KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi meningkatkan produktiviti secara ketara menerusi penggunaan kecerdasan buatan (AI) yang dapat melangkaui manfaat pendigitalan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata, potensi AI untuk mempermudah tugasan yang sukar, juga berupaya memacu produktiviti selain membuka peluang kreativiti dan pemikiran secara strategik.
"Pada masa sama, pesaing juga pantas mengejar dan kita tidak mampu untuk menjadi tidak produktif," katanya berucap pada majlis pelancaran Laporan Produktiviti 2024 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) di sini, pada Isnin.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha MITI, Datuk Hairil Yahri Yaacob.
Menjelaskan selanjutnya, Tengku Zafrul turut menekankan bahawa aspek teknologi, peraturan dan pekerja atau bakat merupakan pemacu penting produktiviti yang turut menjadi teras Laporan Produktiviti 2024.
Laporan itu turut menyarankan kerajaan di semua peringkat untuk mengamalkan kawal selia baik selain mempunyai pemikiran perniagaan, meminimumkan kejutan dan ketidakpastian dalam pematuhan peraturan berkaitan.
"Perniagaan misalnya, mesti menerima pengurusan dan teknologi moden untuk mengurangkan kos tetap dan marginal.
"Mereka juga perlu menghargai dan memberi ganjaran kepada pekerja yang terus meningkatkan kemahiran atau kemahiran semula, memastikan kecekapan kekal relevan dalam landskap yang pesat berkembang," kata beliau.
Tengku Zafrul juga menegaskan bahawa pendekatan kerajaan sepenuhnya dan menyeluruh adalah penting bagi menangani pelbagai faktor yang mempengaruhi daya saing.
Ini termasuk pengurusan bakat, penyampaian perkhidmatan awam, penambahbaikan pendigitalan dan pengurusan ekonomi domestik serta perdagangan antarabanysa.
Bertemakan Memacu Produktiviti Malaysia, laporan itu mengetengahkan bahawa produktiviti bagi setiap pekerja pada 2023 adalah positif, menyederhana kepada 0.9 peratus berbanding peningkatan 5.4 peratus pada 2022.
Selain itu, tahap produktiviti negara juga meningkat kepada RM96,692 bagi setiap pekerja pada 2023 daripada RM95,858 bagi tahun sebelumnya. - BERNAMA
Bernama
Mon Jun 24 2024
Tengku Zafrul berkata, potensi AI untuk mempermudah tugasan yang sukar, juga berupaya memacu produktiviti selain membuka peluang kreativiti dan pemikiran secara strategik. - Gambar fail/Astro AWANI
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Segmen E&E catat pelaburan direalisasikan sebanyak RM4.8 bln sehingga Jun 2024 - MITI
Prestasi pelaburan tersebut bersamaan 69.5 peratus daripada nilai pelaburan yang direalisasikan untuk sektor perkilangan.
Belum ada cadangan untuk Malaysia sertai New Development Bank setakat ini - MITI
Sekiranya terdapat keperluan menyertai NDB, Malaysia perlu bersedia untuk menyumbang kepada institusi kewangan itu.
MITI sedia kukuhkan rantaian bekalan global melalui ekonomi ASEAN - Tengku Zafrul
Malaysia sedang berusaha untuk menyelaraskan dirinya dengan visi rantau itu yang lebih besar dalam menarik pelaburan yang tepat ke Asia Tenggara.
Kerajaan optimis sasaran pelaburan SSN akan tercapai - MITI
Pada 2023, sektor semikonduktor menyumbang 82 peratus daripada RM84.5 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan bagi projek E&E.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Kerajaan beri insentif bagi pembangunan infrastruktur pengecas EV - MITI
Kerajaan kekal memberikan insentif untuk pembangunan infrastruktur pengecas kenderaan elektrik (EV) walaupun tidak dinyatakan secara khusus di dalam Belanjawan 2025.
MITI umum laporan mengenai impak kapasiti berlebihan produk China tidak lama lagi - Liew
MITI akan mengumumkan hasil laporan mengenai impak kapasiti berlebihan dari China terutama dalam industri besi dan keluli tidak lama lagi.
Malaysia dan Peru kukuhkan kerjasama ekonomi terutama dalam sektor halal
Menerusi Memorandum Persefahaman (MOU) terbaru, Malaysia akan menyokong usaha Peru untuk membangunkan rangka kerja pensijilan halal.
Pendekatan MITI di APEC pastikan yang berdaya tahan - Tengku Zafrul
Pendekatan strategik MITI di AELW APEC ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.