Malaysia komited menjadi orang tengah dalam rundingan damai antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan Kerajaan Filipina.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, komitmen itu akan diteruskan sehinggalah keamanan serta kemakmuran dicapai di wilayah terbabit.
Dalam kenyataannya yang dibacakan Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Johari Baharum, Malaysia akan tetap memainkan peranan terbabit dan pada masa sama kekal menghormati kedaulatan Filipina.
"Malaysia kekal komited selagi diperlukan dalam rundingan damai ini.
"Kami tetap hormat kedaulatan Filipina tanpa mencampuri urusan dalaman selaras dengan aspirasi ASEAN.
"Malah, jika ada permintaan, kerajaan akan tetap membantu dengan semangat sebagai kawan serantau dan sebagai sebuah negara jiran," katanya.
Tambah beliau, Malaysia bangga dapat membantu rundingan damai tersebut dan meningkatkan tahap keselamatan dan kestabilan di Mindanao dan rantau ini lebih-lebih lagi apabila konflik puluhan tahun itu telah mengorbankan puluhan ribu nyawa.
Pagi tadi, berlangsung Majlis Perasmian Fasa Pelaksanaan Perjanjian Damai Mindanao, yang dihadiri Penasihat Presiden Filipina Mengenai Proses Damai, Jesus Dureza; Pengerusi MILF, Murad Ebrahim serta Fasilitator Proses Damai Antara Kerajaan Filipina dan MILF, Datuk Tengku Ab Ghafar Tengku Mohamed, di Kuala Lumpur.
Najib berkata beliau bangga dengan perkembangan program dua hari itu, yang menyaksikan pelancaran secara rasmi Fasa Pelaksanaan Perjanjian Komprehensif Berkaitan Bangsamoro.
Di samping mengakui cabaran yang akan wujud, beliau tetap yakin di bawah kepimpinan Presiden Duterte dan kegigihan Malaysia sebagai pengantara yang ikhlas, era pembangunan serta kemakmuran di wilayah selatan Filipina dapat dicapai.
Hilal Azmi
Sat Aug 13 2016
Menurut Perdana Menteri, Malaysia berasa bangga menjadi pemudahcara rundingan. - Gambar fail
Apa itu Titah Adendum, dan apa yang dijangka berlaku?
Hari ini, Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.
KAFA hantar rayuan kepada PJS, mohon teliti proses kongres
Terdapat ahli gabungan yang tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres, selain prosedur dan tatacara pengendaliannya tidak teratur.
Remaja perempuan tikam ibu saudara didakwa esok
Remaja perempuan yang ditahan kerana menikam ibu saudaranya dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Perai Jaya, Perai di sini pada Jumaat lepas akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam esok.
AWANI 7:45 [6/1/2025] – Titah Adendum | KDN Hanya Laksana Perintah Yang Sahih | SOP PUSPAKOM Diperkemaskan | Logo VM2026 Lambangkan Budaya Malaysia
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Jasmine Abu Bakar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Najib dibenarkan mula semakan kehakiman untuk tahanan rumah
- Jabatan penjara tak pernah terima perintah benar Najib ditahan di rumah
- Serius tangani isu babitkan kenderaan berat, pasukan petugas khas ditubuhkan
- Amerika tambah derita Gaza, jual senjata RM36 bilion kepada Zionis
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Najib dibenarkan mula semakan kehakiman untuk tahanan rumah
- Jabatan penjara tak pernah terima perintah benar Najib ditahan di rumah
- Serius tangani isu babitkan kenderaan berat, pasukan petugas khas ditubuhkan
- Amerika tambah derita Gaza, jual senjata RM36 bilion kepada Zionis
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
Tiga kenderaan termasuk lori tangki muatan minyak sawit terbakar dalam kemalangan
Sebuah lori tangki membawa minyak sawit dan dua kenderaan lain terbakar selepas terlibat dalam kemalangan di Pasir Penambang, Kuala Selangor hari ini.
Bangladesh keluarkan waran tangkap terhadap bekas PM Sheikh Hasina
Tribunal Jenayah Antarabangsa dua anggota, yang dipengerusikan Hakim Md Golam Mortuza Majumdar mengeluarkan waran itu pada Isnin di Dhaka.
FBM KLCI ditutup rendah seiring prestasi lemah pasaran serantau
Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran serantau apabila pasaran utama di seluruh dunia kebanyakannya mencatatkan aliran negatif.
Agenda AWANI: hMPV | Waspada Ancaman Kesihatan Awam
Meskipun hMPV bukan jangkitan penyakit baharu, namun sejauh mana kesedaran masyarakat mengenai kewujudan hMPV dan bagaimana ia berbeza daripada virus pernafasan lain seperti influenza? Apa langkah yang boleh diambil untuk cegah risiko jangkitan hMPV? Diskusi 9 malam
Mahkamah Persekutuan tolak permohonan wanita semak keputusan berhubung status agama Islam
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini menolak permohonan seorang wanita berusia 38 tahun untuk menyemak semula keputusan terdahulu yang mengesahkan status agamanya sebagai seorang Islam.
Banjir: Mungkin solusi ada di 'seberang sungai'
Muhafandi Muhamad membawakan tinjauan di sekitar Sungai Golok dan menemui penduduk yang sentiasa terkesan banjir yang melanda akibat limpahan air sungai tersebut, serta apa solusi terbaik.
Letupan bom di gereja selatan Filipina, lebih 20 maut
Sekurang-kurangnya 27 terbunuh dan 77 cedera selepas dua bom dilaporkan meletup di sebuah gereja di Jolo di wilayah Sulu.
PM Najib puji perjanjian damai Filipina-MILF
Malaysia berikrar untuk terus membantu meningkatkan pembangunan sosio ekonomi dan bidang pertanian Mindanao.
Ceroboh Sabah komplot tekan Presiden Filipina
Tindakan waris Kesultanan Sulu itu telah menampakkan kegagalan kerajaan Filipina menangani isu dalamannya sendiri, kata Dr. Farish Noor.