Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Speedy Tigers yang telah melakukan terbaik dalam perlawanan tersebut.
“Terima kasih kerana telah lakukan yang terbaik. Malaysia tetap berbangga dengan prestasi kalian!,” katanya menerusi ciapan di Twitternya pada Ahad.
Malaysia tidak bernasib baik apabila tewas 3-4 menerusi penentuan penalty shoot-out selepas terikat 2-2 dengan Sepanyol pada aksi cross over di Stadium Kalinga, Bhubaneswar, India.
Kekalahan itu meranapkan impian skuad hoki negara untuk mara ke peringkat suku akhir sebagai lapan pasukan terbaik dunia pada edisi kali ini. - Sinar Harian