MOSCOW: Institusi kewangan Malaysia sedang mengkaji sistem pemesejan kewangan Rusia dengan terperinci dan bersedia menyertai jika memenuhi beberapa kriteria, kata Duta Malaysia ke Moscow Datuk Bala Chandran Tharman.
Beliau berkata selain Malaysia, setiap negara rakan kongsi lain yang menjalankan perniagaan dengan Rusia juga sedang mempertimbangkan perkara yang sama.
"Semua sedang meneroka peluang untuk meneruskan perniagaan dengan lebih besar," kata Chandran sambil menyatakan keyakinan bahawa jika sistem itu dapat membantu memberi penyelesaian komersial yang baik, institusi asing pasti akan menyertainya.
Bala Chandran berkata pada masa yang sama, sektor swasta Rusia semakin berminat dalam industri Malaysia.
"Bidang utama minat mereka ialah penjagaan kesihatan dan peralatan perubatan, khususnya pergigian, serta eksport pertanian, khususnya minyak sawit.
"Syarikat Malaysia lebih kerap dijemput ke Rusia untuk membentangkan produk mereka, dan mereka kini sedang mencari peluang dalam pasaran Rusia," tambah duta itu.
Memandangkan Malaysia kini sedang mempromosi gentian berkualiti tinggi baharu, kenaf, Malaysia boleh menyumbang dengan ketara kepada import pertanian Rusia dan menyokong sektor pembuatan dan ekonomi Rusia dengan membekalkan bahan itu.
"Pembekalan kenaf sedang dibincangkan oleh suruhanjaya kerjasama ekonomi dua hala serta di peringkat kerajaan," katanya sambil menyatakan kenaf digunakan secara meluas dalam industri perkapalan untuk pembungkusan.
Satu mesyuarat suruhanjaya Rusia-Malaysia mengenai kerjasama ekonomi, saintifik, teknikal dan kebudayaan mungkin akan diadakan pada suku kedua tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 23 2022
Bala Chandran berkata, pada masa yang sama, sektor swasta Rusia semakin berminat dalam industri Malaysia. - Gambar fail/BERNAMA
G7 usaha sepakti isu waran tangkap Netanyahu
Tajani menyatakan bahawa G7 perlu bersatu dalam isu ini untuk menunjukkan pendirian yang kukuh.
Airbus rancang beli balik sehingga 2.12 juta saham
Syarikat aeronautik dan angkasa lepas Eropah, Airbus, mengumumkan "tranche" kedua program pembelian balik sahamnya.
Kes remaja hamil luar nikah, khalwat tunjuk trend penurunan - Timbalan MB Kelantan
Kes hamil luar nikah dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 19 tahun di Kelantan telah menunjukkan trend penurunan dari 2021 hingga 2023, kata Timbalan Menteri Besar Datuk Mohamed Fadzli Hassan.
MOTAC perluas Aspirasi Generasi Pendidikan TVET, pastikan tenaga kerja tempatan dipenuhi
Kerajaan bercadang memperluaskan Program Aspirasi Generasi TVET Sektor Pelancongan bagi membuka peluang kepada lebih ramai graduan tempatan menceburi industri berkenaan.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.
Maritim Malaysia rancang perolehan radar baharu guna teknologi AI
Maritim Malaysia merancang untuk memperoleh radar baharu yang akan ditempatkan di kawasan strategik seperti di kawasan perairan Sarawak dan pantai timur.
KPK yakin sasaran RM28 bilion eksport industri kayu dapat dicapai menjelang 2025
KPK yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan - Joachim
Pencemaran plastik di Sabah semakin membimbangkan dan memberi kesan buruk kepada imej negeri ini sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Perak berpotensi baik sebagai penyumbang ekonomi negara - Rafizi
Perak mempunyai potensi baik berbanding negeri lain sebagai penyumbang ekonomi negara, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
MOTAC promosi makanan tempatan sepanjang Kepengerusian ASEAN
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan mempromosikan makanan tradisional Malaysia sepanjang Kepengerusian ASEAN 2025 bagi merancakkan industri pelancongan negara.
Malaysia sedang kaji sistem pesanan kewangan Rusia - Duta
Negara rakan kongsi lain yang menjalankan perniagaan dengan Rusia juga sedang mempertimbangkan perkara yang sama.