MALAYSIA perlu melahirkan graduan yang relevan dengan tuntutan pelbagai industri yang pantas berubah bagi membolehkan negara kekal kompetitif, kata Tan Sri Rafidah Aziz.
"Ia bukannya tentang kekurangan (kemahiran di Malaysia), hanya mungkin kita tidak melahirkan graduan dengan kemahiran yang sesuai," katanya yang menyentuh tentang keperluan melahirkan pekerja dengan kemahiran terkini dalam menghadapi pelbagai cabaran.
Rafidah berkata demikian dalam temu bualnya bersama Bernama baru-baru ini bersempena dengan penerbitan buku berkaitan sambutan ulang tahun ke-25 Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Beliau merupakan menteri perdagangan antarabangsa dan industri semasa MATRADE ditubuhkan pada 1993 untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Rafidah berkata ahli akademik perlu sentiasa bertemu dan berbincang dengan pihak-pihak daripada pelbagai industri untuk menentukan kemahiran yang diperlukan, jika tidak universiti dan institut latihan akan melahirkan graduan dengan kemahiran yang tidak relevan.
"Ketidaksepadanan ini boleh memberi impak negatif kepada negara dan melambatkan kemajuan negara. Masih belum terlambat, kita boleh mulakan sekarang. Dan jangan ada lagi perbahasan politik atau sia-sia tentang bahasa, kaum. Kita membicarakan tentang golongan muda Malaysia yang perlu diberikan peluang untuk mengasah bakat dan kecekapan mereka yang menjadikan mereka cemerlang dalam pekerjaan mereka dan meningkatkan standard Malaysia lebih tinggi lagi daripada sebelum ini," tegasnya.
Rafidah, menteri perdagangan antarabangsa dan industri Malaysia yang paling lama berkhidmat (dari Mei 1987 hingga Mac 2008), juga kesal negara telah ketinggalan di belakang dari segi daya saing berbanding beberapa negara jiran.
"Kita perlu mengakui yang kita tidak boleh berbangga sangat dengan pencapaian kita yang lalu tetapi kita perlu memahami mengapa kita berjaya pada masa lepas, mengapa kita gagal dan tidak berjaya seperti sebelum ini. Barangkali ada kegagalan sistem semasa tempoh itu. Mungkin fokus telah menyimpang daripada yang sepatutnya. Saya tak tahu.
"Kerajaan baharu ini perlu bermula dari sekarang untuk menumpukan kepada apa yang perlu. Pendidikan bukan bermakna berbantah pasal bahasa, pendidikan bukan bermakna berbahas yang menjuruskan kepada perkauman. Pendidikan adalah untuk menawarkan apa yang terbaik kepada semua rakyat Malaysia dalam menggunakan apa juga bahasa," katanya.
Rafidah, yang menerajui kementerian tersebut semasa era kegemilangan di mana Malaysia dianggap sebagai satu daripada kuasa utama ekonomi Asia, berkata, pendidikan tidak sepatutnya menjadi satu perniagaan tetapi lebih kepada menjadi saluran untuk menyampaikan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan.
Beliau berkata: "Anda boleh cari duit tetapi ia tidak sepatutnya dianggap sebagai satu perniagaan. Ia adalah khidmat kepada negara. Sekiranya anda mempunyai motivasi yang salah untuk menubuhkan apa-apa yang berkaitan dengan pendidikan dan motivasi itu hanyalah untuk berapa banyak yang anda boleh dapatkan daripada yuran, negara ini akan jadi lingkup.
"Perkara terakhir yang kita perlukan adalah graduan dengan diploma atau kepujian yang tinggi namun tidak sesuai denga pekerjaan. Mengapa?. Kerana apa yang diajar kepada mereka kurang mempunyai kaitan dengan apa yang negara perlukan sekarang. Saya kasihan dengan mereka ini kerana ibu bapa mereka sudah tentunya telah banyak berbelanja untuk mereka namun selepas enam bulan, mereka masih belum mendapat kerja."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 03 2018
Rafidah, menteri perdagangan antarabangsa dan industri Malaysia yang paling lama berkhidmat juga kesal negara telah ketinggalan di belakang dari segi daya saing berbanding beberapa negara jiran. -Bernama
PDRM kutip lebih RM1 juta saman pada hari pertama program 2TM
PDRM berjaya mengutip RM1.03 juta pembayaran saman setakat 3 petang pada hari pertama penganjuran Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.
