Susulan kes seorang pelajar tingkatan dua yang mendakwa dibelasah oleh dua pelajar lain di Sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Kepala Batas pada Khamis.
Menurut mangsa yang berusia 14 tahun itu, dia dipukul lebih daripada dua pelajar sebelum dipaksa menelan ubat.
Pelajar tingkatan dua itu juga mendakwa dipaksa memegang kemaluan salah seorang pelajar senior yang memukulnya.
Mangsa mendakwa dipukul selama hampir sejam dan diberikan tiga jenis pil.
Ketika dipukul, kaki dan tangannya dipegang manakala mukanya ditutup dengan selimut.
Dia kemudiannya diberi minuman sebelum dibelasah sekali lagi.
Ini merupakan kejadian kali kedua menimpanya.
Pelajar terbabit kini berada di rumahnya di Shah Alam dan berhasrat untuk bertukar sekolah.
Sementara itu ibu pelajatr terbabit berkata, dia kesal dengan kejadian yang menimpa anak sulungnya itu.
Beliau mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak yang terbabit dalam kes buli ini.
Hakim Rahman
Sun Feb 10 2013
KSI unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.9 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar.
Roy King tetap mahu fokus main dua kategori
Pemain badminton negara Yap Roy King berhasrat kekal beraksi dalam dua kategori iaitu beregu lelaki dan beregu campuran, sama seperti yang dilakukan sebelum ini.
Brazil ambil alih kepengerusian BRICS, fokus kerjasama selatan global
Menurut kenyataan kerajaan Brazil, agenda utama adalah tumpuan memperkukuh kerjasama antara negara Selatan Global.
Suk Yeol ikrar akan berjuang hingga akhir
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol yang dipecat bertindak menghantar surat untuk menghimpunkan penyokongnya dalam usaha berjuang hingga akhir ketika berdepan cubaan pihak berkuasa untuk menahannya susulan undang-undang tentera yang diisytiharkan pada 3 Disember lalu.
Pesawat Siberian Airlines dari Moscom tergelincir dari landasan
Susulan kejadian tersebut, pesawat Airbus A321 itu kini digantung sementara bagi tujuan siasatan untuk menentukan punca kejadian.
10 cedera tembakan rambang pada sambutan tahun baharu
Menurut Jabatan Polis New York kejadian berlaku apabila tiga hingga empat lelaki melepaskan tembakan ke arah orang ramai di luar kelab tersebut.
12 maut dalam kejadian tembakan amuk di Montenegro
Pihak berkuasa menyifatkan serangan tersebut sebagai salah satu pembunuhan beramai-ramai paling teruk di negara balkan itu.
Juara Olimpik tertua dunia, Agnes Keleti meninggal dunia pada usia 103 tahun
Mendiang merupakan pemenang pingat emas Olimpik tertua di dunia dan memperoleh 10 pingat Olimpik, termasuk lima emas.
Polis sahkan terima laporan lelaki ganggu jemaah masjid TTDI
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood pada Khamis, laporan polis itu dibuat berdasarkan sebuah video tular memaparkan lelaki tersebut mengganggu serta melakukan beberapa kerosakan di masjid tersebut.
Aktiviti edar, proses dadah dalam hutan tumpas
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dan pemprosesan dadah di hutan dekat Cangkat Bukit Gambir Pulau Pinang susulan tertangkapnya seorang lelaki tempatan, petang Rabu
Mangsa buli di MRSM trauma
Seorang mangsa buli di Sekolah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab, Kepala Batas trauma akibat dipukul lebih daripada dua pelajar sebelum dipaksa menelan ubat.