Empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengharumkan nama negara apabila merangkul dua pingat emas dalam pertandingan International Robot Olympiad (IRO) 2019 di Chiang Mai, Thailand pada 15 hingga 20 Dis lepas.
Menurut kenyataan Majlis Amanah Rakyat (Mara) hari ini, pelajar MRSM Bentong Ahmad Muqry Hasni dan Nur Ain Balqis Mohd Razuan memenangi emas dalam acara kreatif bertemakan Robot: Agricultural Revolution (Robot: Revolusi Pertanian).
"Robot binaan mereka dinamakan Dr Plant dan dapat mengenal pasti pokok perosak serta menghapuskan pokok perosak tersebut dengan menggunakan semburan racun," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, Ziyad Azhar dan Hana Humaira Wan Hasnan daripada MRSM Kota Putra pula merangkul pingat emas bagi acara Robot in Movie (Robot Dalam Filem). Mereka menghasilkan video dengan sub tema Vital Monitoring (Pemantauan Penting) kepada tema utama.
Video tersebut memerlukan mereka merangka jalan cerita serta menggunakan robot dan peralatan serta menguji kepakaran peserta dalam proses suntingan dan kesan khas.
Menurut kenyataan itu lagi, Mara turut memenangi satu pingat perak, satu pingat gangsa dan satu anugerah teknikal.
Wakil Mara bersaing dengan pelajar daripada14 negara antaranya Korea Selatan, China, Singapura, Filipina, New Zealand, Mesir, Indonesia dan Thailand, dengan keseluruhan penyertaan pada pertandingan itu lebih 800 orang.
"Kontinjen Malaysia seramai 66 orang terdiri daripada 51 pelajar, 14 guru dan seorang pegawai merangkap ketua kontinjen daripada Bahagian Pendidikan Menengah.
"Mara komited dalam menyumbang kepada penghasilan modal insan dalam bidang robotik dan teknologi kepintaran buatan seiring dengan Revolusi Perindustrian 4.0 (IR4.0)," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 25 2019
Pelajar MRSM Bentong, Ahmad Muqry Hasni (tiga dari kiri) dan Nur Ain Balqis Mohd Razuan (dua dari kiri) telah memenangi pingat EMAS di pertandingan IRO 2019 di Chiang Mai. - Foto Facebook UniTech MRSM Bentong
PM Singapura tubuh Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya
Ini sekaligus merupakan satu petunjuk pilihan raya umum di negara itu mungkin diadakan tidak lama lagi.
Sindiket seludup vape di kargo KLIA tumpas
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan vape (rokok elektronik) di Pusat Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Menurut SPRM, seramai 14 individu ditahan termasuk enam pegawai kastam kerana disyaki bersekongkol dalam kegiatan tersebut, baru-baru ini.
Malaysia perkukuh keselamatan siber demi ekosistem digital yang selamat
Ketahui bagaimana Malaysia memimpin usaha keselamatan siber melalui perundangan dan dasar strategik, termasuk Akta Keselamatan Siber dan undang-undang perlindungan data yang diperbaharui. Menteri Digital Gobind Singh Deo berkongsi pandangan dalam sesi panel World Economic Forum, menekankan kepentingan kepercayaan awam terhadap platform digital untuk mendorong ekonomi digital negara ke hadapan.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
31 koperasi Wilayah Persekutuan dalam senarai 100 terbaik negara pada 2024 - Dr Zaliha
Beliau berkata kejayaan menunjukkan potensi besar koperasi sebagai pemacu pembangunan ekonomi komuniti setempat.
Projek LRA Sungai Limau dalam proses penamatan kontraktor - Sanusi
Sanusi berkata setiap projek kerajaan mempunyai prosedur operasi standard serta peraturan yang perlu dipatuhi menurut lunas undang-undang.
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Banjir besar landa utara Thailand
Paras air banjir dilaporkan menembusi beg pasir yang menjadi penghadang ketika hujan lebat kembali melanda utara Thailand pada Khamis.
Piala Raja Thailand: Persediaan skuad Harimau Malaya untuk misi Piala AFF, Piala Asia 2023
Kejohanan itu memberi peluang kepada pasukannya untuk membina keyakinan untuk menempuh Piala AFF dan Piala Asia 2023.
Piala Raja Thailand: Pan Gon gugur Shahrul Saad
Mohd Shahrul Saad terpaksa diketepikan dari kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Piala Raja Thailand di Chiang Mai minggu depan, kerana isu kecergasan.
PM Thai Prayuth tidak akan akur desakan letak jawatan
Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan o-cha berkata beliau tidak berhasrat meletak jawatan meskipun anggota Parlimen pembangkang mendesaknya supaya berundur.
Thailand tempat 'terbaik untuk bersara' di Asia
'The Land of Smiles' menduduki tempat ke-11 dengan skor purata 72.9, meletakkannya di kedudukan teratas di Asia.
Thailand: Daftar vaksin COVID-19 berpeluang dapat cabutan bertuah perhiasan emas, anak lembu
Penduduk di Mae Chaem, sebuah daerah di Chiang Mai berpeluang memenangi anak lembu jika mendaftar untuk suntikan itu.
COVID-19: Thailand catat 9,635 kes baharu, kes harian tertinggi
Thailand melaporkan 9,635 kes COVID-19 baharu, termasuk 6,853 kes melibatkan banduan, dan 25 kematian dalam tempoh 24 jam terakhir ketika kerajaan terus berusaha membendung gelombang jangkitan ketiga.
Wartawan Myanmar ditahan di Thailand, bakal diusir pulang
Mereka dibawa ke mahkamah di Chiang Mai pada Selasa tetapi kes dilaporkan ditangguh hingga 17 Mei sehingga mereka menemui peguam.
COVID-19: Thailand pertingkat pengesanan kontak selepas tiga pelanggar kuarantin diuji positif
Tiga rakyat Thailand yang memasuki negara itu secara haram dari Myanmar dan mengelak menjalani kuarantin wajib di kemudahan negara telah diuji positif kemudiannya.
Empat pelajar MRSM menang emas pertandingan robotik antarabangsa
Empat pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mengharumkan nama negara apabila merangkul dua pingat emas dalam pertandingan International Robot Olympiad (IRO) 2019 di Chiang Mai, Thailand.