KUANTAN: Pelaburan China di Malaysia melalui Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) tidak akan mengakibatkan negara termasuk dalam 'perangkap hutang' negara berkuasa besar itu.
Sebaliknya menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pembiayaan China dalam projek berskala besar seperti Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) dan Terminal Laut Dalam Pelabuhan Kuantan perlu dilihat sebagai kerjasama dua hala yang strategik.
"Ini merupakan adalah pilihan kerajaan, jadi bila kita tandatangan satu satu perjanjian itu, komitmen kita, kena ambil tanggungjawab. Sudah tentu apabila kita mahu laksanakan satu-satu projek, dia sudah tentu ada kelebihan, jadi dia tak bolehlah dilihat bahawa ini seolah-olah satu 'trap' untuk kita, hutang kepada mana-mana pihak atau negara China," katanya.
Loke ditemui pada majlis Ulang Tahun ke-10 Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan media Barat berkaitan amaran 'perangkap hutang' kepada negara membangunkan infrastruktur mereka melalui BRI yang dipromosi China sejak tahun 2008.
Sejak 2008 hingga 2021, sebanyak 22 negara membangun didakwa telah menjadi 'mangsa' negara China selepas gagal membayar komitmen hutang berjumlah AS$240 bilion untuk kerja pembangunan infrastruktur di negara terbabit.
"Kita memang mengambil pinjaman untuk melaksanakan projek, jadi apabila kita laksanakan projek, kita mesti maksimakan, optimumkan projek itu, umpamanya ECRL," katanya lagi.
Projek ECRL membabitkan kos RM55 bilion dan pembinaannya dilakukan syarikat China Communications Construction Company (CCCC), sebuah syarikat milik kerajaan China yang sedang cuba melobi kontrak Landasan Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura.
Pembinaan landasan ECRL sepanjang 688 kilometer itu dijangka siap dan boleh digunakan pada tahun 2027.
Mohd Zalani Md Atan
Fri Apr 07 2023

Kata Loke, pelaburan China di Malaysia melalui Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) tidak akan mengakibatkan negara termasuk dalam 'perangkap hutang' negara berkuasa besar itu. - Fail/BERNAMA

MATRADE lancar Perdagangan Digital MADANI
MATRADE, dengan kerjasama Nazsoft Tech Sdn Bhd, melancarkan MDT, sebuah platform bersepadu maya yang direka untuk mengukuhkan akses pengeksport Malaysia ke pasaran antarabangsa.

Kiosk Sentuhan MADANI disasar diperluas ke 30 lokasi seluruh negara
Inisiatif Kiosk Sentuhan MADANI disasar untuk diperluaskan ke 30 lokasi di seluruh negara dalam tempoh 36 bulan.

Lebih 70,000 ekor lembu diseludup di negeri bersempadan Malaysia-Thailand
Aktiviti penyeludupan itu dikesan berlaku di negeri Kelantan, Kedah, Perlis dan Perak sekali gus memberi kesan kepada penternak tempatan.

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.

Pelabur China sasar peluang pelaburan di Labuan - Dr Zaliha
Beberapa firma perindustrian di China sasar peluang pelaburan di Labuan terutama dalam sektor kewangan dan pembangunan di Labuan.

Malaysia tidak akan terjebak 'perangkap hutang' China - Anthony Loke
Pelaburan China di Malaysia melalui Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) tidak akan mengakibatkan negara termasuk dalam perangkap hutang negara berkuasa besar itu.

Tertinggi dalam sejarah, Malaysia raih komitmen pelaburan RM170 bil dari China
Ia adalah hasil daripada 19 memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara syarikat Malaysia dan China sebentar tadi.

Melaka terima pelaburan lebih RM1 bilion, bina pusat data kedua terbesar negara
Pelabur dari China kemuka dua cadangan pelaburan digital kepada MIDA.