KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan 12 negara bagi cadangan pelaksanaan kerjasama Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL), kata Kementerian Luar.
Dalam jawapan bertulis di Parlimen, kementerian itu berkata pemilihan negara-negara berkenaan adalah berdasarkan kepada status hubungan diplomatik dan keperluan pergerakan rentas sempadan.
"Dalam hal ini, untuk rantau ASEAN, Kerajaan Malaysia kini sedang berunding dengan Brunei, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Thailand.
"Manakala, negara-negara lain pula adalah Australia, China, India, Jepun, New Zealand, Korea Selatan dan United Kingdom," kata kementerian dalam menjawab soalan Larry Sng (PBM-Julau) yang mahu kementerian menyatakan senarai negara-negara yang termasuk dalam cadangan bagi meluaskan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan negara luar di bawah kerjasama VTL.
Kementerian memaklumkan terdapat tiga fasa di dalam rundingan VTL berkenaan iaitu fasa rundingan awal, fasa rundingan komprehensif dan fasa pelaksanaan.
Bagi fasa pelaksanaan, hanya Singapura berada di fasa itu melalui VTL-Udara dan VTL-Darat yang mula dilaksanakan sejak 29 Nov tahun lepas.
"Penangguhan VTL sebelum ini berikutan penularan varian Omicron telah disambung semula bermula pada 21 Jan lalu dengan kuota penjualan tiket yang dikurangkan kepada separuh daripada kuota asal," katanya.
Sementara itu, rundingan dengan tiga negara yang berada di Fasa Rundingan Komprehensif iaitu Brunei, Indonesia dan Korea Selatan masih berjalan.
Manakala bagi fasa rundingan awal, terdapat lapan negara yang bersetuju untuk pelaksanaan VTL iaitu Australia, China, India, Jepun, New Zealand, United Kingdom, Vietnam dan Thailand.
"Secara kesimpulannya, kecuali aturan yang telah dilaksanakan dengan Singapura, perkembangan rundingan mengenai pembukaan sempadan dengan negara-negara lain yang telah dikenal pasti adalah agak perlahan, susulan penularan varian Omicron.
Walaupun negara masing-masing mengambil pendekatan berhati-hati, rundingan mengenai pembukaan sempadan negara secara bersasar dan berperingkat ini masih lagi berjalan, dan Kementerian Luar akan terus bekerjasama dengan semua kementerian dan agensi dalam memastikan penyelarasan dan rundingan VTL dapat dilaksanakan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 01 2022

Korea Selatan adalah antara 12 negara yang terbabit dalam rundingan VTL dengan Malaysia. - Gambar/ Reuters
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

VTL Thailand dan Kemboja: Malaysia sudah bersedia, setanding negara maju - MATA
Minggu lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan laluan baharu VTL ke Thailand dan Kemboja, selepas Singapura.

PRN Johor: Pengundi mula pulang dari Singapura untuk tunai tanggungjawab
Menjelang hari pengundian platform bas VTL di Larkin Sentral dipenuhi penumpang yang pulang ke tanah air dari Singapura antaranya mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

PRN Johor: Sukarelawan bantu bawa masuk undi pos rakyat Johor di Singapura guna VTL darat
Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalin kerjasama bagi memudahkan urusan rakyat Johor yang berada di Singapura menjalankan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

SOP ulang alik harian ke Singapura dimuktamad minggu depan - Khairy
Perkara itu dijangka akan dimuktamadkan minggu hadapan selepas penelitian beberapa aspek dibuat termasuk perbincangan dengan pihak berkuasa negara berkenaan.

Pembukaan sempadan: PM akan umum minggu depan - Khairy
Mesyuarat Kabinet pada Jumaat telah bersetuju dengan keputusan itu.

VTL: Laluan baharu antara Malaysia-Thailand-Kemboja bermula 15 Mac
Pengembara yang telah divaksin sepenuhnya akan dibenarkan melalui laluan itu, tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.

Malaysia runding VTL dengan 12 negara termasuk Korea Selatan, Australia, UK
Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan 12 negara bagi cadangan pelaksanaan kerjasama Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL), kata Kementerian Luar.

Miri, Limbang, Lawas antara daerah dapat manfaat pelaksanaan VTL bersama Brunei
Ini adalah merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk mengangkat kembali ekonomi tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Buka sempadan: Malaysia, Thailand setuju laksana VTL
Malaysia dan Thailand bersetuju perbincangan agensi digiatkan untuk buka semula sempadan kedua-dua negara.

Singapura-Malaysia bincang perluas VTL darat untuk kenderaan persendirian
Singapura sedang berbincang dengan Malaysia mengenai memperluaskan pengaturan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) darat untuk kenderaan dan koc persendirian.