KUALA LUMPUR: Malaysia perlu segera memperbaharui sistem perlindungan sosialnya bagi memastikan rakyat tidak menghadapi masalah kewangan yang serius pada masa depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus.
Beliau membuat gesaan itu selepas data terkini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menunjukkan bahawa kira-kira 6.1 juta ahli KWSP mempunyai simpanan persaraan kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka dan dalam kalangan mereka 3.6 juta ahli mempunyai kurang daripada RM1,000.
"Pandemik telah memberi peringatan kepada kita sekali lagi bahawa kita perlu melakukan pembaharuan dalam sistem perlindungan sosial kita dengan segera.
"Ia bukan suatu yang mudah, dan juga tidak boleh berlaku dalam sekelip mata, tetapi ia perlu dimulakan sekarang," katanya pada sidang media secara maya yang diadakan bersempena dengan pelancaran laporan tahunan 2021 BNM hari ini.
Nor Shamsiah berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai kebenaran pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10,000 baru-baru ini.
Menurutnya, memandangkan ekonomi sekarang sedang menunjukkan petanda pemulihan, rakyat perlu mula perlahan-lahan membina semula penampan kewangan mereka.
Sementara itu, Timbalan Gabenor Jessica Chew berkata meskipun bank pusat menyedari bahawa pengeluaran itu akan membantu ramai orang yang sedang bergelut untuk bangkit semula daripada pandemik dan bencana banjir baru-baru ini, namun angka daripada data KWSP itu adalah "sangat membimbangkan".
Justeru, katanya, perlu ada dasar yang boleh bertindak balas bersekadar kepada situasi yang sedang dialami negara sekarang ini.
"Langkah-langkah seperti ini (pengeluaran KWSP) perlu digunakan dengan berhati-hati....sangat berhati-hati, dan hanya dalam situasi yang benar-benar genting," katanya.
Sementara itu, gabenor berkata nisbah hutang isi rumah berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK) berada pada 89 peratus, lebih tinggi berbanding negara jiran seperti Singapura (69.7 peratus), Indonesia (17.2 peratus) dan Filipina (9.9 peratus).
"Kami sedang memantau rapat paras hutang tinggi itu," katanya.
Bagaimanapun, beliau percaya penambahbaikan dalam pasaran dan bantuan bersasar akan menyokong lagi kapasiti melunaskan hutang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 30 2022
Kira-kira 6.1 juta ahli KWSP mempunyai simpanan persaraan kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka dan dalam kalangan mereka 3.6 juta ahli mempunyai kurang daripada RM1,000. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tumpuan Khamis – 21 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Mahkamah tetapkan 28 Feb keputusan rayuan denda MyCC terhadap Grab
Ia berhubung rayuan oleh MyCC yang mencabar keputusan Mahkamah Tinggi untuk membatalkan cadangan denda RM86.77 juta terhadap Grab Inc dan dua anak syarikat.
Langkawi bakal diserikan dengan Festival Mahsuri Disember ini
Festival Mahsuri bertujuan menjadikan Langkawi sebagai destinasi utama untuk pengalaman budaya bertaraf dunia.
Keciciran pelajar sekolah menengah di Terengganu membimbangkan - Exco
Terengganu merekodkan seramai 581 pelajar yang tercicir di peringkat sekolah menengah pada 2023.
Adaptasi SDG: Malaysia berada pada tahap lebih tinggi berbanding negara lain - Nga
Nga Kor Ming berkata Malaysia menerima 43 peratusan mata bagi sasaran SDG 2030, berbanding mata purata global iaitu 17 peratus.
Garis Panduan PEERS KPM tingkatkan kesedaran kesihatan reproduktif masyarakat - Fadhlina
Ia dapat meningkatkan tahap kesedaran kesihatan reproduktif dalam kalangan masyarakat khususnya ibu bapa dan pelajar sekolah.
10 Berita Pilihan - (20 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lebih RM400,000 untuk pembangunan sukan wusyu tahun ini - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) memperuntukkan dana berjumlah RM492,460 untuk pembangunan sukan wusyu pada tahun ini.
AWANI Tonight: Tennis: Nadal bids farewell after Davis Cup loss
Rafael Nadal’s illustrious career, marked by 22 Grand Slam titles, came to an emotional end as the Spaniard was defeated by by the Netherlands in the Davis Cup. He broke down in tears after what would be his final match before retiring.
AWANI Tonight: COP29: Affordable housing to feature climate-resilient designs
The Housing and Local Government Ministry plans to incorporate climate-resilient designs into future affordable housing projects to ensure the urban poor are included in Malaysia's sustainability transition, says Minister Nga Kor Ming at COP29.
Kaotim oleh Takaful Malaysia, tingkat mobiliti insurans negara
Kaotim, jenama dan platform digital yang diuruskan oleh Takaful Malaysia menawarkan pelbagai pelan perlindungan dalam talian yang komprehensif dan mampu milik.
KESUMA teliti kerangka perlindungan sosial baharu buat pekerja
Kerangka itu berupaya merapatkan jurang yang ada, sekali gus memastikan tiada pekerja tercicir daripada mendapat perlindungan.
KESUMA laksana kajian semakan semula, pindaan Akta 4 dan Akta 800
Katanya, inisiatif untuk melaksanakan kajian ke atas Akta 4 dan Akta 800 adalah selari dengan hasrat KESUMA untuk memperkasa perlindungan sosial.
ISWC 2024: Mengimbangi penyelesaian kewangan jangka pendek dan panjang
Pengenalan Akaun Fleksibel oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah untuk menangani masalah kewangan jangka pendek termasuk kecemasan kesihatan yang memerlukan penyelesaian segera.
ISWC 2024: Tingkatkan kesedaran persaraan rakyat di sebalik tekanan kewangan
Perancangan persaraan perlu dimulakan sebaik sahaja seseorang mula bekerja untuk mendapat kesan penggandaan dividen yang optimum.
PM Anwar setuju wujudkan suruhanjaya untuk lindungi pekerja gig
Salah satu peranan utama suruhanjaya berkenaan adalah untuk melindungi hak pekerja gig, terutamanya dalam kalangan anak muda.
Sedia dasar yang jelas, hala tuju ekonomi dan kekal persekitaran mesra perniagaan - IECM
Katanya, kestabilan politik pembolehubah yang sangat penting dalam membina laluan yang koheren dan berterusan bagi pembangunan mampan.
Jaminan perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar
Jaminan perlindungan sosial perlu diremajakan, pelengkap subsidi bersasar
Kerajaan setuju perhalusi cadangan perluasan liputan perlindungan sosial - PM
Kerajaan bersetuju memperhalusi cadangan perluasan liputan perlindungan sosial secara berfasa ke atas populasi umur bekerja rakyat Malaysia yang mencapai usia 18 tahun.
Kerajaan perlu pertimbang gubal dasar wajib perlindungan sosial
Kerajaan perlu mempertimbang untuk menggubal satu dasar yang mewajibkan pekerja sektor tidak formal untuk mendapat perlindungan sosial.