Malaysia perlu menetapkan sasaran untuk meningkatkan kedudukannya dalam Indeks Inovasi Global daripada tempat ke-35 pada 2016 kepada kedudukan 20 terbaik, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata sasaran perlu lebih tinggi memandangkan jika persepsi dunia meningkat, pasaran produk Malaysia juga pasti akan meningkat.
Menurutnya sasaran segera adalah untuk meningkatkan keupayaan Malaysia menjayakan inovasi dan bekerja bersama-sama untuk menjadikan inovasi sebagai budaya tempatan.
"Apapun sasarannya, sama ada jangka sederhana atau panjang, meningkatkan inovasi merupakan proses yang terus dilakukan secara berterusan.
"Melengkapkan belia kita untuk tanggungjawap akan datang merupakan usaha yang kita lakukan sebagai satu pelaburan," katanya pada pelancaran perundingan bersemuka serta pemeteraian memorandum persefahaman dengan Yayasan Steinbeis Malaysia dan Persatuan Pengurus-pengurus Teknologi dan Inovasi, di sini pada Selasa.
Bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memperoleh sijil perindustrian, Steinbeis Malaysia akan menjalankan program perundingan selama 30 minit bagi setiap 44 PKS yang menghadiri acara hari ini.
Nancy berkata usaha meningkatkan kedudukan Malaysia dalam Indeks Inovasi Global merupakan antara aspirasi pelan Transformasi Nasional 2050 (TN50), yang meletakkan inovasi dan kreativiti sebagai bidang utama.
"TN50 merupakan komitmen kami dalam menangani cabaran dan persekitaran ekonomi yang pesat, dengan penyelidikan dan inovasi memain peranan penting dalam pertumbuhan negara," katanya.
Nancy berkata agenda inovasi merupakan pengerak utama Malaysia, dan kerajaan komited melabur dalam pembangunan pengetahuan yang berpotensi selain kepintaran komersial untuk mewujudkan kekayaan baharu daripada kumpulan harta intelektual Malaysia.
"Sentiasa mengenal pasti jurang antara kerja-kerja penyelidikan dalam bidang akademik dan penghasilannya dalam bentuk produk yang boleh dipasarkan.
"Kesedaran untuk sentiasa menutup jurang antara pengetahuan dan kebolehpasaran, merupakan kebijaksanaan yang akan mengikat rantaian dan meningkatkan hubungan kerjasama dalam ekosistem secara menyeluruh," katanya.
Steinbeis Malaysia ialah pertubuhan yang tidak membuat keuntungan yang ditubuhkan melalui inisiatif Agensi Inovasi Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 21 2017

NANCY: Malaysia perlu menetapkan sasaran untuk meningkatkan kedudukannya dalam Indeks Inovasi Global kepada kedudukan 20 terbaik. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim
Siri sambutan perayaan utama tahunan Kumpulan Sunway (Sunway) kembali dengan #SunwayforGood Sinar Ramadan bagi berkongsi keceriaan kepada lebih 4,000 komuniti masyarakat kurang bernasib baik.

Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs Perkeso 2024 manfaatkan 712 individu
Karnival Kerjaya Wanita MYFutureJobs Perkeso 2024: Tiada Yang Terpinggir berjaya membawa manfaat kepada seramai 712 individu dengan penempatan pekerjaan serta penganjuran temu duga kedua.

Hubungan baik sesama menteri akan dimanfaat untuk berbakti - Nancy
Nancy akan memanfaatkan pengalaman dan hubungan baik bersama Jemaah Menteri daripada pelbagai parti politik untuk terus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negara.

PRU15: Nancy Shukri menang besar di Santubong
Nancy Shukri mendapat majoriti besar iaitu 38,681 dengan jumlah undi yang diperolehi 43,739 atau 84.42 peratus.

Artis buskers kembali 'hidupkan' KL Sentral
Rhythm @ KL Sentral Buskers Performances diselia MOTAC ini membolehkan artis buskers kembali menjana pendapatan, disamping berhibur.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 15 September 2020.

Tiup roh Rukun Negara, jangan hilang ditelan zaman - Nancy
Roh Rukun Negara perlu terus ditiup dan disemai dalam diri setiap lapisan masyarakat khususnya generasi muda.

GPS sudah bersedia hadapi PRN12, PRU15
Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak mahupun Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), kata Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri.

Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih suku kedua 2021
Sektor pelancongan Sarawak dijangka pulih pada suku kedua tahun hadapan.

Manfaatkan promosi dalam talian untuk tarik pelancong selepas COVID-19 reda - Nancy
Ini masanya untuk mereka yang terjejas berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan meneroka sepenuhnya pasaran dalam talian untuk meningkatkan pendapatan.