KUALA LUMPUR: Malaysia mempunyai jumlah sumber asli mencukupi untuk membina lebih banyak loji jana kuasa turbin gas bagi menyediakan permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat di Malaysia, kata seorang pakar dalam bidang tenaga.
Pengarah Wakil Bersama CGN Korea Holdings Co Ltd Lee Sangjin berkata negara mempunyai bahan mentah yang mencukupi untuk loji jana kuasa turbin gas kerana Malaysia merupakan salah satu pengeksport terbesar gas asli cecair (LNG).
Pada masa ini, Malaysia mempunyai dua loji jana kuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT), Edra Melaka Power Plant dan Stesen Janaelektrik Sultan Iskandar, membekalkan sebanyak 3,682 megawat tenaga elektrik ke grid nasional.
"Melangkah ke arah mencapai sasaran karbon sifar bersih menjelang tahun 2050, pilihan yang boleh dilakukan untuk Malaysia ialah menggantikan loji jana kuasa arang batu dengan lebih banyak loji jana kuasa turbin gas untuk menjana elektrik," Lee memberitahu Bernama di luar Sidang Kemuncak Penjanaan Tenaga Turbin Gas Global, di sini pada Rabu.
Sidang kemuncak selama dua hari itu merupakan anjuran CGN Energy International dan Edra Power Holdings Sdn Bhd.
Sementara itu, Lee berkata susulan permintaan elektrik yang semakin meningkat pada masa depan dan pertambahan kenderaan elektrik di pasaran, mempunyai lebih banyak loji jana kuasa turbin gas akan membantu menjana lebih banyak tenaga elektrik untuk memenuhi permintaan.
"Penjanaan tenaga turbin gas boleh menyalurkan banyak tenaga elektrik yang akan melengkapkan bekalan elektrik daripada loji jana kuasa tenaga boleh diperbaharui (RE) seperti tenaga solar atau tenaga angin yang mempunyai had tertentu.
"Secara relatifnya, penjanaan tenaga turbin gas juga lebih murah daripada penjanaan kuasa RE," kata Lee.
Beliau berkata wujud peluang besar bagi syarikat tempatan dan antarabangsa untuk melabur dalam membina lebih banyak loji jana kuasa turbin gas bagi membekalkan elektrik terutamanya di bahagian utara Malaysia, kebanyakan kilang semikonduktor terletak di sana.
"Selain itu, Malaysia juga merupakan tempat yang bagus untuk pelaburan oleh syarikat antarabangsa kerana keadaan keselamatannya dan sumber bahan mentah yang banyak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022
Pada masa ini, Malaysia mempunyai dua loji jana kuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) yang membekalkan sebanyak 3,682 megawat tenaga elektrik ke grid nasional. - Gambar hiasan
Presiden Uzbekistan tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Ini adalah lawatan pertama Mirziyoyev ke negara ini sejak dilantik sebagai Presiden pada Disember 2016.
Dua bekas juruterbang Japan Airlines digantung tugas kerana berbohong minum arak
Kedua-dua mereka "memberikan penjelasan palsu kepada syarikat selepas tiba dan cuba menutup kesalahan pengambilan alkohol secara berlebihan."
Ciri baharu jadikan penjejakan pedati Thaipusam lebih menarik
Lebih 1.5 juta penganut Hindu dari seluruh negara serta pelancong dijangka membanjiri Pulau Pinang bagi sambutan Thaipusam tahun ini.
Ahli sains China bangunkan model baharu AI bagi ramalan siklon
Ramalan cuaca berangka dan pendekatan statistik sering gagal mengambil kira faktor persekitaran dan struktur yang kompleks.
Singapura hantar bantuan kemanusiaan ketujuh ke Gaza
Pengaturan penghantaran bantuan telah disahkan dengan Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi.
Lima orang ditembak dalam insiden di sekolah Sweden - Polis
Polis menggesa orang ramai menjauhkan diri dari sekolah berkenaan yang terletak di bandar Orebro, kira-kira 160 km ke barat Stockholm.
Bekas ketua NATO, Stoltenberg dilantik sebagai Menteri Kewangan Norway
Stoltenberg pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Norway dari 2000 hingga 2001 dan dari 2005 hingga 2013.
Mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak terus menurun manakala di Sabah kekal setakat 8 malam Selasa.
10 Berita Pilihan - (4 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 5 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petugas SESB bertungkus lumus baiki menara ERS di Ranau - Madius
Menurut Madius sekiranya dua menara itu tidak dibaiki dan tumbang, pantai timur Sabah akan berdepan dengan defisit bekalan tenaga yang kritikal.
Sabah perlu bangunkan sumber tenaga tambahan untuk tampung permintaan tinggi industri
Sabah perlu membangunkan sumber tenaga tambahan bagi menampung permintaan industri yang memerlukan bekalan tenaga elektrik tinggi untuk beroperasi.
Malaysia punyai sumber mencukupi untuk bina lebih banyak loji jana kuasa turbin gas - Pakar
Malaysia mempunyai jumlah sumber asli mencukupi untuk membina lebih banyak loji jana kuasa turbin gas bagi menyediakan permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat di Malaysia.