ISKANDAR PUTERI: Malaysia telah menerima pelaburan sebanyak RM76 bilion melibatkan pusat data bagi tempoh 2021 sehingga Mac tahun ini, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Beliau berkata ia merupakan satu pertumbuhan yang besar dan turut disokong oleh beberapa faktor, selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai hab pusat data di rantau Asia.
"Sekarang ini sudah banyak (pusat data) tetapi apabila kita melihat kepada pertumbuhan, ia adalah besar.
"Sasaran kita (adalah) menjadi hab kepada bukan sahaja rantau ASEAN tetapi juga Asia," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis perasmian sebuah pusat data di Taman Teknologi Nusajaya, di sini, hari ini.
Katanya antara faktor yang mendorong kepada pertumbuhan pusat data itu, termasuklah dasar kerajaan dan galakan mengenai tenaga boleh diperbaharui (RE), tanah serta ekosistem ekonomi digital sedia ada.
Beliau berkata ini terbukti dengan komitmen pemain industri menerusi Perjanjian Bekalan Elektrik (ESA) antara TNB dan empat pemain pusat data melibatkan bekalan dengan jumlah kapasiti 1,500 megawatt (MW).
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Johor Lee Ting Han.
Terdahulu, dalam ucapan, Tengku Zafrul berkata ekonomi digital menjadi antara tunjang ekonomi utama Malaysia, menyumbang 23.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara atau RM348 bilion pada 2021.
"Sumbangan ini dijangka mencecah 25.5 peratus menjelang 2025, atau lebih RM382 bilion (kira-kira US$84 bilion).
"Bagi bahagian pasaran pusat data di Malaysia, unjuran itu adalah amat baik, dengan jangkaan purata kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 16 peratus atau US$2.08 bilion (RM9.36 bilion) dari 2021 hingga 2026," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 10 2023
Tengku Zafrul (tiga, kiri) ketika merasmikan GDS International Data Center di Taman Teknologi Nusajaya hari ini. -Bernama
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Malaysia terima pelaburan untuk pusat data berjumlah RM76 bilion sehingga Mac tahun ini
Ia merupakan satu pertumbuhan yang besar dan turut disokong oleh beberapa faktor, selari dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai hab pusat data di rantau Asia.