasional dan antarabangsa.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.
![Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81740001659_TBPezeshkian.jpg)
Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala langkah bantu rakyat Gaza
Kedua-dua negara menekankan keperluan untuk langkah-langkah yang diselaraskan oleh negara-negara Islam untuk menyokong rakyat Gaza.
![Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41726966332_YusriCheLah.jpg)
Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
![Mangsa dalam kereta terhumban di Batang Lassa masih belum ditemui Mangsa dalam kereta terhumban di Batang Lassa masih belum ditemui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628930296_TBJATUHSUNGAI.jpg)
Mangsa dalam kereta terhumban di Batang Lassa masih belum ditemui
Usaha SAR mangsa, Kelvin Lau Ben Song, memasuki hari kedua dan sehingga kini hanya kenderaan mangsa yang dijumpai.
![Kereta terhumban ke dalam Sungai Sarawak Kereta terhumban ke dalam Sungai Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/51614143194_keretajatuhsungai.jpg)
Kereta terhumban ke dalam Sungai Sarawak
Sebuah kereta terhumban ke dalam Sungai Sarawak berdekatan projek Jambatan Satok pagi ini.
![Dua maut, kereta terhumban dalam parit di Tanjung Karang Dua maut, kereta terhumban dalam parit di Tanjung Karang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-09/71567826441_KemalanganMaut.jpg)
Dua maut, kereta terhumban dalam parit di Tanjung Karang
bomba mendapati kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Mercedes yang bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi
![Lelaki maut kereta terhumban dalam parit Lelaki maut kereta terhumban dalam parit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/71559449744_TBkemalangan.jpg)
Lelaki maut kereta terhumban dalam parit
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum terhumban ke dalam parit berhampiran SMK Sadong Jaya di sini pada pagi Ahad.