KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus menyokong dan bekerjasama dalam semua program anjuran UN-Habitat yang berperanan menyelaras program serta aktiviti berkaitan petempatan manusia selain memastikan persekitaran hidup berkualiti dapat dicapai.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Malaysia juga berhasrat memainkan peranan sebagai Ahli Lembaga Eksekutif UN-Habitat mewakili Asia Pasifik agar penglibatan negara dalam agenda perbandaran mampan dapat diketengahkan.
"UN-Habitat juga komited bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan meliputi aspek latihan, pembangunan kapasiti dan penyediaan pelaporan berkenaan kemajuan pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) di peringkat tempatan serta keperluan akreditasi dan pensijilan bagi bandar-bandar yang mencapai sasaran kemampanan," katanya dalam hantaran di laman Facebook.
Menerusi hantaran itu, Ismail Sabri turut memaklumkan beliau menerima kunjungan hormat Pengarah Eksekutif UN-Habitat Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif di pejabatnya di Putrajaya semalam.
Maimunah merupakan anak tempatan dan wanita pertama di Asia yang memegang jawatan itu.
Perdana Menteri berkata kerajaan yakin UN-Habitat akan terus cemerlang di bawah kepemimpinan Maimunah bagi menjayakan aktiviti dan program berkaitan SDG serta memperluas pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu sebagai agenda semasa global.
Maimunah mula dilantik ke jawatan itu pada 20 Jan 2018 setelah menang pemilihan ketika sesi Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 22 Dis 2017 dan disambung bagi penggal kedua dari 20 Jan 2022 hingga 19 Jan 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 12 2022
Ismail Sabri menerima kunjungan hormat Maimunah di pejabatnya di Putrajaya pada Jumaat. - Foto Facebook/Ismail Sabri Yaakob
Kekejaman zionis: Lima rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel
Pihak berkuasa Palestin sahkan lima rakyatnya terbunuh dalam serangan Israel di bandar Jenin, Tebing Barat, pada Jumaat.
Jabatan Perikanan Johor beri amaran kehadiran petropoda berbahaya di perairan Mersing
Perubahan iklim, peningkatan suhu air dan air 'ballast' perkapalan dipercayai menjadi punca penyebaran spesies ini ke perairan negara.
Kekejaman zionis: Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Usaha untuk mendapatkan gencatan senjata dan pembebasan tebusan di Gaza mendapat momentum pada Jumaat.
40 peratus Ahli Dewan Rakyat baharu Britain diwakili wanita
Jumlah ahli parlimen wanita yang bakal menghiasi kerusi di dewan rakyat Britain mencatatkan rekod baharu susulan keputusan pilihan raya umum United Kingdom, UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
Sehingga awal pagi Sabtu, seramai 261 ahli Parlimen wanita telah dipilih iaitu mewakili 40 peratus daripada dewan rakyat dengan bilangan itu mungkin meningkat apabila pengiraan undi diteruskan di seluruh UK.
UK Memilih: Parlimen UK dihiasi lebih banyak kepelbagaian etnik
Perdana Menteri Britain yang baharu, Keir Starmer akan menyelia sebuah parlimen yang mempunyai lebih banyak pelbagai etnik dan lebih wanita berbanding sebelum ini selepas memperoleh kemenangan besar dalam pilihan raya pada Khamis, yang menamatkan pemerintahan Konservatif selama 14 tahun.
Pemilik bengkel dikenakan tindakan, gagal kemuka senarai harga baik pulih kenderaan
Tindakan itu adalah hasil aduan orang awam yang tidak berpuas hati dengan caj yang dikenakan setelah kenderaan tersebut selesai dibaiki.
Kos sara hidup: Indikator baharu perlu lihat banyak dimensi, tangani kartel dan monopoli
Perbelanjaan yang menentukan inflasi dan kos sara hidup berbeza mengikut tempat dan persekitaran, dan tidak hanya tertumpu pada mereka yang berada di bandar sahaja.
Transformasi PMKS tahun ini buka tirai di Johor Bahru
Wartawan Astro AWANI, Nabilah Khaleeda berlintas langsung dari Johor Bahru untuk liputan Jiwa SME di mana ia adalah sebuah platform bagi memperkasakan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) melalui peluang perkongsian pengetahuan serta strategi, yang membuka tirainya pada Sabtu.
AWANI Pagi: Suhu politik hangat, apa nasib Sungai Bakap?
Pemerhatian dan analisis awal Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam Awani Pagi 8.30 nanti, sempena PRK DUN Sungai Bakap Memilih hari ini.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Hujan lebat di China semakin memburuk
Sebuah jalan di daerah Badong terputus akibat hujan lebat yang melanda Hubei, yang terletak di tengah China.
Mesyuarat meja bulat Menteri ASEAN-China sebulat suara luluskan konsensus KL
Mesyuarat Meja Bulat Menteri ASEAN-China mengenai Pembinaan dan Perumahan (ACMROCH) 2024 sebulat suara meluluskan Konsensus Kuala Lumpur pagi ini.
Turki jadikan perasmian World Cities Day pentas solidariti buat Gaza
Majlis dibuka dengan persembahan piano penuh perasaan oleh artis Bra Kayk yang mendedikasikan muziknya untuk anak-anak Gaza yang menjadi mangsa kekejaman Zionis.
Bukan soal tak cukup duit, tapi isunya ialah ketelusan pentadbiran - UN Habitat
Halangan terbesar bagi perancangan urban ialah kerana kegagalan pentadbiran sesebuah kerajaan untuk mengagihkan peruntukan yang lebih telus.
Peraturan dan dasar awam yang adil diperlukan untuk hak pemilikan rumah - UN-Habitat
Masalah ketiadaan tempat tinggal merupakan masalah yang paling mendesak dan serius di kebanyakan bandar di seluruh dunia.
Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia berkempen jadi Ahli Lembaga Eksekutif UN - Habitat
Malaysia berkempen untuk menjadi ahli Lembaga Eksekutif UN-Habitat pada Forum Pembangunan Lestari Asia Pasifik (APFSD) ke-10 yang diadakan di Bangkok.
Malaysia mahu anggotai Lembaga Eksekutif UN-Habitat
Malaysia berhasrat menganggotai Lembaga Eksekutif Program Penempatan Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (UN-Habitat) bagi mewakili rantau Asia Pasifik.
Kuala Lumpur dicadang jadi lokasi pejabat UN-Habitat peringkat ASEAN
Cadangan tersebut diketengahkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres.
Malaysia sokong, bekerjasama dalam program UN-Habitat - PM
Kerajaan yakin UN-Habitat akan terus cemerlang di bawah kepemimpinan Maimunah bagi menjayakan aktiviti dan program berkaitan SDG.