KUALA LUMPUR:Malaysia amat yakin ASEAN akan terus memainkan peranan penting bagi menghadapi cabaran pandemik menerusi pelaksanaan pelbagai inisiatif yang dibincangkan melalui pertubuhan serantau itu.
Pada sesi pleno Sidang Kemuncak ASEAN ke-37, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin, berkata apa yang diperlukan sekarang adalah memastikan inisiatif itu menjadi platform untuk ASEAN sama-sama bekerja dengan rakan kongsi serta pihak berkepentingan luar dalam membasmi dan mengatasi kesan akibat COVID-19 di rantau ini.
"Perkara ini menjadi lebih penting terutama membabitkan pembangunan serta akses terhadapi vaksin COVID-19.
"ASEAN mesti berganding bahu dengan pertubuhan antarabangsa yang berkaitan seperti Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dan negara lain bagi memastikan vaksin itu, sebaik saja diluluskan, berapa pada harga yang mampu dimiliki, mudah diperoleh serta dapat dikongsikan dengan semua," katanya.
Perdana Menteri mengetuai delegasi Malaysia pada sidang kemuncak dwitahunan yang berlangsung sehingga Ahad ini dan diadakan secara maya.
Sidang dipengerusikan Perdana Menteri Vietnam, Nguyen Xuan Phuc selaku Pengerusi Asean 2020 bertemakan "ASEAN Kohesif dan Responsif" (Cohesive and Responsive ASEAN).
Muhyiddin berkata, Malaysia mengalukan penyertaan rakan kongsi dari luar yang sedia berkongsi kepakaran dan penemuan mereka berkaitan perkara ini.
Sementara itu, Perdana Menteri berkata, penting bagi pertubuhan serantau ini yang kebanyakan anggota adalah dalam kalangan negara membangun, untuk memfokuskan kepada Kerangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN.
"Saya gembira melihat cadangan saya pada awal tahun ini yang akan kita sahkan hari ini, menjadi realiti," katanya.
Kerangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN adalah satu daripada tiga dokumen rasmi yang akan dikeluarkan pada sidang kemuncak ini.
Dokumen rasmi lain adalah kajian separuh penggal Wawasan Komuniti ASEAN 2025 dan Rizab Bekalan Perubatan Kecemasan Kesihatan Awam ASEAN.
Beliau berkata, ASEAN seharusnya merangka strategi mengenai pendekatannya dalam memulihkan ekonomi, perdagangan dan pelaburan dengan menerima pakai norma baharu hubungan ekonomi termasuk menerusi teknologi seperti platform digital.
Katanya, pergerakan barangan dan perkhidmatan termasuk operasi infrastruktur kritikal seperti pelabuhan dan lapangan terbang serta rangkaian logistik, masih boleh diakses dan ia dilaksanakan sejajar dengan norma baharu bagi mengekal dan memastikan pertubuhan ekonomi pada saat getir ini.
Muhyiddin berkata, pergerakan penting menerusi Koridor Perjalanan, mesti diberi keutamaan seperti yang sudah dikoordinasikan mengikut prosedur dan peraturan yang ditetapkan antara negara anggota termasuk pergerakan orang ramai di rantau ini, kerana ia turut membantu memacu ekonomi.
"Penting bagi pelan pemulihan ekonomi ASEAN untuk bukan saja melihat pertimbangan kewangan, tetapi turut melihat keperluan membentuk perkongsian teguh, sepadu dan ampuh bagi mengekalkan kekayaan jalinan sosial yang menjadi tunjang Komuniti ASEAN," katanya.
Ujarnya, sudah tiba masa bagi rantau yang kaya dengan sumber semula jadi ini untuk turut melihat kaedah yang boleh dilaksanakan bagi mengukuhkan jaringan keselamatan makanan.
ASEAN, katanya, perlu merebut peluang untuk mengukuhkan sektor berasaskan pertanian di rantau ini tatkala rantaian bekalan makanan global ketika ini terjejas teruk.
Turut serta Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kanan dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
ASEAN, yang ditubuhkan pada 1967, merangkumi Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, dan Vietnam.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 12 2020

Perdana Menteri berkata, penting bagi pertubuhan serantau ini untuk memfokuskan kepada Kerangka Kerja Pemulihan Komprehensif ASEAN. -Gambar/ Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

Sudah tiba masa Malaysia iktiraf kerajaan baharu Syria - GPM
Katanya, pengiktirafan ke atas kerajaan baharu Syria oleh Malaysia akan membuka ruang bagi memperkukuh diplomasi dan solidariti dunia Islam.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.

Ringgit melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh hampir 2 minggu
Ringgit ditutup tinggi pada Khamis mendapat rangsangan daripada kemungkinan perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA