KUALA LUMPUR: Malaysia akan mengadakan pertemuan dengan wakil kerajaan Singapura pada Jumaat, bagi membincangkan isu laluan pelancongan vaksinasi antara kedua-dua negara.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perbincangan itu dijangka diadakan bersama Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, Gan Kim Yong bagi membincangkan perancangan Malaysia untuk membuka pintu sempadannya kepada pelancongan dari republik itu.

Beliau memberitahu, hasil perbincangan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat. 

"Semalam saya baru bersama dengan pihak Kedutaan Singapura dan mungkin perbincangan akan diteruskan esok dengan Menteri Perdagangan dan Industri Singapura, berhubung laluan pelancongan vaksinasi.

"Hasil perbincangan akan dibentangkan di MKN untuk diluluskan dan Perdana Menteri akan mengumumkan sekiranya semua berjalan lancar," katanya dalam sidang media di Dewan Rakyat di sini, pada Khmais.

Mengulas lanjut, Nancy menjelaskan, pengusaha pelancongan domestik juga sudah bersedia untuk menerima kedatangan pelancong asing bagi merancakkan semula industri itu.

Beliau menjangkakan kerjasa antara kedua-dua negara itu akan dicapai pada 15 November depan, sempena tiga bulan pem bukaan gelembung pelancongan Pulau Langkawi atau lebih awal.