Wanita Sudan terkenal dengan perwatakan lemah lembut dan sopan tutur katanya.
Bagaimanapun, jangan terpedaya dengan kelembutan mereka kerana di sebaliknya tertanam semangat kental untuk melihat negara mereka terus makmur dan menempah nama bukan sahaja di rantau Afrika malah di seluruh dunia.
Dr Suad El-Fatih Al-Badawi, 85, adalah antara wanita berkenaan. Dikenali kerana perjuangannya membela hak-hak wanita, wartawan, anggota politik dan ahli akademik Sudan ini bertekad untuk melihat rakyat Afrika, terutamanya kaum wanita, menjalani kehidupan yang lebih baik dan bebas daripada kemiskinan.
Walaupun pada usia sedemikian, Dr Suad, yang lebih gemar dipanggil "Mama Suad" masih bekerja melalui pelbagai projek untuk memperkasa wanita Afrika dan memastikan mereka dilayan dengan adil.
"Jadilah seorang wanita yang kuat. Saya suka wanita yang kuat. Sekiranya kita berganding bahu, kita akan dapat mengatasi semua halangan," kata Mama Suad dengan tegas semasa wawancara dengan sekumpulan wartawan Bernama yang melawat Sudan baru-baru ini.
IBU KEPADA AFRIKA
Usahanya yang tidak mengenal lelah untuk memperkasa golongan wanita Afrika diperakui oleh Pan African Parliament (PAP) - sebuah badan Kesatuan Afrika (AU) - apabila menganugerahkan beliau dengan gelaran "Umme Africa" (Mama Africa atau Ibu kepada Afrika).
Malah Mama Suad bukan sahaja mendapat anugerah daripada PAP. Terdahulu, pada 1970-an Arab Saudi telah meminta bantuan beliau untuk menubuhkan Girls College of Education di Riyadh.
Menurut Mama Suad, itu antara pengalaman paling membanggakan kerana berjaya mengatasi halangan budaya Arab Saudi terhadap pendidikan untuk kaum wanita pada masa itu.
"Saya sangat gembira kerana kolej itu hanya untuk wanita. Adalah sukar untuk memberi pendidikan kepada wanita di Arab Saudi pada masa itu kerana umum berpendapat bahawa wanita hanya perlu mempelajari al-Quran dan Sunnah," jelas beliau.
Mama Suad bukan sahaja terkenal kerana minatnya dalam pendidikan wanita, malah perjuangannya untuk mengurangkan kadar kematian kanak-kanak di benua Afrika juga telah menarik lebih banyak perhatian terhadap beliau.
Menurut beliau, disebabkan kurangnya rawatan perubatan di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil, kira-kira 276 kes kematian kanak-kanak bagi setiap 10,000 kanak-kanak (276: 10,000) dilaporkan di negara-negara Afrika, menjadikannya kadar kematian tertinggi kanak-kanak di dunia.
PROJEK MELATIH BIDAN
Berikutan jumlah kematian kanak-kanak yang tinggi itu, Mama Suad memutuskan untuk bersama-sama pasukan PAP melaksanakan projek melatih penduduk desa sebagai bidan agar dapat membesarkan anak yang sihat.
Walaupun pada awalnya idea beliau menjadi bahan ketawa sesetengah pihak, beliau tetap tabah dan akhirnya berjaya merekrut serta melatih lima wanita sebagai bidan di setiap 10 negara Afrika di bawah projek berkenaan.
Mengakui program itu satu kejayaan, beliau yang juga pengasas International Muslim Women Union (IMWU), menyaksikan kadar kematian kanak-kanak di benua Afrika menurun berbanding beberapa tahun lepas.
Bagaimanapun, projek berkenaan kini ditangguhkan akibat kekangan kewangan, katanya.
"Saya mempunyai impian untuk melatih setiap bidan di setiap kampung di Afrika. Begitulah harapan kami. Buat sementara waktu, biarlah ia menjadi satu impian dahulu. Semakin kerap kita mengimpikannya, semakin banyak akan kita peroleh," katanya.
PELABURAN EMAS
Petah bercakap, beliau yang juga anggota badan perundangan dewan rendah Sudan, bukan sahaja memperjuangkan hak-hak wanita tetapi juga berminat dalam perniagaan.
Beliau menggalakkan ahli perniagaan asing untuk berdagang dan melabur di Sudan iaitu antara negara terbesar di Afrika dengan jumlah penduduk lebih 40 juta.
"Di dalam Sudan, di dalam perut bumi Sudan ada seluruh kekayaan alam. Uranium, emas, besi, kesemuanya ada di Sudan," katanya bangga.
Menurut beliau, kini terdapat sejumlah besar emas untuk dilombong, sekali gus menggalakkan para pelabur agar mengambil kesempatan untuk melabur dalam logam berharga itu.
Laporan mengatakan bahawa Sudan telah menjadi antara pengeluar emas terbesar di Afrika. Ia menghasilkan 25.6 tan emas dari Januari hingga November 2016.
Mama Suad juga kagum dengan Malaysia dan berharap Sudan dapat mencontohi kejayaan Malaysia dalam mencapai kemajuannya.
Dan resipi kunci kejayaannya? "Impian perlu tinggi, sentiasa membuat rancangan teratur sebelum memulakan sesuatu, sentiasa berpegang pada masa anda, dan sentiasa mencari alternatif untuk segala-galanya."
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 28 2017
Antara pengalaman paling membanggakan Mama Suad ialah kerana berjaya mengatasi halangan budaya Arab Saudi terhadap pendidikan untuk kaum wanita pada tahun 70-an. - Gambar hiasan
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
PERKESO sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
PERKESO menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri menjelang akhir tahun ini.
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
UNICEF beri amaran lonjakan kes mpox dalam kalangan kanak-kanak di Afrika
Varian clade Ib menimbulkan kebimbangan kerana berpotensi untuk merebak merentasi pelbagai lapisan, terutama dalam kalangan kanak-kanak.
Thailand kesan mpox dari lelaki Eropah yang tiba dari Afrika
Lelaki itu telah menjalani ujian untuk menentukan sama ada kes itu adalah varian Clade 1 dengan keputusan dijangka dikeluarkan pada Jumaat.
EU hantar vaksin mpox ke Afrika
Kesatuan Eropah (EU) akan menghantar 175,420 dos vaksin kepada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Afrika (AfricaCDC) untuk mencegah mpox.
Nigeria lapor 1,629 kes taun, 48 kematian
Sebanyak 1,629 kes disyaki kolera atau taun termasuk 48 kematian telah dilaporkan pada penghujung April tahun ini, umum Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini - Dr Zaliha
Tiada penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Cacar monyet: Jumlah kes di Perancis meningkat kepada 33 kes
Menurut Badan Kesihatan Awam Perancis (SPF), daripada jumlah itu 24 kes dikesan di wilayah Paris.
Bocor rahsia negara, bekas menteri, ketua polis Djibouti dijatuhi hukuman penjara
Mahkamah Djibouti menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang bekas menteri belanjawan dan bekas ketua polis kerana kesalahan membocorkan perbualan sulit.
Cacar monyet sesuatu yang perlu dibimbang - Biden
Biden menambah ia adalah kebimbangan kerana jika cacar monyet merebak ia akan menjadi isu berbangkit.