Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak atau mana-mana delegasi Malaysia tidak langsung membangkitkan sebarang perkara berhubung Andre Xavier Justo, yang disabitkan kesalahan memeras ugut bekas majikannya semasa Mesyuarat Perundingan Tahunan Malaysia-Thailand ke-6 di Bangkok, baru-baru ini.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad berkata bertentangan dengan laporan yang diterbitkan akhbar Swiss 'Le Temps', Malaysia tidak membenarkan percubaan untuk mengganggu hal ehwal dalaman atau proses kehakiman negara lain.
"Tambahan pula, Perdana Menteri tidak disertai oleh individu yang dinamakan 'Le Temps'," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tengku Sariffuddin berkata realitinya, pada mesyuarat Perundingan Tahunan berkenaan, keselamatan dan usaha bersama untuk memerangi ekstremisme menjadi agenda utama mesyuarat, selain menandatangani perjanjian perdagangan, pertumbuhan ekonomi untuk rakyat dan pembangunan inklusif untuk Muslim di selatan Thailand.
Bangkok membuat keputusan untuk menafikan permintaan Justo, bekas pekerja PetroSaudi International, untuk menjalani baki hukuman penjara tiga tahun di negara asalnya, Switzerland.
Namun, Portal berita 'Sarawak Report' dan Le Temps mendakwa Bangkok membuat keputusan itu akibat tekanan daripada luar.
Tengku Sariffuddin juga berkata selama dua tahun, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad telah melancarkan kempen untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi, semata-mata demi kepentingan politik diri dan untuk memperoleh manfaat untuk anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau berkata, apabila kempen Mahathir gagal, beliau tanpa segan silu mengundang campur tangan asing ke negara sendiri serta turut menggunakan blog partisan politik, Sarawak Report untuk mempengaruhi media utama Barat.
"Sarawak Report pula, secara konsisten menyebarkan tuduhan palsu dan maklumat berniat jahat yang salah kepada media Barat, sesetengah daripada mereka telah meminggirkan prinsip kewartawanan yang betul dengan menyiarkan dakwaan berbahaya berdasarkan semata-mata daripada sumber yang tidak diketahui - semua yang diberikan kepada mereka oleh pihak yang bermotifkan politik," katanya.
Beliau berkata dakwaan palsu yang diterbitkan oleh Le Temps adalah contoh terbaharu apabila akhbar berkenaan mengaitkan perkara itu daripada sumber yang tidak diketahui, tetapi sebenarnya maklumat berkenaan telah diberi kepada mereka oleh Sarawak Report.
"Sebagai sebahagian daripada corak yang biasa kini, "sumber' ini gagal memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan mereka - kerana semuanya tidak wujud," katanya.
Justo mengaku bersalah pada 17 Ogos 2015 kerana cuba memeras ugut PetroSaudi International, yang mempunyai urusan dengan 1Malaysia Development Berhad.
Mahkamah memerintahkan hukuman penjara bermula pada 22 Jun 2015, hari Justo ditangkap di Koh Samui, pulau peranginan di selatan Thailand.
Dia didakwa mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thai yang membawa hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun dan denda antara 2,000 baht (RM222)) dan 20,000 baht (RM2,223). -- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2016

Bangkok membuat keputusan untuk menafikan permintaan Justo, bekas pekerja PetroSaudi International, untuk menjalani baki hukuman penjara tiga tahun di negara asalnya, Switzerland. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.