Lim Guat Huey, 54, yang cedera dalam nahas bas di Chiang Mai, utara Thailand, Ahad lepas dan kini dirawat di Hospital Mc Comick, Chiang Mai, masih belum mengetahui bahawa suaminya, Ker Ah Hwee terbunuh dalam kejadian itu.
Menurut abang ipar Lim, Kik Kiaw Guan, 71, buat masa ini mereka sekeluarga tidak mahu memaklumkan tentang kematian Ker, 55, bagi memastikan wanita berkenaan pulih dan stabil emosinya.
"Lim memang ada bertanyakan tentang Ker dan kami terpaksa berbohong dengan mengatakan Ker mengalami kecederaan lebih parah daripada Lim yang membuatkan Ker tidak dapat melawat Lim di dalam wad.
"Kami bukan tidak mahu menceritakan hal sebenar (kematian Ker) tetapi buat masa ini biarlah Lim berehat dan memastikan traumanya benar-benar pulih malah pihak doktor juga menasihatkan supaya berbuat demikian," kata Kik yang ditemani isterinya, Goh Kim Heok, 65, ketika ditemui pemberita di Rumah Urus Mayat Persatuan Koon Yew, di sini, hari ini.
Kik dan Goh adalah antara pasangan warga emas yang diterbangkan ke Chiang Mai, awal pagi Isnin lalu bagi mengenal pasti anggota keluarga mereka yang terbabit dalam kemalangan itu.
Menurut Kik, dia mengetahui nahas menimpa Lim dan Ker kira-kira pukul 9 malam, Ahad lepas, selepas melihat senarai nama kemalangan menerusi internet.
Dia dan isteri kemudian bergegas dari rumah mereka di Muar ke pejabat agensi pelancongan Chiu Travel Sdn Bhd, di Jalan Rahmat, di sini, dan membuat keputusan untuk ke Chiang Mai bagi membantu urusan pengecaman mayat.
"Saya dan isteri tidak mengetahui tentang Lim dan Ker melancong ke Chiang Mai, namun, mereka memang biasa melancong ke luar negara," katanya.
Kik berkata dia dan isteri berharap agar Lim segera pulih daripada kecederaan di kepala dan kaki kanan kerana dia mempunyai dua anak lelaki yang kini dijaga ibunya yang tinggal di sebuah taman perumahan di bandar ini.
Mengenai jasad Ker pula, Kik berkata jasad adik iparnya itu akan dibakar pada 9 pagi esok di Pagoh, Muar.
Dalam kejadian Ahad lepas, 13 daripada 22 rakyat Malaysia yang kesemuanya berasal dari Batu Pahat terbunuh dalam nahas bas pada 11.30 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).
Bas itu dilaporkan terbabas selepas berlanggar dengan sebuah kenderaan pikap ketika dalam perjalanan dari wilayah Chiang Rai ke Chiang Mai.
Bernama
Fri Dec 25 2015
Dua anak (duduk) mendiang Ker Ah Hwee, 56, memberikan penghormatan setibanya jasad Ker Ah Hwee di rumah pengurusan mayat Persatuan Koon Yew pada Rabu. - Foto Bernama
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Piala Raja Thailand: Persediaan skuad Harimau Malaya untuk misi Piala AFF, Piala Asia 2023
Kejohanan itu memberi peluang kepada pasukannya untuk membina keyakinan untuk menempuh Piala AFF dan Piala Asia 2023.
Piala Raja Thailand: Pan Gon gugur Shahrul Saad
Mohd Shahrul Saad terpaksa diketepikan dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Piala Raja Thailand di Chiang Mai minggu depan, kerana isu kecergasan.
PM Thai Prayuth tidak akan akur desakan letak jawatan
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha berkata beliau tidak berhasrat meletak jawatan meskipun anggota Parlimen pembangkang mendesaknya supaya berundur.
Thailand tempat 'terbaik untuk bersara' di Asia
'The Land of Smiles' menduduki tempat ke-11 dengan skor purata 72.9, meletakkannya di kedudukan teratas di Asia.
Thailand: Daftar vaksin COVID-19 berpeluang dapat cabutan bertuah perhiasan emas, anak lembu
Penduduk di Mae Chaem, sebuah daerah di Chiang Mai berpeluang memenangi anak lembu jika mendaftar untuk suntikan itu.
COVID-19: Thailand catat 9,635 kes baharu, kes harian tertinggi
Thailand melaporkan 9,635 kes COVID-19 baharu, termasuk 6,853 kes melibatkan banduan, dan 25 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir ketika kerajaan terus berusaha membendung gelombang jangkitan ketiga.
Wartawan Myanmar ditahan di Thailand, bakal diusir pulang
Mereka dibawa ke mahkamah di Chiang Mai pada Selasa tetapi kes dilaporkan ditangguh hingga 17 Mei sehingga mereka menemui peguam.
COVID-19: Thailand pertingkat pengesanan kontak selepas tiga pelanggar kuarantin diuji positif
Tiga rakyat Thailand yang memasuki negara itu secara haram dari Myanmar dan mengelak menjalani kuarantin wajib di kemudahan negara telah diuji positif kemudiannya.
Empat pelajar MRSM menang emas pertandingan robotik antarabangsa
Empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengharumkan nama negara apabila merangkul dua pingat emas dalam pertandingan International Robot Olympiad (IRO) 2019 di Chiang Mai, Thailand.
Mayat jutawan disimen, disumbat dalam peti sejuk
Pemaju hartanah, Wannee Jiracharoenying, dilaporkan tidak kelihatan sejak 18 Oktober lalu selepas melawat sebuah kuil di Chiang Mai.