KUALA LUMPUR: Malaysia menyasar meningkatkan ekonominya menjadi antara 30 ekonomi terbesar di dunia dalam tempoh 10 tahun, naik ke tangga ke-30 daripada kedudukan ke-37 dalam data Bank Dunia pada 2022 dengan menumpukan kepada penyerantauan dan daya saing yang lebih besar dan meningkatkan rantaian nilai, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata tumpuan utama adalah untuk menstruktur semula ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia.
"Jika kita hanya berpuas hati dengan keadaan sekarang, ekonomi akan terus mencatat pertumbuhan antara 4 hingga 5 peratus.
"Namun, jika kita berusaha gigih dan melaksana pembaharuan, kita mampu mencapai 5.5 peratus, malah saya percaya adalah tidak mustahil untuk kita menghasilkan pertumbuhan 6 peratus," katanya dalam ucapan beliau pada majlis peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasakan Rakyat di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis itu adalah jemaah menteri, agensi kerajaan, pakar ekonomi dan tokoh industri.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, negara perlu membentuk integrasi ekonomi yang lebih besar dengan negara jiran ketika dunia sedang berdepan dengan kekangan rantaian bekalan.
"Maka, kita perlu melahirkan lebih banyak syarikat tempatan yang berdaya saing tinggi untuk menembusi pasaran rantau Asean," katanya.
Perdana Menteri berkata, usaha kerajaan perlu melangkaui perjanjian perdagangan bebas.
"Misalnya melalui diplomasi perdagangan dan pengaturan strategik yang boleh mengembangkan integrasi pasaran bilateral dan multilateral serta memudahkan pergerakan barang, modal, modal insan dan perkongsian teknologi dengan negara jiran," katanya.
Selain meletakkan Malaysia sebagai antara 30 ekonomi terbesar dunia, Anwar berkata Ekonomi MADANI juga menetapkan enam penanda aras lain yang mahu dicapai dalam tempoh 10 tahun.
Ia termasuk Indeks Daya Saing Global berada di tangga ke-12 teratas dunia, peratusan pendapatan buruh mencapai 45 peratus daripada jumlah keseluruhan pendapatan (sasaran RMKe-12 adalah 40 peratus menjelang 2025), kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh mencapai 60 peratus, Indeks Pembangunan Manusia berada di tangga 25 teratas dunia, Indeks Persepsi Rasuah di tangga 25 teratas dunia dan kemampanan fiskal dengan defisit fiskal mencapai 3 peratus atau lebih rendah.
Beliau berkata kerajaan akan memperkenalkan insentif cukai berasaskan pencapaian bagi mendukung dan memberi ganjaran kepada syarikat yang menumpukan aktiviti berdampak tinggi.
"Kita mesti melaksanakan pembaharuan supaya Malaysia dapat tergolong antara 12 ekonomi terbaik di dunia dari segi daya saing dan kemudahan menjalankan perniagaan.
"Kita perlu memperhebat usaha bagi memastikan lebih banyak lagi memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan," katanya sambil mengiktiraf komitmen pelaburan antaranya oleh Sumitomo Corporation, Tesla, Geely, Rongsheng dan Samsung Engineering.
Dalam usaha merangsang ekonomi tempatan, Anwar berkata syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) perlu terus memacu pelaburan langsung domestik, dan menyokong pembangunan vendor tempatan dalam sektor strategik seperti elektrik dan elektronik, ekonomi digital dan aeroangkasa.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan bersama-sama dengan GLIC akan melabur dana tambahan sebanyak RM1 bilion secara padanan dengan dana swasta bagi menyokong syarikat pemula tempatan dan mendorong usahawan teknologi.
Geran padanan digitalisasi akan ditambah sebanyak RM100 juta bagi membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana menyegerakan peralihan model perniagaan kepada lebih digital, katanya.
Menurutnya kerajaan akan turut menambah peruntukan RM400 juta untuk pinjaman mikro di bawah agensi termasuk SME Corporation, Tekun, Mara dan Teraju bagi mendukung peluang keusahawanan.
Perdana Menteri berkata keutamaan kerajaan dalam tempoh terdekat adalah untuk membina semula kapasiti fiskal negara, sambil menyatakan peratusan hasil cukai ketimbang (berbanding) Keluaran Dalam Negara Kasar telah menurun kepada 12 peratus -- paling rendah dalam kalangan negara-negara serantau.
"Walaupun pembaharuan fiskal diperlukan, kerajaan ini menjamin tidak akan sekali-kali mengabaikan nasib rakyat dalam menghadapi cabaran kos sara hidup dan akan terus menyediakan bantuan kepada mereka yang memerlukan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 27 2023
Tumpuan utama adalah untuk menstruktur semula ekonomi bagi menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi Asia. - Foto BERNAMA
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Ahli ekonomi saran regularisasi penyertaan pekerja asing di bawah Ekonomi Madani
Malaysia pada masa ini tidak memasukkan pekerja asing tanpa dokumen dalam pendapatan per kapitanya.
Ekonomi Madani: Perkasa sektor ekonomi digital, wujud pasaran lebih luas
Ekonomi digital memainkan peranan penting dalam konteks kerangka Ekonomi Madani dan hala tuju masa depan ekonomi negara yang boleh mewujudkan pasaran lebih luas kepada rakyat Malaysia.
Semak undang-undang: Pasukan petugas khas ditubuhkan - Azalina
Satu pasukan petugas khas dicadang untuk ditubuhkan bulan hadapan bagi menyemak hal-hal perundangan terutamanya dalam ruang lingkup pelaburan dan perniagaan.
KPKT garis langkah jamin kesejahteraan rakyat, peniaga selaras Ekonomi Madani
KPKT menyediakan jaminan kerajaan hingga RM5 bilion menerusi penambahbaikan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) sehingga 120 peratus.
Wujudkan agensi tunggal urus TVET menerusi Ekonomi Madani - NUTP
Pelbagai usaha diutarakan bagi memperkasakan TVET sebelum ini, namun hasilnya masih kurang memberangsangkan.
Kebebasan media harus diangkat, diperkasa - PM Anwar
Bagi memberikan rakyat berita dan maklumat yang adil dan benar, kebebasan media harus diangkat dan diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani lonjak ekonomi Malaysia, tingkat kualiti hidup rakyat - PM Anwar
Ekonomi Madani, kerangka ekonomi yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertujuan mengangkat semula ekonomi Malaysia.
RM10 juta untuk mudah cara proses pendaftaran taska, galak ibu kembali bekerja - PM Anwar
Usaha tuntas daripada aspek perundangan dan kawal selia serta program sokongan diperlukan bagi menggalakkan para ibu untuk kembali bekerja seterusnya merapatkan jurang jantina dalam pasaran buruh.
Konsep Payung Rahmah terus diperkukuh, perjuangan Salahuddin pembakar semangat - PM Anwar
Konsep Payung Rahmah akan terus diperkukuh bagi menangani cabaran kos sara hidup, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ekonomi Madani: Kerajaan tumpu usaha tambah baik SSL, tingkat keterjaminan makanan - PM Anwar
Kerajaan akan memberi tumpuan kepada usaha untuk menambah baik Tahap Sara Diri (SSL) serta meningkatkan keterjaminan makanan.