JOHOR BAHRU: Seorang mangsa banjir menggunakan aplikasi TikTok 'live' atau siaran langsung untuk memberitahu keadaannya ketika menunggu untuk diselamatkan selepas terperangkap di sebuah restoran di Bandar Segamat, awal pagi tadi.
Menggunakan akaun 'Pak Arab', lelaki tersebut yang terperangkap bersama rakannya memaklumkan penonton bahawa dia sebelum itu keluar untuk memenuhi tugasan menebang pokok yang tumbang akibat hujan lebat di Tenang, Segamat.
Bagaimanapun, dalam perjalanan pulang melalui bandar itu, dia diberitahu orang awam yang lain bahawa air banjir sudah meningkat ke paras dada.
"Saya masih tidak tahu keadaan kampung saya sebab tak sempat balik lagi. Saya tunggu bantuan dekat Restoran Natasha ini sebab orang cakap kawasan ini lagi tinggi daripada tempat yang lain," katanya memberitahu penonton.
Lelaki berkenaan ketika itu bersama seorang lagi rakannya dan seorang orang awam lain, berselimutkan plastik tanpa makanan dan minuman.
'Pak Arab' kemudiannya dihubungi wakil Angkatan Pertahanan Awam (APM) yang menggunakan akaun Caldeeja Lee memberitahu pasukan APM kini berada di Genuang, Segamat dan dalam perjalanan ke sana.
"Minta encik juga berhati-hati dan jauhkan sikit dari duduk di hadapan berdekatan air deras. Apa-apa, kami akan hubungi menerusi 'live' ini," kata wanita tersebut.
Beberapa penonton juga menyertai siaran langsung berkenaan dan berbual dengan 'Pak Arab' atau nama sebenarnya Syed Syaiful Syah, sambil berkongsi keadaan banjir di tempat masing-masing serta pengalaman yang pernah mereka lalui.
Syed Syaiful Syah yang menetap di Jalan Simpang Jabi berkata ini merupakan kali pertama dia menggunakan TikTok 'live' memandangkan mahu mengisi masa lapang sebelum dapat diselamatkan.
"Selalu saya tolong orang terutama sekali lepas banjir. Tolong orang cuci rumah, bersihkan rumah sebab saya ada peralatan. Tak sangka kali ini saya pula terkandas," katanya kepada Bernama ketika dihubungi semasa sesi siaran langsung tersebut, kira-kira 3 pagi tadi.
Selain itu, beberapa penonton turut berkongsi terdapat ahli keluarga mereka yang turut terkandas di beberapa lokasi sekitar bandar berkenaan dengan arus sungai juga kelihatan sangat deras sedang melalui bandar ketika sesi tersebut, yang turut cuba diseberangi beberapa individu tetapi dihalang oleh Syed Syaiful Syah.
Setakat 8 pagi ini, mangsa banjir di Johor meningkat lebih dua kali ganda kepada 25,213 orang dengan Segamat merekodkan mangsa tertinggi seramai 7,272 mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2023

Setakat 8 pagi ini, mangsa banjir di Johor meningkat lebih dua kali ganda kepada 25,213 orang dengan Segamat merekodkan mangsa tertinggi seramai 7,272 mangsa. - Gambar hiasan
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Mangsa banjir di Pahang meningkat tengah hari ini
Kesemua mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Semantan, Temerloh sejak Khamis.

Situasi banjir di Negeri Sembilan, Pahang tidak berubah pagi ini
Di Negeri Sembilan, jumlah mangsa banjir di Jelebu kekal 84 orang daripada 27 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewan D'Sury.

Mangsa banjir di Pahang meningkat, Negeri Sembilan menurun pagi ini
Di Pahang, mangsa banjir terus meningkat kepada 178 orang daripada 54 keluarga berbanding 121 orang daripada 33 keluarga malam tadi.

Banjir besar, musim sejuk melampau landa beberapa negeri AS
Kentucky menghadapi kemusnahan meluas dengan 12 kematian selepas taburan hujan dalam masa 24 jam yang menyamai taburan sebulan hujan.

PPS dibuka di Bentong tempatkan 111 mangsa banjir
Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan kawasan Karak, Bentong dilanda banjir dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas hari ini.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

Angka korban akibat hujan lebat di Bolivia meningkat kepada 28 orang
Hujan lebat itu menjejaskan lapan daripada sembilan bahagian di negara berkenaan.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.