#AWANIRingkas 22 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 25 November 2024
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
1️⃣ Bukit Aman belum terima maklumat tentang Jho Low
2️⃣ Dua beranak mengaku tidak bersalah
3️⃣ Harga antara AS65 dan AS75 dolar setong pada 2025
#awaniringkas
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia mengakhiri minggu ini dengan prestasi tinggi pada Jumaat, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Dialog Poket Rakyat: Subsidi - Antara Strategi, Realiti & Tingkah Laku Pengguna
Apakah realiti di akar umbi mengenai reformasi ekonomi berkaitan subsidi dan pelaksanaannya? Sejauh mana rakyat bersedia melepaskan kebergantungan mereka terhadap subsidi? Apakah strategi mengurangkan tekanan kewangan dan inflasi? Ini fokus diskusi dan analisis Dialog Poket Rakyat 8.30 malam ini.
Taufan Man-Yi: Bekalan kuasa di Benguet hampir pulih 100 peratus
Benguet Electric Cooperative (beneco) menyasarkan untuk memulihkan kuasa di Benguet yang sebelum ini terjejas akibat dibadai taufan itu. Setakat Khamis, kuasa telah dipulihkan hampir 99.54 peratus daripada 233,411 sambungan pengguna.
MyDigital ID: Memperluas integrasi, memastikan akses lebih cepat dan mudah
MyDigital ID akan terus memperluas integrasi dengan lebih banyak penyedia perkhidmatan dari pelbagai sektor, terutamanya dalam sektor kewangan dan e-wallet, untuk memastikan akses yang lebih cepat dan mudah kepada perkhidmatan kewangan untuk rakyat Malaysia.
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
UTM tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) tidak berdepan masalah kebolehpasaran graduan selepas terus mencatatkan kadar kebolehpasaran 100 peratus.
Kerajaan pastikan belia peroleh akses pekerjaan - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, graduan perlu memiliki set kemahiran yang dinamik, dan menyesuaikan diri dengan trend pekerjaan baharu.
Malaysia perkukuh usaha keselamatan siber serantau semasa pengerusian ASEAN - Gobind
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN bagi 2025, mengesahkan komitmennya untuk memperkukuh integrasi serantau, memerangi ancaman siber, dan mengekalkan peraturan berasaskan multilateralisme di ruang siber.
Talentbank umum senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, panduan terbaik untuk lepasan sekolah
Pandangan yang disediakan digarap daripada analisis terperinci dan menyeluruh Talentbank GE Index, yang menilai kebolehpasaran para graduan di seluruh Malaysia.
Diskaun PTPTN bantu peminjam selesai hutang cepat, elak disenarai hitam
Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus oleh PTPTN berupaya membantu graduan langsaikan hutang dengan cepat dan mengelak disenarai hitam.
Lebih 50% graduan bekerja dalam pekerjaan bukan standard - Laporan KRI
Peratusan graduan berstatus kerja tetap sepenuh masa turut menurun, daripada 53.2 peratus pada 2010 kepada 44.1 peratus pada 2021.
Dua pertiga graduan baharu terperangkap dalam gaji rendah - Kajian KRI
Ramai yang sanggup menerima pekerjaan tidak mahir dan separa mahir serta bergaji rendah untuk mengelakkan pengangguran.
TVET: Sektor awam, swasta tidak boleh bersifat dikotomi
Sektor awam dan swasta tidak boleh bersifat dikotomi dalam memperkasakan bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di Malaysia.
Kerjasama kukuh dengan industri, kadar kebolehpasaran graduan UNITEN 96.8 peratus
Libat urus berterusan dengan pihak industri dapat memberi peluang pekerjaan cerah kepada penuntut universiti.
Graduan perlu progresif kembang potensi diri, manfaat bidang baharu - Tunku Mahkota Kedah
Titah Tuanku Pro-Canselor, dunia kini telah berubah dengan cepat dan banyak industri baharu yang muncul saban hari.