Malaysia menawarkan untuk berkongsi pengalamannya dan amalan terbaik dalam memerangi ancaman keganasan di peringkat antarabangsa, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.
Beliau berkata Malaysia berjaya mengambil langkah bagi mengukuhkan struktur undang-undang dalam menghadapi ancaman pengganas dengan mewujudkan undang-undang baharu serta meminda beberapa undang-undang tertentu.
"Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 telah digubal bertujuan menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Tahun lalu kami memperkenalkan Akta Pencegahan Keganasan (POTA) 2015. Ia adalah undang-undang pencegahan khusus bagi menangani ancaman pengganas.
"Akta ini untuk mencegah pelakuan atau menyokong perbuatan pengganas yang melibatkan organisasi pengganas yang tersenarai dalam negara atau di mana-mana negara asing," katanya ketika menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Antarabangsa bagi Memerangi Keganasan: Pergerakan Rentas Sempadan oleh Pengganas di sini hari ini.
Datuk Seri Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata kemunculan fenomena baharu, pejuang pengganas asing (FTF) yang kini semakin pantas melebarkan sayapnya dan semua orang perlu menghentikannya.
"Malaysia amat bimbang mereka yang berhasrat menyertai Daish, termasuk warga asing menggunakan negara kami sebagai transit sebelum meneruskan misi mereka untuk berkhidmat dengan Daesh di Iraq dan Syria.
"Militan yang pulang ke Malaysia membawa ideologi radikal mereka untuk mempengaruhi orang lain, dan ia merupakan perkara yang serius bagi kami," tambah beliau.
Datuk Seri Ahmad Zahid berkata Malaysia bimbang ancaman pengganas khususnya ancaman Daish dan baru-baru ini serangan pengganas yang berlaku di Istanbul serta serangan di Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi membuktikan negara Islam juga tidak terkecuali daripada ancaman itu.
"Sehubungan itu, saya mahu menekankan bahawa Daish tidak mewakili Islam, tetapi sebuah pergerakan radikal berdasarkan ideologi radikal," katanya.
Datuk Seri Ahmad Zahid berkata untuk mengatasi masalah itu, kerajaan Malaysia memperkenalkan Akta Langkah-langkah Khas Menentang Keganasan di Luar Negara (SMATA) 2015 yang membolehkan penggantungan dan membatalkan dokumen perjalanan Malaysia jika individu itu menyertai pertubuhan pengganas yang disenaraikan.
Beliau berkata selain itu, Malaysia juga menandatangani perjanjian ekstradisi dan kerjasama bantuan undang-undang dengan beberapa negara dan perjanjian itu amat berguna untuk mengesan pergerakan penjenayah buruan dan boleh juga digunakan bagi proses pendakwaan pengganas di negara lain.
Bagi Malaysia, keselamatan sempadan adalah sangat penting untuk menghentikan pergerakan pengganas. Di pintu masuk kami, Jabatan Imigresen memantau setiap individu yang melalui pusat pemeriksaan.
"Data mereka diperiksa di bawah 'senarai suspek' dan senarai itu akan sentiasa dikemas kini dan diselia pihak berkuasa Malaysia yang bekerja rapat dengan badan antarabangsa yang melaksanakan larangan perjalanan termasuk
Interpol dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu," kata Datuk Seri Ahmad Zahid.
Timbalan Perdana Menteri berkata keselamatan di sepanjang sempadan sedang dipertingkat dan Malaysia juga melaksanakan Sistem Saringan Awal Penumpang (APSS) untuk menambah baik dan mengetatkan kawalan sempadan iaitu penumpang udara akan disemak terlebih dahulu sebelum memasuki Malaysia.
Beliau menegaskan undang-undang Malaysia juga mengetatkan kawalan terhadap pemilikan senjata api dan menyatakan dengan jelas bahawa lesen dan permit diperlukan untuk mendapatkan, menjalankan atau memindahkan senjata dan peluru, pembuatan senjata dan peluru serta mengimport dan mengeksport produk itu.
"Semua aktiviti berkaitan senjata api termasuk bertindak selaku peniaga, ejen, menawarkan bantuan teknikal, latihan, pengangkutan, kewangan, insurans dan penyelenggaraan serta perkhidmatan keselamatan memerlukan permit dan melanggar syarat-syarat itu adalah kesalahan serius di Malaysia dan boleh menjalani hukuman penjara atau dihukum mati," katanya.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Bernama
Wed Aug 10 2016

DATUK SERI AHMAD ZAHID: Malaysia berjaya mengambil langkah bagi mengukuhkan struktur undang-undang dalam menghadapi ancaman pengganas dengan mewujudkan undang-undang baharu serta meminda beberapa undang-undang tertentu.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Malaysia sedia kongsi pengalaman perangi ancaman keganasan - TPM
Malaysia berjaya mengambil langkah bagi mengukuhkan struktur undang-undang dalam menghadapi ancaman pengganas dengan mewujudkan undang-undang baharu serta meminda beberapa undang-undang tertentu.

Kerajaan disaran kuat kuasa POTA sebaik mungkin - Mukhriz
Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata rakyat sudah muak dengan pelbagai kenyataan yang dilontarkan oleh sesetengah pihak yang langsung tidak menjaga sensitiviti masyarakat berbilang bangsa.

Hentikan segera sebarang tanda kecenderungan ke arah ekstremisme - TPM
Sebarang tanda kecenderungan ke arah ekstremisme dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dihentikan segera dan ditangani sebelum ia menimbulkan ancaman serius kepada keamanan dan kestabilan di negara ini

Kerajaan tidak apologetik dalam memastikan keamanan negara - Najib
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pelaksanaan Akta Pencegahan Keganasan, yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat nanti akan dilakukan tanpa bermotifkan politik.