KUALA LUMPUR: Malaysia menyambut baik cadangan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengadakan persidangan keamanan antarabangsa dalam usaha membangun pelan hala tuju ke arah penyelesaian dua negara untuk konflik Israel-Palestin.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata pengakhiran pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin adalah asas untuk penyelesaian dua negara serta keamanan dan keselamatan yang berkekalan di Asia Barat.
"Keamanan yang berkekalan hanya dapat dicapai sekiranya semua pihak yang terlibat diberi ruang dan peluang yang sewajarnya untuk bersuara. Kesimpulannya, suara semua pihak perlu diangkat dan diperkasakan agar dialog menjadi bermakna.
"Hal ini telah dibuktikan menerusi perbincangan kita pada hari ini. Saya berharap semua pihak dapat diberikan hak kebebasan bersuara, sama seperti hak kebebasan yang kita nikmati," katanya pada Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN-EU kali ke-24 di Brussels, Belgium, pada Jumaat.
Dalam perkembangan sama, Mohamad turut menekankan keperluan bekerjasama antara ASEAN dan EU bagi memastikan keamanan dan kestabilan di seluruh dunia.
Beliau berkata teras ASEAN dan EU adalah berpusat kepada pengekalan keamanan di rantau masing-masing.
"Sejak kebelakangan ini, kita telah menyaksikan keganasan dan ancaman perang kembali menyelubungi Asia Barat. Lebih membimbangkan, kebarangkalian perkara ini bercambah menjadi konflik pelbagai hala.
"Dengan polikrisis global yang berterusan ditambah dengan pergolakan di Asia Barat menuntut kita untuk terus memastikan keamanan kekal menjadi matlamat utama. Bayang-bayang perang serantau dan perang dunia yang mengerikan perlu dihapuskan serta-merta.
"Pengabaian sistem Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa tidak boleh dibiarkan berterusan. Tiada negara boleh melanggar undang-undang ini sewenang-wenangnya tanpa sebarang hukuman dan tidak sepatutnya ada pilih kasih," kata beliau.
Mohamad juga menekankan mengenai keperluan mendesak untuk gencatan senjata dilaksanakan dengan serta-merta di Gaza.
Malaysia menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung kes yang dikemukakan oleh Afrika Selatan terhadap Israel.
Beliau berkata pelaksanaan Konvensyen 1948 berkenaan Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid oleh ICJ dianggap penting dalam menangani krisis yang sedang berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 03 2024
Mohamad menekankan mengenai keperluan mendesak untuk gencatan senjata dilaksanakan dengan serta-merta di Gaza. - Gambar fail
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Isnin, didorong oleh momentum meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
174 individu ditahan disyaki terlibat aktiviti pelacuran di Johor
Polis menahan 174 individu termasuk 162 warga asing dalam 16 serbuan menerusi Op Noda yang dijalankan di beberapa kawasan di negeri ini bermula 16 Nov lepas hingga hari ini.
Kerajaan tiada hasrat benarkan kenderaan asing nikmati subsidi RON95
Kerajaan tidak berhasrat membenarkan kenderaan milik bukan warganegara untuk menikmati kemudahan subsidi bahan api RON95, kata Kementerian Ekonomi.
DUN Kelantan sebulat suara lulus Belanjawan negeri 2025
Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini sebulat suara meluluskan Belanjawan 2025 yang dibentangkan Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Virus selesema burung dikesan dalam susu mentah di California
Pegawai kesihatan awam di negeri California, barat Amerika Syarikat (AS) mengesahkan pada Ahad bahawa virus selesema burung dikesan dalam sampel susu mentah yang dijual secara runcit, yang dihasilkan
Angka korban di Gaza cecah 44,235 selepas 24 orang terkorban dalam serangan Israel
Sekurang-kurangnya 24 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian sejak tahun lepas kepada 44,235.
AWANI Ringkas: Hyundai labur RM2.16 bilion bina kilang di Kulim
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Tonight: 25th Nov 2024
#AWANITonight 25 Nov 2024 with Cynthia Ng
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
- License renewal: Govt welcomes proposal to impose conditions for elderly drivers, calls for further study
- Social media ban: Australia PM plays down privacy concerns
#AWANIEnglish #AWANINews
Semua kementerian, agensi pelancongan diseru kukuhkan kerjasama bersama MOTAC - Ahmad Zahid
Semua kementerian serta agensi yang berkaitan pelancongan diseru mengukuhkan kerjasama khususnya dengan MOTAC bagi menjadikan sektor itu sebagai agenda nasional yang strategik.
Bank Dunia lantik Judith Green sebagai Pengurus Negara untuk Malaysia
Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
Iran, Malaysia bekerjasama terbit buku tentang kepincangan dalaman Israel
Iran dan Malaysia bekerjasama menerbitkan sebuah buku baharu yang mengupas isu kepincangan dalaman rejim Zionis, lapor Agensi Berita Republik Islam (IRNA).
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa tidak jejas hubungan dagangan dengan AS - Anwar
Pendirian Malaysia dalam isu antarabangsa seperti Gaza dan pembaharuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), tidak menjejaskan hubungan perdagangan baik dengan AS.
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Ketua Parti Vietnam, To Lam diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion
Matrade) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai (MIHAS@Dubai) dengan kejayaan luar biasa, dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.
Malaysia dipilih semula terajui Lembaga Pengarah SMIIC
Malaysia memenangi kerusi dalam pemilihan semula ahli Lembaga Pengarah SMIIC bagi penggal 2025-2027 pada Perhimpunan Agung Ke-19 SMIIC yang berlangsung pada 14 November lepas di Istanbul, Turkiye.
Malaysia bukti komitmen matlamat iklim dengan dasar yang konsisten - Nik Nazmi
Malaysia memperkukuh komitmen menghadapi perubahan iklim melalui beberapa inisiatif yang konsisten bagi mengurangkan pelepasan karbon.
Malaysia desak negara maju tingkatkan pembiayaan iklim di COP29
Malaysia menempelak negara-negara maju yang sanggup membelanjakan trilion dolar untuk konflik dan peperangan tetapi menafikan pembiayaan tindakan iklim untuk negara membangun.
Kepengerusian ASEAN: Malaysia tekankan penderitaan pelarian Rohingya - Mohamad Hasan
Malaysia juga komited untuk memastikan isu berkenaan mendapat perhatian sewajarnya di peringkat ASEAN.
Loke cadang hab kargo udara dua hala Malaysia-Hong Kong kukuh dagangan global
Anthony Loke berkongsi visinya untuk menjalin kerjasama lebih erat antara Malaysia dan Hong Kong bagi mewujudkan hab kargo udara dua hala.