KUALA LUMPUR: Malaysia akan memberi tumpuan kepada aspek peralihan tenaga dan pengurangan pelepasan gas rumah hijau pada Persidangan ke-28 Konvensyen Rangka Kerja mengenai Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC COP 28) yang dijadual berlangsung di Dubai dari 30 Nov hingga 12 Dis nanti.
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) Nik Nazmi Nik Ahmad berkata selain objektif dan keutamaan itu, Malaysia juga akan memberi tumpuan pada persiapannya untuk melaksanakan perkara yang berkaitan dengan peralihan tenaga yang adil, pasaran karbon, pembiayaan iklim, pemuliharaan biodiversiti, dan penyesuaian iklim.
"Kita telah membuat beberapa pengumuman besar (termasuk mengenai) peningkatan sasaran untuk kapasiti tenaga boleh diperbaharui kepada 70 peratus menjelang 2050 yang diumumkan dua bulan lepas.
"Kita juga telah percepatkan usaha peralihan tenaga boleh diperbaharui kita, jadi kita akan terus buat pengumuman lagi apabila sampai masanya nanti," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini semalam.
Terdahulu Nik Nazmi mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Perubahan Iklim bagi membincangkan gerak kerja panel itu yang akan memberikan khidmat nasihat dan panduan kepada delegasi negara di UNFCCC COP 28 mengenai perkara berkaitan perubahan iklim.
Dalam majlis yang sama, Nik Nazmi turut menyampaikan watikah pelantikan kepada 34 ahli panel penasihat itu yang terdiri daripada individu berkepakaran dalam bidang perubahan iklim dan wakil pelbagai sektor, antaranya daripada kementerian, syarikat pelaburan berkaitan kerajaan, syarikat utiliti, ahli industri, pakar akademik serta bukan akademik.
Ahli panel penasihat itu akan menyumbang idea dan pandangan berdasarkan enam kluster utama iaitu ekonomi dan kewangan, perdagangan dan perindustrian, sumber asli, tenaga, pembangunan lestari serta teknologi dan inovasi.
"Penubuhan panel penasihat ini adalah sebahagian daripada usaha kementerian bagi memastikan penyertaan negara ke persidangan UNFCCC COP 28 akan memberi manfaat dan nilai tambah kepada negara," katanya.
Sementara itu ketika ditanya mengenai perkembangan kenderaan elektrik (EV) di negara ini, Nik Nazmi berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) adalah kementerian utama yang bertanggungjawab dengan pasukan petugas EV dan NRECC adalah sebahagian daripadanya.
"Baru-baru ini Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menaik taraf keahlian untuk semua menteri. Kementerian Kemajuan Kerajaan Tempatan (KPKT), NRECC, MITI dan pelbagai kementerian lain perlu bekerjasama dengan lebih baik.
"Keahlian kini adalah merangkumi para menteri, jadi mesyuarat telah diadakan satu atau dua minggu sebelum ini untuk menunjukkan kesungguhan yang kita ada untuk perkara ini (pembangunan EV)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 06 2023

Nik Nazmi (duduk, depan, tengah) hadir bagi mempengerusikan Mesyuarat Panel Penasihat Perubahan Iklim, membincangkan gerak kerja panel itu di UNFCCC COP 28, di Kuala Lumpur, 6 Julai 2023. - Facebook Nik Nazmi

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Setiausaha Agung ASEAN yakin kepemimpinan Malaysia sebagai pengerusi buat keli kelima
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menyatakan keyakinannya terhadap kepemimpinan Malaysia dalam blok serantau itu pada 2025.

Kesedaran belia terhadap perubahan iklim tinggi, mampu sumbang penyelesaian - Nik Nazmi
Golongan muda di ASEAN mampu menyumbang pelbagai idea bagi mengurangkan kesan perubahan iklim berikutan kesedaran mereka yang tinggi dalam hal itu.

Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.

PM setuju draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan - Jemilah
Perdana Menteri Anwar telah memberi persetujuan kepada draf Pelan Tindakan Kesihatan Planet Kebangsaan sebagai langkah konkrit menangani isu-isu alam sekitar global.

Krisis sebenar adalah pada kepimpinan, bukan perubahan iklim - Jemilah
Krisis sebenar dihadapi dunia terletak kepada kepimpinan yang gagal membuat keputusan dan tindakan bermakna untuk menangani isu perubahan iklim.

Pakistan turunkan tarif elektrik untuk EV, galak pembangunan hijau
EV adalah langkah tepat untuk menangani pencemaran udara yang perlu ditingkatkan bagi menangani perubahan iklim.

Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim.

Malaysia, Singapura tandatangan MoU mengenai kerjasama tindakan iklim
Malaysia dan Singapura semalam menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pendekatan bersama bagi menangani perubahan iklim selaras dengan Artikel 6, Perenggan 2 Perjanjian Paris.

COP29 setuju perjanjian AS$1.3 trilion untuk negara miskin atasi perubahan iklim
Dana itu bertujuan membantu negara membangun meningkatkan perlindungan iklim dan menyesuaikan diri dengan kesan buruk pemanasan global, seperti kemarau, ribut dan banjir yang semakin kerap.

10 maut tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo
Sekurang-kurangnya 10 orang, kebanyakannya kanak-kanak maut manakala tiga lagi cedera selepas kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di timur Congo.