SINGAPURA: Singapura sedang berbincang dengan Malaysia mengenai memperluaskan pengaturan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) darat untuk kenderaan dan koc persendirian, kata pengerusi bersama Pasukan Petugas COVID-19 Pelbagai Kementerian (MTF) republik itu Gan Kim Yong.
Buat masa ini tiada kenderaan persendirian dibenarkan melalui darat antara kedua-dua negara kecuali bas awam.
"... apabila kami bersedia kami akan membuat pengumuman yang perlu dan sesuai," kata Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Industri, pada sidang media maya di sini hari ini.
MTF ditanya bilakah kenderaan persendirian dibenarkan masuk ke kedua-dua negara.
Sementara itu, Menteri Pengangkutan S Iswaran berkata Singapura akan memperdalam dan memperluaskan VTL dengan negara jiran ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina.
"Kami sedang dalam perbincangan lanjut untuk memperluas VTL ke Pulau Pinang dan Kota Kinabalu. Kami menanti untuk melancarkannya tidak lama lagi," katanya pada sidang media yang sama.
Singapura telah memulakan VTL melalui udara dan darat dengan Malaysia mulai 29 Nov tahun lepas.
Selain itu, Singapura juga akan memperkemaskan langkah-langkah sempadannya untuk VTL yang akan menyaksikan, antara lain, Pemegang Pas Jangka Panjang tidak lagi perlu memohon Pas Perjalanan Bervaksin (VTP) atau Kebenaran Kemasukan untuk ke Singapura, mulai 22 Feb 2022.
Perkara lain termasuk keperluan sejarah perjalanan akan dikurangkan daripada 14 kepada 7 hari; protokol ujian 7-Hari yang dipertingkatkan akan dihentikan; dan pengembara VTL tidak perlu lagi melakukan ujian Tindak Balas Rantaian Polimerase (PCR) semasa ketibaan.
Sementara itu, tempoh Notis Duduk Rumah (SHN) akan diseragamkan kepada tujuh hari untuk semua kategori negara/rantau berisiko memandangkan tempoh inkubasi Omicron yang lebih pendek.
Bagi memudahkan perjalanan bervaksin, republik itu akan membenarkan semula dan meningkatkan kuota VTL secara berperingkat.
Kuota VTL udara akan dibenarkan sepenuhnya berkuat kuasa serta-merta manakala kuota darat mulai 22 Feb 2022.
Penjualan tiket bas dan penerbangan untuk VTL darat dan udara yang digantung sementara pada 23 Dis lalu akan dibuka semula pada 21 Jan.
Bagaimanapun, kuota untuk tiket bas dan penerbangan dikurangkan sebanyak 50 peratus berbanding kapasiti sedia ada bagi laluan darat dan udara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 16 2022

Buat masa ini tiada kenderaan persendirian dibenarkan melalui darat antara kedua-dua negara kecuali bas awam. - Gambar fail/ Bernama
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.

VTL Thailand dan Kemboja: Malaysia sudah bersedia, setanding negara maju - MATA
Minggu lalu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong mengumumkan laluan baharu VTL ke Thailand dan Kemboja, selepas Singapura.

PRN Johor: Pengundi mula pulang dari Singapura untuk tunai tanggungjawab
Menjelang hari pengundian platform bas VTL di Larkin Sentral dipenuhi penumpang yang pulang ke tanah air dari Singapura antaranya mahu menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

PRN Johor: Sukarelawan bantu bawa masuk undi pos rakyat Johor di Singapura guna VTL darat
Dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjalin kerjasama bagi memudahkan urusan rakyat Johor yang berada di Singapura menjalankan tanggungjawab mereka mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

SOP ulang alik harian ke Singapura dimuktamad minggu depan - Khairy
Perkara itu dijangka akan dimuktamadkan minggu hadapan selepas penelitian beberapa aspek dibuat termasuk perbincangan dengan pihak berkuasa negara berkenaan.

Pembukaan sempadan: PM akan umum minggu depan - Khairy
Mesyuarat Kabinet pada Jumaat telah bersetuju dengan keputusan itu.

VTL: Laluan baharu antara Malaysia-Thailand-Kemboja bermula 15 Mac
Pengembara yang telah divaksin sepenuhnya akan dibenarkan melalui laluan itu, tanpa perlu menjalani kuarantin semasa ketibaan.

Malaysia runding VTL dengan 12 negara termasuk Korea Selatan, Australia, UK
Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan 12 negara bagi cadangan pelaksanaan kerjasama Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL), kata Kementerian Luar.

Miri, Limbang, Lawas antara daerah dapat manfaat pelaksanaan VTL bersama Brunei
Ini adalah merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk mengangkat kembali ekonomi tempatan yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Buka sempadan: Malaysia, Thailand setuju laksana VTL
Malaysia dan Thailand bersetuju perbincangan agensi digiatkan untuk buka semula sempadan kedua-dua negara.

Singapura-Malaysia bincang perluas VTL darat untuk kenderaan persendirian
Singapura sedang berbincang dengan Malaysia mengenai memperluaskan pengaturan Laluan Perjalanan Bervaksin (VTL) darat untuk kenderaan dan koc persendirian.