KUALA LUMPUR: Nilai perpaduan, keterangkuman dan kebersamaan bangsa serta etnik di Malaysia menjadi kekuatan untuk rakyat terus hidup secara harmoni, aman sejahtera tanpa sebarang konflik.
Berkongsi semangat semarak uniti, pengamal media, Usharani Saminathan berkata, Malaysia sudah mencapai tahap perpaduan yang baik ketika ini dan tidak ada apa yang perlu dirisaukan apabila menyentuh tentang uniti rakyat.
“Meskipun terdapat segelintir kumpulan yang tidak bertanggungjawab dalam membuat provokasi atau bertujuan mengeruhkan keadaan, namun situasi itu adalah kes terpencil.
“Ia boleh diselesaikan secara aman dan tidak perlu dihebohkan kerana disifatkan terlalu kecil,” katanya ketika menjadi salah seorang panel dalam program Sembang Kita terbitan Astro AWANI pada Rabu.
Menyokong terhadap kebersamaan rakyat Malaysia, pelajar institusi pengajian tinggi awam, Haikal Raman berkata, meskipun kita hidup dalam masyarakat berbilang bangsa… formula ART iaitu menerima (acceptance), menghormati (respect) dan toleransi (tolerate) menjadi ramuan penting kesejahteraan negara.
“Ketiga-tiga asas (pillar) ini perlu bergerak seiring kerana tanpa salah satu daripada elemen berkenaan sebuah nilai perpaduan tidak dapat dicapai sama sekali.
“Dalam semangat pembinaan negara dan membangunkan sebuah bangsa Malaysia, kita perlu menerima serta menghargai (embrace) sebarang perbezaan yang wujud dengan melihat perkara tersebut dari perspektif berbeza,” ujarnya pada program sama.
Sementara itu, pekerja swasta, Nicholas Teh turut berkongsi, keharmonian kaum yang ada di Malaysia turut mengeratkan lagi hubungan baiknya dengan bangsa lain seperti Melayu dan India.
“Tiada prejudis antara kita, malah saya sudah lama hidup dalam suasana yang harmoni sejak kecil kerana kejiranan kami turut mempunyai bangsa lain… hidup bahagia bersama-sama.
“Persaudaraan yang erat ini banyak memberi kebaikan kepada kami, malah saya banyak memperkasakan dan menguasai bahasa Melayu daripada kawan-kawan berbangsa Melayu sehingga mampu berinteraksi dengan lancar,” jelasnya.
Tutup Nicolas, keterangkuman tersebut menjadikan kita sebagai sebuah negara Malaysia yang ideal!
Astro AWANI bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dalam menghasilkan beberapa siri Sembang Kita bagi menyemarakkan perpaduan negara.
Astro Awani
Wed Oct 26 2022
Formula ART iaitu menerima (acceptance), menghormati (respect) dan toleransi (tolerate) menjadi ramuan penting kepada kesejahteraan negara. - Gambar hiasan
Dua bot nelayan ditahan langgar syarat lesen, gajikan pekerja asing
APMM Selangor menahan dua bot nelayan tempatan kerana disyaki melanggar syarat sah lesen dengan menggajikan kru warga asing tanpa kebenaran.
OIC kecam peta Israel tuntut hak ke atas wilayah Arab
Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan OIC dalam satu kenyataan turut mengecam tindakan provokatif Israel untuk mengilhak Tebing Barat yang diduduki, dan seruan pegawai Israel supaya memperhebatkan serangan genosid ke atas Semenanjung Gaza.
PM Jepun bertemu Prabowo, perkukuh hubungan pertahanan
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba mengadakan pertemuan dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto dalam usaha mengukuhkan hubungan pertahanan dan ekonomi.
11 kematian, 12 ribu struktur musnah
11 kematian disahkan dari kebakaran besar yang melanda California setakat Jumaat dengan 12,000 struktur harta benda musnah. Dalam kemas kini terbaharu laporan Los Angeles Times, pihak berkuasa di negeri itu masih mengekalkan amaran merah di kebanyakan kawasan dengan lebih 150,000 penduduknya berada dalam perintah pemindahan mandatori.
Tidak tahan dibuli, wanita serang penuntut guna tukul
Polis Jepun berjaya memberkas suspek yang terlibat dalam serangan tukul di Universiti Tokyo pada Jumaat, yang mana insiden itu mencederakan beberapa individu. Suspek yang baru berusia 22 tahun itu dikenal pasti mahasiswi dari Korea Selatan berjaya ditahan serta merta di lokasi kejadian.
DBKL diminta ambil tindakan tegas terhadap penganjur Karnival Havoc
Ahli Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.
Cadangan henti guna asbestos sepenuhnya sedang diperhalusi - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata ketika ini Jabatan Alam Sekitar sedang menerbitkan kajian berhubung penggunaan asbestos dan kesannya kepada alam sekitar dan kesihatan.
PBB teguh sebagai parti yang inklusif dan utamakan keharmonian kaum
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) tetap teguh sebagai sebuah parti yang inklusif, mengutamakan keharmonian antara kaum dan memastikan tiada pihak yang tertinggal dalam arus pembangunan.
Produk kraf Orang Asli Kelinsing diusahakan jadi cenderahati
Kementerian Komunikasi akan mengusahakan agar produk kraf penduduk Kampung Orang Asli Kelinsing di sini dijadikan cenderahati untuk perwakilan ASEAN yang menghadiri mesyuarat di pelbagai peringkat sepanjang tahun ini.
Profesional undang-undang digalakkan jadi ahli ICM - Fadillah
Fadillah berkata keahlian di bawah ICM akan memupuk persahabatan, muhibah dan kerjasama dalam profesion itu.
Tulisan Jawi untuk seluruh rakyat Malaysia - Cikgu Lorenica
Lorenica Frenila Masundim, seorang guru berketurunan Rungus menyifatkan tulisan berkenaan adalah tulisan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kisah 'jalan tikus' contoh terbaik tonjol semangat kebersamaan
Kisah 'jalan tikus' di Kampung Baru Pelawan contoh terbaik yang menonjolkan semangat kebersamaan dan tolong-menolong dalam membantu pengguna jalan raya yang mengalami kesulitan akibat kesesakan.
Malaysia sudah lama capai nilai perpaduan terbaik
Formula ART iaitu menerima (acceptance), menghormati (respect) dan toleransi (tolerate) menjadi ramuan penting kepada kesejahteraan negara.
Memartabat bahasa kebangsaan, memperkukuh jati diri
Pembinaan jati diri bangsa Malaysia sangat wajar dipupuk melalui bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu dalam wadah pendidikan negara.