Tan Sri Zulhasnan Rafique berkata Kuala Lumpur bertekad untuk meletakkan hubungannya dengan Washington di peringkat lebih tinggi berikutan pelantikan beliau sebagai duta besar baharu Malaysia di Amerika Syarikat (AS).
Katanya beliau komited untuk memberi sumbangan dan perkhidmatan terbaik ke arah mencapai hasrat dan objektif dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.
Dalam kenyataan dikeluarkan sempena pelantikannya itu, Zulhasnan yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan berkata AS adalah antara ekonomi terbesar dan kuasa besar tercanggih dunia.
"Saya melihat pelantikan saya sebagai petanda jelas tentang tekad Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan pucuk pimpinan negara bukan sahaja untuk untuk meneruskan, malah meningkatkan dan mengukuhkan lagi hubungan baik antara Malaysia dan AS yang telah terjalin sejak sekian lama iaitu sejak negara kita mencapai kemerdekaannya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
Zulhasnan, yang menggantikan Datuk Dr Awang Adek Hussin, menzahirkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di atas kepercayaan Seri Paduka melantik beliau sebagai Duta Besar Malaysia di Washington.
Beliau turut merakamkan penghargaan sama kepada Najib.
Kementerian Luar mengumumkan tentang pelantikan itu dalam satu kenyataan berasingan hari ini.
"Saya melihat pelantikan ini sebagai satu pengamanahan dan amanat besar ke atas diri saya untuk mewakili kepimpinan dan seluruh rakyat Malaysia," kata Zulhasnan, yang menyandang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan dari 2006 hingga 2009.
Bekas juruterbang pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia itu berkata beliau akan memanfaatkan peluang tersebut untuk meningkatkan lagi hubungan antara kerajaan Malaysia dan pentadbiran baharu As di bawah kepimpinan bakal presiden Donald Trump.
"Tatkala Malaysia membangun maju ke arah mencapai sepenuhnya status negara maju berpendapatan tinggi, kepentingan mengukuhkan lagi hubungan diplomatik, ekonomi, pendidikan, sosial dan keselamatan merupakan faktor yang amat kritikal untuk diteruskan bagi mengeratkan hubungan dua hala dengan negara lain di dunia," katanya.
Beliau berkata ini termasuk kerjasama antara negara ke arah mencapai kestabilan politik dunia. -- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 28 2016
ZULHASNAN: Saya melihat pelantikan ini sebagai satu pengamanahan dan amanat besar ke atas diri saya untuk mewakili kepimpinan dan seluruh rakyat Malaysia. -Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Malaysia tekad tingkatkan hubungan dengan AS - Zulhasnan
Zulhasnan berkata beliau komited untuk memberi sumbangan dan perkhidmatan terbaik ke arah mencapai hasrat dan objektif dalam hubungan dua hala kedua-dua negara.