PUTRAJAYA: Malaysia menyasarkan peningkatan sebanyak 40 peratus penggunaan teknologi nuklear dalam bidang khusus sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE) daripada data asas bidang STIE semasa.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Chang Lih Kang berkata, sasaran itu mampu dicapai menerusi kerangka Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 (DTNN 2030) beserta dokumen pelan tindakan yang telah disediakan.
Jelas beliau, DTNN 2030 meletakkan strategi yang kukuh bagi menjayakan transformasi bidang teknologi nuklear.
“Ia bakal dipacu melalui kerjasama awam dan swasta bagi meningkatkan tahap penerimaan teknologi ini.
“Melalui pelaksanaan DTNN 2030, bidang penyelidikan, pembangunan, pengkomersilan dan inovasi akan terus menjadi tonggak dalam pembangunan bidang sains, teknologi dan inovasi di bawah MOSTI.
“Sejajar dengan ini, kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan akan memacu kemajuan teknologi nuklear di Malaysia, yang akan membuahkan manfaat kepada rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 di sini pada Rabu.
Mengulas lanjut, Lih Kang berkata, dengan memanfaatkan teknologi nuklear yang selamat dan berhemah, Malaysia dapat memenuhi keperluan sosioekonomi termasuk membuka peluang ekonomi dan pekerjaan baharu.
Pada masa yang sama, beliau berkata pelaksanaan DTNN 2030 akan membolehkan negara memaksimumkan manfaat penggunaan teknologi nuklear secara aman untuk pembangunan sosioekonomi negara dan meletakkan Malaysia setanding dengan negara-negara maju yang lain.
“Untuk tujuan ini, DTNN 2030 menetapkan empat Teras Strategik, 18 Strategi dan 13 sasaran utama melibatkan pihak berkepentingan dalam pelbagai sektor ekonomi yang telah dikenal pasti bagi mencapai visi dan hala tuju ekosistem teknologi nuklear negara.
“Selain itu, dasar ini telah mengenal pasti enam Sektor Fokus Utama sebagai sektor yang boleh dipertingkatkan keupayaannya melalui penggunaan teknologi nuklear.
“Antaranya sektor perubatan dan penjagaan kesihatan; makanan dan pertanian; pembuatan peranti dan peralatan; pengurusan alam sekitar dan sumber asli; aplikasi perindustrian; serta keselamatan dan sekuriti nuklear,” katanya.
Katanya lagi, Nuklear Malaysia akan bertindak sebagai agensi penyelaras untuk platform kerjasama nasional termasuk projek strategik berkaitan teknologi nuklear.
"Nuklear Malaysia akan menerajui Jawatankuasa Teknikal Teknologi Nuklear Kebangsaan di mana ahlinya terdiri daripada pakar teknikal daripada agensi kerajaan yang berkaitan, institusi berasaskan negeri, pengawal selia, sektor swasta dan ahli akademik.
"Jawatankuasa ini akan berperanan untuk menyelaras, meneliti serta menasihati aspek teknikal berkaitan teknologi nuklear dalam pelaksanaan dasar ini," jelasnya.
Astro Awani
Wed Sep 20 2023
Chang Lih Kang (tengah) ketika merasmikan Dasar Teknologi Nuklear Negara 2030 pada Rabu - Gambar MOSTI
India berkabung atas kematian bekas PM Manmohan Singh, sanjung legasi reformasi ekonomi
Singh, yang meninggal dunia pada usia 92 tahun di New Delhi malam Khamis, merupakan tokoh ekonomi dan pemimpin yang sangat dihormati.
Tindakan Pas politikkan sambutan Krismas tidak hormat hak rakyat berbilang bangsa - DAP
Tiga Ahli CEC DAP berkata, kepelbagaian etnik, ras, serta suku kaum di Malaysia perlu diraikan, difahami dan saling dihormati,
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Tiga maut, empat cedera parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Kejadian berlaku berhampiran Raftsundet di kepulauan Lofoten, destinasi pelancongan terkenal di utara Norway.
Kazakhstan tegaskan Azerbaijan, Rusia tidak terlibat dalam siasatan forensik nahas pesawat
Larangan itu berdasarkan prosedur yang ditetapkan dalam Kod Jenayah Kazakhstan.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 8 pagi, ringgit naik kepada 4.4665/4715 berbanding dolar AS daripada 4.4670/4715 ketika ditutup semalam.
Risiko & Peluang 2025: Menyingkap dinamika pergolakan pasaran
Ikuti perkongsian eksklusif bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof tentang landskap ekonomi terkini dan potensi hala tuju Malaysia pada 2025.
AWANI Ringkas: Kesalahan khalwat berulang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Disember 2024
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
1️⃣ Kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
2️⃣ Kesalahan khalwat berulang
3️⃣ Pesawat didakwa terkena sistem pertahanan udara Rusia
#awaniringkas
Penyampai AWANI cipta rekod bersiaran langsung dari ketinggian 104 meter
Nursyazwani mencipta rekod membaca berita secara langsung selama 30 minit dari ketinggian 104 dari aras laut di menara Kuantan 188.
Malaysia sasar peningkatan 40 peratus penggunaan teknologi nuklear dalam STIE
DTNN 2030 meletakkan strategi yang kukuh bagi menjayakan transformasi bidang teknologi nuklear.