Malaysia akan menimbang tindakan balas terhadap Kesatuan Eropah (EU) sekiranya ia meneruskan langkah tidak adilnya terhadap minyak sawit, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Perdana Menteri berkata kerajaan bersetuju Malaysia perlu mengambil pendekatan lebih agresif dalam perkara ini.
"Malahan, kita telah menulis surat kepada semua ketua kerajaan EU dan memaklumkan kepada mereka bahawa kita mungkin perlu bertindak balas sekiranya mereka meneruskan diskriminasi terhadap minyak sawit," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet mengenai Anti Rasuah, di sini, pada Selasa.
Dilaporkan pada Jumaat bahawa Malaysia akan menimbang mengambil tindakan balas terhadap eksport Eropah sekiranya EU meneruskan hasratnya untuk melaksanakan Akta Perwakilan (Delegated Act) bagi menghentikan secara berperingkat dan melarang penggunaan sawit dalam biodiesel.
Pada Januari, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada Presiden Perancis Emmanuel Macron, dengan menyatakan bahawa Malaysia akan menimbang undang-undang untuk mengehadkan produk Perancis sekiranya Paris tidak menarik balik rancangan untuk melarang penggunaan biodiesel sawit.
Pada 19 Dis tahun lepas, penggubal Perancis mengundi untuk menghapuskan minyak sawit daripada skim biofuel negara itu bermula Januari 2020.
Menerusi surat beliau kepada Macron, Dr Mahathir menyatakan bahawa sekiranya Perancis meneruskan cadangannya untuk melarang penggunaan minyak sawit dalam biodiesel, Malaysia terpaksa menangguhkan rundingan perdagangan bebas dengan EU dan mengenakan sekatan yang sama terhadap eksport Perancis.
Cadangan Akta Perwakilan EU itu yang dijadual dibentangkan di Parlimen Eropah pada April 2019 - adalah tambahan kepada Arahan Tenaga Boleh Diperbaharui EU II untuk mengehadkan dan melarang biofuel minyak sawit sama sekali menjelang 2030.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2019

Malaysia akan menimbang mengambil tindakan balas terhadap eksport Eropah sekiranya EU meneruskan hasrat melaksanakan Akta Perwakilan bagi menghentikan secara berperingkat dan melarang penggunaan sawit dalam biodiesel. - Gambar hiasan

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Malaysia timbang tindak balas jika EU teruskan diskriminasi minyak sawit
Perdana Menteri berkata kerajaan bersetuju Malaysia perlu mengambil pendekatan lebih agresif dalam perkara ini.