KUALA LUMPUR: Keperluan mewujudkan mekanisme pengawalan pembiayaan litigasi pihak ketiga adalah antara inti pati perbincangan dua hala Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said dan Setiausaha Rendah Parlimen bagi Kementerian Kehakiman United Kingdom Mike Freer.
Azalina berkata perbicangan itu antara lain menyentuh keperluan mendesak bagi mekanisme itu diwujudkan kerana terdapat pihak tertentu yang menyalahgunakan sistem perundangan seperti proses timbang tara untuk kepentingan sendiri contohnya dalam kes tuntutan pihak Sulu terhadap Malaysia.
"Selain itu, kami telah membincangkan tentang undang-undang Anti-SLAPP (Tuntutan Strategik Terhadap Penyertaan Awam) pertama yang bakal diwujudkan di United Kingdom yang bermatlamat melindungi mana-mana pihak daripada tindakan individu atau syarikat yang menggunakan sistem undang-undang secara tidak wajar untuk mengganggu, menakut-nakutkan dan meletihkan pihak lawan dari segi kewangan atau psikologi," katanya.
Azalina, yang menghadiri Mesyuarat Menteri Undang-Undang Komanwel 2024 di Zanzibar, Tanzania dari 4 hingga 8 Mac ini, berkata demikian dalam status yang dimuat naik di akaun Facebook hari ini.
Beliau berkata usaha sama serta perkongsian ilmu antara Malaysia dan United Kingdom mengenai Kajian Empirikal pemisahan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya turut dibincang pada pertemuan itu.
"Saya telah memaklumkan bahawa Kajian Empirikal berdasarkan keterangan yang mengambil kira Prinsip Shawcross dan Doktrin Pengasingan Bebas akan dijalankan di United Kingdom pada tahun ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said bersama Setiausaha Rendah Parlimen bagi Kementerian Kehakiman United Kingdom Mike Freer. - Foto Facebook Azalina Othman Said

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia-UK bincang keperluan wujud mekanisme pengawalan pembiayaan ligitasi pihak ketiga
Keperluan mewujudkan mekanisme pengawalan pembiayaan litigasi pihak ketiga adalah antara inti pati perbincangan dua hala Malaysia-UK.