PUTRAJAYA: Sebanyak 500,000 naskah al-Quran yang dicetak di Malaysia disasarkan untuk diedarkan ke luar negara menjelang akhir tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Setakat ini, katanya sebanyak 34,500 naskah al-Quran menerusi inisiatif pengedaran sejuta naskah al-Quran yang diilhamkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan ke Kemboja, Australia, Kanada, Amerika Syarikat dan terbaharu ke Ireland.
"Kita harap hujung tahun ini boleh sampai 500,000 (pengedaran al-Quran) Insya-Allah," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan sumbangan 300 naskhah al-Quran terjemahan bahasa Inggeris kepada Duta Besar Malaysia ke Ireland Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid di sini, hari ini.
"Kita harapkan al-Quran akan jadi sumber rujukan untuk masyarakat bukan Islam di Ireland dengan harapan mereka lebih memahami agama Islam," kata Mohd Na'im yang turut menyampaikan sumbangan 100 buku terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) antaranya Kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman versi Bahasa Inggeris dan Masjid Putra Putrajaya - A Sense Of History and Beauty.
Pada 15 Sept lepas, Anwar berkata usaha pengedaran al-Quran yang dilakukan Malaysia ketika ini adalah gagasan penting kepada penghayatan Islam selain memartabatkan umat dan negara.
MALAYSIA-AL QURAN 2 (AKHIR) PUTRAJAYA
Mohd Na'im juga berharap lebih ramai duta besar Malaysia di luar negara tampil untuk melakukan inisiatif pengedaran al-Quran di tempat bertugas masing-masing kerana ia merupakan usaha untuk membendung Islamofobia.
Sementara itu, Wan Aznainizam dalam ucapannya berkata pengedaran al-Quran dan buku terbitan Jakim akan dapat menangkis persepsi negatif terhadap Islam di Ireland.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 17 2023

Sebanyak 500,000 naskah al-Quran yang dicetak di Malaysia disasarkan untuk diedarkan ke luar negara menjelang akhir tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar. - Gambar fail/BERNAMA

Anwar terima kunjungan hormat Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Setiausaha Majlis Keselamatan Rusia Sergei Shoigu di Perdana Putra hari ini.
Belasungkawa: Jenazah Hud Aryan selamat dikebumikan
Jenayah Hud Aryan yang hilang sebelum ditemukan maut di Sungai Kampung Kerila, selamat dikebumikan pada 1.50 pagi, Khamis.

Doktor ditahan, disyaki berkelakuan tidak senonoh terhadap pesakit wanita
Polis menahan seorang pegawai perubatan sebuah hospital di sini selepas disyaki berkelakuan tidak senonoh di tempat kerjanya, semalam.
Michelle Trachtenberg meninggal dunia
Pelakon Hollywood, Michelle Trachtenberg dilaporkan meninggal dunia pada usia 39 tahun di apartmentnya di Manhattan.

Kes tular: Pemuda OKU mengaku bersalah cabul kanak-kanak di masjid
OKU yang tular mencabul kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun di masjid minggu lalu, mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen pada Khamis, atas satu pertuduhan melakukan amang seksual fizikal.
Hamas serah empat mayat tebusan, tahanan Palestin dibebaskan
Hamas telah menyerahkan mayat empat tebusan Israel kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) sebagai sebahagian daripada pertukaran terakhir dalam gencatan senjata yang rapuh di Gaza.
Akibat cinta ditolak, lelaki serang ugut bunuh wanita
Polis sedang giat memburu seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes serangan dan ugutan terhadap seorang pengawal keselamatan wanita di Bandar Puteri Puchong.

Kajian mendapati mod gelap tingkatkan penggunaan bateri
Sebanyak 80% peserta didapati meningkatkan keterangan skrin peranti apabila mengakses laman dalam mod gelap.
DBKL tubuh task force perkasa seniman jalanan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif baharu dengan menubuhkan Task Force KL Street Artist bagi menyelaras dan memperkasa aktiviti seni jalanan di ibu kota.
Caj kesesakan di KL tidak sesuai, sistem pengangkutan awam diintegrasikan
Pelaksanaan caj kesesakan di ibu kota tidak sesuai dilakukan selagi sistem pengangkutan awam belum diintegrasikan sepenuhnya.

Malaysia sasar edar 500,000 al-Quran ke luar negara akhir tahun ini
Sebanyak 500,000 naskah al-Quran yang dicetak di Malaysia disasarkan untuk diedarkan ke luar negara menjelang akhir tahun ini.