Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di Pahang dan Kelantan menurun pagi ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik namun keadaan tidak berubah bagi mangsa banjir di Terengganu.
Di PAHANG, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan di seluruh negeri ini berkurangan kepada 33,952 orang berbanding 35,502 orang malam tadi.
Menurut jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sehingga 9 pagi ini, kesemua mangsa daripada 10,328 keluarga itu ditempatkan di 141 pusat pemindahan dari 118 penempatan di sembilan daerah yang terjejas banjir.
"Kuantan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 27,700 orang di 35 pusat pemindahan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Di PEKAN pula, terdapat 3,180 mangsa di 34 pusat pemindahan, Temerloh (1,132 orang di 23 pusat pemindahan), Maran (920 di 17 pusat), Jerantut (570 di 11 pusat), Bera (217 di tujuh pusat), Raub (137 di tujuh pusat), Lipis (60 di lima pusat) dan Rompin (36 di dua pusat).
Namun, beberapa jalan utama masih ditutup kepada semua kenderaan iaitu di Km14 Jalan Temerloh-Bahau, Km18 Jalan Triang-Temerloh dan Jalan Jerantut-Kuala Lipis (Kampung Sepial).
Di KELANTAN, mangsa banjir di Pasir Mas dan Tumpat menurun kepada 99 orang berbanding 139 orang pada malam tadi.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata seramai 94 orang dipindahkan di tiga pusat pemindahan di Pasir Mas dan hanya lima orang pula berada di pusat pemindahan Pengkalan Kubor di Tumpat.
Paras Sungai Golok di Rantau Panjang pada 8 pagi ini menyusut kepada paras amaran 8.68 meter (amaran 8 meter/bahaya 9 meter).
Di TERENGGANU, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di negeri ini kekal 22,617 orang daripada 5,582 keluarga.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kemaman mempunyai mangsa banjir paling ramai iaitu 19,869 orang (4,901 keluarga), Dungun dengan 2,719 orang daripada 672 keluarga, Kuala Terengganu enam orang daripada satu keluarga dan Marang 28 orang daripada lapan keluarga.
Keadaan banjir Hulu Terengganu dan Setiu juga sudah reda.
Sehingga 9 pagi ini, sebanyak 48 pusat pemindahan iaitu tujuh di Dungun, 39 di Kemaman, satu di Kuala Terengganu dan satu di Marang masih beroperasi.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran negeri melaporkan paras air di kebanyakan sungai utama di Terengganu berada dalam keadaan biasa pagi ini.
Bernama
Mon Dec 09 2013
![Mangsa banjir di Pahang, Kelantan menurun pagi ini Mangsa banjir di Pahang, Kelantan menurun pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/81386566164_295x200.jpg)
![Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720088293_HasyimAsyari.jpg)
Hasyim Asy'ari dipecat sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia
DKPP Indonesia telah memecat Hasyim Asy'ari daripada jawatannya sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU), atas tuduhan melanggar etika profesional.
![Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718726545_FBREAKCONDOMAHAL.jpg)
Sistem pengurusan kediaman berstrata, eCOB tidak digunakan sepenuhnya - LKAN
Sistem eCOB, iaitu laman web sehenti bagi pengumpulan pelbagai maklumat berkaitan skim pemajuan perumahan dan kediaman berstrata, tidak digunakan sepenuhnya oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di Wilay
BYD buka kilang di Thailand, pertama di Asia Tenggara
Kilang BYD itu adalah sebahagian daripada gelombang pelaburan bernilai lebih 1.44 bilion dolar Amerika daripada pembuat EV China yang mendirikan kilang di Thailand, dibantu oleh subsidi kerajaan dan insentif cukai.
3,000 kilang pintar dijangka sumbang RM36.8 bilion KDNK
3,000 kilang pintar dengan teknologi 5G dijangka akan menyumbang hampir RM40 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).
Pantau Agenda Reformasi: Sungai Bakap Memilih: Analisis kecenderungan pengundi
Ikuti ulasan Penyelidik Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir, UUM, Mujibu Abd Muis mengenai prestasi calon-calon yang bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap menjeland hari pengundian 6 Julai akan datang.
![Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1 Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720085748_TBAmirudinShari.jpg)
Selangor catat purata KDNK 7.43 peratus, langkaui sasaran RS-1
Selangor mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 7.43 peratus bagi tempoh 2021 hingga 2023.
!['Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon 'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720087002_sadiqjamil.jpg)
'Nenek mengeluh bila saya masuk sekolah seni' - Seniwati Sarimah Ahmad tak galak cucu berlakon
Sadiq berkongsi perkara itu ketika disoal tentang sama ada mahu meneruskan legasi neneknya yang merupakan seorang legenda dalam dunia hiburan.
ICJ benarkan celahan tujuh negara dalam kes genosid Myanmar
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) membenarkan celahan oleh tujuh negara dalam kes genosid ke atas Myanmar.
Polis jamin siasat petugas PH ganggu wartawan
Polis beri jaminan menjalankan siasatan berhubung petugas kempen PH didakwa melakukan gangguan seksual terhadap seorang wartawan
KDN jamin keselamatan pengundi
KDN jamin keselamatan 39,000 pengundi Sungai Bakap yang membuang undi pada PRK Sungai Bakap pada Sabtu ini.
![Climate change in Malaysia and what it means for us Climate change in Malaysia and what it means for us](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/81521630303_ClimateChange.jpg)
Climate change in Malaysia and what it means for us
The worlds climate is changing for the worse, and humans are responsible for that. Lets dive into a touch of science to make sense of this.
![NADMA keluarkan amaran banjir di empat negeri utara Semenanjung NADMA keluarkan amaran banjir di empat negeri utara Semenanjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/71511947250_banjir.jpg)
NADMA keluarkan amaran banjir di empat negeri utara Semenanjung
NADMA turut memberi amaran hujan lebat akan berterusan sehingga esok di Perlis dan Perak serta amaran banjir di Kedah, Pulau Pinang ,Kelantan dan Terengganu.
![Hanya 4 peratus kenderaan di Malaysia dilindungi insurans banjir Hanya 4 peratus kenderaan di Malaysia dilindungi insurans banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/61510239500_banjirPerlis.jpg)
Hanya 4 peratus kenderaan di Malaysia dilindungi insurans banjir
Data yang dikongsikan oleh Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) menunjukkan hanya 2 ke 4 peratus pemilik kenderaan memilih untuk melindungi kenderaan mereka daripada banjir.
![Tebatan banjir: Negara lain berjaya, Malaysia bila pula? Tebatan banjir: Negara lain berjaya, Malaysia bila pula?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-11/51510138718_ThamesBarrier.jpg)
Tebatan banjir: Negara lain berjaya, Malaysia bila pula?
Banjir besar Kelantan pada 2015 umpamanya menyebabkan kerugian sekurang-kurangnya RM1 bilion harta benda awam, menyebabkan kerajaan lebih serius untuk mempercepat projek tebatan banjir seluruh negara.
![Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilanda banjir lagi Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilanda banjir lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-04/61396323174_120x90.jpg)
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilanda banjir lagi
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dilanda banjir paras lutut awal pagi tadi.
![Mangsa banjir di Pahang, Kelantan menurun pagi ini Mangsa banjir di Pahang, Kelantan menurun pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-12/81386566164_295x200.jpg)
Mangsa banjir di Pahang, Kelantan menurun pagi ini
Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan di Pahang dan Kelantan menurun pagi ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik namun keadaan tidak berubah bagi mangsa banjir di Terengganu.