KUALA LUMPUR: Malaysia secara rasmi menyertai Triti Budapest dan Triti Marrakesh yang ditadbir Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO), seterusnya menjadi ahli dan mematuhi peruntukan kedua-dua perjanjian itu.
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, Malaysia mendepositkan instrumen penyertaan 'Budapest Treaty on the International Recognition of the Deposit of Microorganisms for the Purposes of Patent Procedure (Triti Budapest)' dan juga 'Marrakesh Treaty To Facilitate Access To Published Works For Persons Who Are Blind, Visually Impaired Or Otherwise Print Disabled (Triti Marrakesh)' di ibu pejabat WIPO di Geneva, pada Khamis.
MyIPO memaklumkan dokumen itu ditandatangani Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan diserahkan Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva Datuk Dr Ahmad Faisal Muhamad kepada Ketua Pengarah WIPO Darren Tang.
"Penyertaan Malaysia dalam Triti Budapest, akan membolehkan pengiktirafan simpanan mikroorganisma bagi tujuan prosedur paten.
"Melalui triti ini pemohon paten hanya perlu menyimpan sampel mikroorganisma di International Depositary Authority (IDA) sahaja dan ini akan mengelakkan pengulangan prosedur penyimpanan di pelbagai negara, apabila pemohon memfailkan permohonan paten di pelbagai negara ahli Triti Budapest," menurut kenyataan itu.
Selain itu, penyertaan Malaysia sebagai anggota Triti Marrakesh, akan menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi negara dengan memberi pengecualian daripada mendapatkan kebenaran pemunya hak cipta, untuk membuat dan mengedarkan bahan bacaan dalam format boleh akses bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.
MyIPO berkata penyertaan ini, akan memberikan akses lebih luas kepada kira-kira 51,323 OKU penglihatan yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat, terhadap bahan bacaan dalam format boleh akses.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 01 2022
Malaysia secara rasmi menyertai Triti Budapest dan Triti Marrakesh yang ditadbir Pertubuhan Harta Intelek Dunia (WIPO) seterusnya menjadi ahli dan mematuhi peruntukkan kedua-dua perjanjian tersebut. - Foto BERNAMA
Wanita temui ajal buang bintik hitam, tanda lahir
Liu meninggal dunia akibat komplikasi yang berkaitan dengan tekanan intrakranial yang berlebihan.
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu RMK-13
Agenda Negara Menua antara tumpuan baharu kerajaan dalam merangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) yang bakal dibentang awal tahun depan di Parlimen. Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata melalui kertas putih Agenda Negara Menua, kerajaan mendapati terdapat banyak penambahbaikan perlu dilaksanakan dari segi undang-undang untuk mewujudkan industri penjagaan.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [26 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Farhan Hakimi & Amirul Aiman
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
- Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
- Kes Faisal Halim diambil alih Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bukit Aman
- Penggantungan Tajuddin dari UMNO ditarik balik berkuat kuasa serta-merta
#AWANIpagi #AWANInews
Dibuang sekolah kerana ibu bapa tidak pilih calon pemimpin
Pemerintah Pamotan, Rembang, akan memanggil pemilik tadika berkenaan untuk tujuan siasatan lanjut.
Biden, Macron dijangka umum gencatan senjata Israel-Hezbollah
Rundingan semakin hampir dimuktamadkan tetapi belum selesai sepenuhnya.
Kim Swee jurulatih baharu kelab Indonesia, Persis Solo
Datuk Ong Kim Swee sah dilantik sebagai ketua jurulatih baharu sebuah kelab bola sepak dalam Liga Indonesia, Persis Solo.
Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
WHO kecam serangan hospital di utara Gaza
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam serangan berterusan rejim Zionis ke atas Hospital Kamal Adwan di Utara Gaza.
Perkara itu disampaikan Ketua Pengarahnya, Tedros Adhanom Ghebreyesus menerusi sebuah ciapan di X.
Serangan Israel di beirut tengah ragut 29 nyawa
Kawasan padat penduduk di tengah Beirut, musnah akibat serangan udara Israel pada Sabtu lalu, mengorbankan sekurang-kurangnya 29 orang, termasuk kanak-kanak.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
Serangan ini menjadi yang paling dahsyat di Beirut dalam setahun terakhir.
UAE tahan tiga suspek kes bunuh rabai
Ketiga-tiga suspek merupakan warga Uzbekistan berusia 28 hingga 33 tahun.
Malaysia secara rasmi sertai Triti Budapest dan Marrakesh
Dokumen itu ditandatangani Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.