SANDAKAN: Malaysia tidak pernah melupakan pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand semasa Perang Dunia Kedua khususnya di Sandakan dan pengajaran daripada sejarah itu akan disampaikan kepada generasi baharu.
Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong Shir Yee berkata kenangan mengenai kisah tawanan perang yang menderita dan terkorban semasa kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.
"Lebih 2,400 askar bersekutu kebanyakannya dari Australia dan New Zealand memulakan perjalanan (dalam kejadian itu), namun hanya sedikit yang dapat kembali, kita diingatkan bahawa kebebasan yang dinikmati hari ini dibayar dengan nyawa mereka.
"Menjadi tanggungjawab kita untuk mengingati legasi mereka agar lebih komited kepada keamaan, persefahaman dan menjaga maruah semua manusia," katanya pada Majlis Hari Kor Tentera Australia dan New Zealand (ANZAC) di Taman Peringatan Sandakan semalam.
Wong juga mahu supaya orang ramai bukan sahaja memperingati tetapi juga belajar daripada kisah lepas dan memupuk ikatan persahabatan serta rasa hormat antara rakyat Malaysia, Australia dan New Zealand.
Sementara itu, Timbalan Menteri Pertahanan Australia Matt Thistlethwaite yang juga Timbalan Menteri Hal Ehwal Veteran negara itu berkata dengan adanya taman peringatan dan sambutan Hari ANZAC di sini, membuktikan komitmen dan tanda ikatan dan persahabatan yang kukuh antara Malaysia dan Australia.
"Terima kasih atas penghormatan dan khidmat anda kepada rakyat Australia di sini hari ini. Terima kasih kepada bandar Sandakan kerana mengalu-alukan kedatangan kami dengan begitu baik dan membantu rakyat Australia memperingati wira-wira kami yang terkorban.
"Hari ANZAC ialah hari peringatan kebangsaan kami dan ia merupakan hari yang menyatukan rakyat Australia di seluruh dunia dalam memberi penghormatan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang telah berkhidmat untuk negara kami, tempat ini dianggap suci buat kami warga Australia," katanya.
Beliau juga berterima kasih dan memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia yang telah membantu tentera Australia dan British semasa tempoh sukar itu dan amat teruja untuk berada bersama-sama keturunan rakyat Malaysia yang telah menunjukkan keberanian tinggi serta pengorbanan yang besar dalam membantu askar Australia semasa Perang Dunia Kedua.
Matt berkata dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ikatan antara Malaysia dan Australia telah bertambah kukuh dengan penubuhan Perkongsian Ekonomi Komprehensif berhubung perdagangan dan pertahanan, namun yang paling penting ialah hubungan rakyat antara kedua-dua negara.
Hari ANZAC yang diadakan setiap tahun untuk memperingati pahlawan yang gugur dalam Perang Dunia Kedua berlangsung di Taman Peringatan Sandakan semalam, dengan dihadiri kira-kira 100 orang termasuk wakil daripada Jabatan Hal Ehwal Veteran Australia.
Pada Januari 1945, tentera Jepun mengarahkan 455 tawanan perang Australia dan British untuk berarak dari Sandakan ke Ranau dan pada Mei 1945, sebanyak 800 lagi diarahkan berbuat demikian, manakala 288 lagi ditinggalkan di kem di Sandakan dan akhirnya meninggal dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 26 2024

Wong (kiri) berucap pada Majlis Hari Kor Tentera Australia dan New Zealand di Taman Peringatan Sandakan, 25 Apr 2024. - Facebook Sabah Forestry Department

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Malaysia tidak lupa pengorbanan wira perang Australia dan New Zealand di Sandakan
Katanya, kenangan mengenai tawanan perang yang menderita ketika kejadian kawad maut yang terkenal itu terukir di Taman Peringatan Sandakan.