JITRA: Kerajaan bercadang untuk meneroka penanaman padi air masin dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran beras di negara ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, berkata pihaknya sudah membuat perbincangan awal bersama pakar berkaitan di China bagi mendapatkan pandangan dan penggunaan teknologi yang bersesuaian.
"Saya telah bertemu dengan profesor di China, terdapat tanaman padi air masin di sana. Kajian selama empat tahun... lapan musim baru mereka berjaya dapat benih yang sesuai.
"Di peringkat awal, dalam perbincangan... di kawasan di tepi-tepi laut yang air naik itu tidak dibiarkan, boleh digunakan di masa akan datang (bagi penanaman padi air masin) dengan teknologi dan pandangan pakar dari luar," katanya.
Beliau berkata ketika demikian pada majlis sesi libat urus bersama Usahawan Harumanis Kodiang di Pusat Pengumpulan Ladang, Kampung Pida 3, di Kodiang pada Ahad.
Sementara itu, ketika ditanya mengenai punca hasil padi di Kedah lebih rendah berbanding di Sekinchan, Selangor, Mohamad menjelaskan ia berpunca daripada pengairan, pembajaan dan penjagaan.
Beliau berkata pesawah di Sekinchan menjadikan kerja mereka di sawah sebagai kerja hakiki bukannya sambilan.
"Di Kedah ini kita nak ke arah itu. Kalau boleh petani cantumkan (usaha) skala besar supaya kita boleh menjaga sawah dengan lebih baik. Tak boleh salahkan petani juga sebab sistem pengairan itu penting, kita tak boleh bertahan setakat lima tan sehektar, di Sekinchan mereka dapat lapan hingga sepuluh tan sehektar," katanya.
Mohamad berkata tanaman padi menerusi skim berskala besar seperti di Sekinchan itu boleh dipraktikkan pesawah di Kedah sebagai usaha menghasilkan pengeluaran padi yang banyak dengan bantuan dan kerjasama pihak Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS)
Adie Sufian Zulkefli
Sun May 28 2023

Mohamad menghadiri majlis sesi libat urus bersama Usahawan Harumanis Kodiang di Pusat Pengumpulan Ladang, Kampung Pida 3, di Kodiang pada Ahad. - Gambar/ Astro AWANI
Beri perhatian 10 cadangan projek di Negeri Sembilan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Ekonomi memberikan perhatian khusus kepada 10 cadangan projek keutamaan di Negeri Sembilan, khususnya berkaitan projek tebatan banjir.
Jalan TAR meriah, warga kota buat persiapan raya
Lintas langsung wartawan Astro AWANI, Hasimi Muhamad di Bazar Aidilfitri di Jalan Tunku Abdul Rahman KL
Masyarakat lega beras putih tempatan kembali ke pasaran
Orang ramai menarik nafas lega apabila stok beras putih tempatan yang 'hilang' sejak tahun lalu sudah kembali di pasaraya setempat.
Penjenayah ditembak mati di besut disyaki terlibat edar dadah
Polis percaya suspek yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan di Besut, Terengganu awal pagi Ahad terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah.
Polis terima laporan pelajar sekolah didakwa dibuli
Polis menerima laporan daripada tujuh pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa menjadi mangsa buli pelajar senior dalam satu kejadian pada 8 Mac lepas.
JAIS diarah mulakan semakan tauliah mengajar MAIS - EXCO
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) diarah memulakan semakan sekiranya agamawan atau guru terkait dengan kes mencederakan seorang remaja lelaki di Kajang baru-baru ini memegang sebarang bentuk tauliah mengajar yang diberikan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Mac 2025.

Imigresen Kelantan tahan 35 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menahan 35 pendatang tanpa izin menerusi operasi penguatkuasaan yang dijalankan sekitar bandar ini termasuk di Terminal Bas Lembah Sireh semalam.
Tumpuan Isnin – 17 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (16 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Malaysia teroka penanaman padi air masin, dapatkan kepakaran China - Mohamad Sabu
Kerajaan bercadang untuk meneroka penanaman padi air masin dalam usaha meningkatkan hasil pengeluaran beras di negara ini.