KUALA LUMPUR: Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), berupaya membantu graduan langsaikan hutang dengan cepat dan mengelak disenarai hitam oleh kerajaan.
Seorang peniaga William Nickson berkata pemberian diskaun bayaran balik itu, dapat membantu graduan menguruskan kewangan mereka terutama jika turut menanggung komitmen kewangan lain.
"Dengan diskaun ini, saya boleh memberi fokus kepada perbelanjaan lain seperti hutang kereta dan juga menampung sedikit perbelanjaan keluarga," katanya.
Kerani perisian data Syahirah Kaisya pula berkata diskaun yang diberikan PTPTN itu, dapat membantu peminjam untuk menyelesaikan hutang mereka dengan lebih cepat.
"Bila diskaun ini diberikan, peminjam tidak lagi berlengah untuk menyelesaikan hutang PTPTN mereka, kerana tawaran tersebut ada tempoh masa. Bila mereka dapat menyelesaikan hutang dengan cepat, wang lebihan yang ada boleh digunakan kepada perkara lain atau dijadikan simpanan," katanya.
PTPTN memaklumkan bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan lepas, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif diskaun bayaran balik dengan jumlah diskaun diberikan sebanyak RM57.78 juta, melibatkan kutipan bayaran balik yang layak diskaun berjumlah RM442.09 juta.
Pada pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sebanyak 10 hingga 15 peratus bermula 14 Okt 2023 sehingga 31 Mac 2024.
Dalam pada itu Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) memaklumkan bahawa pengurusan kewangan secara bijak dan holistik, mengikut keperluan kewangan individu boleh memberi impak positif dalam membantu peminjam mencapai matlamat kewangan yang ditetapkan.
Jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat AKPK berkata pengurusan kewangan secara bijak juga, dapat membantu mengurangkan beban individu yang sedang menghadapi cabaran ekonomi atau terjebak keterhutangan serius.
"Sebaik sahaja bercakap tentang hutang atau pinjaman atau pembiayaan, pelbagai emosi boleh timbul dalam diri kita. Ada yang memandang daripada sudut kebaikan dan tidak kurang juga yang melihat hutang dan pinjaman sebagai sesuatu yang negatif.
"Oleh itu, kami sentiasa mengetengahkan tentang persepsi yang betul tentang kesejahteraan kewangan, kerana sangat penting untuk orang ramai sedar tentang keperluan untuk mengimbangi akan tanggungjawab terhadap pengurusan kewangan dan memenuhi tuntuan untuk menyelesaikan pinjaman sedia ada," kata jurucakap itu kepada Bernama.
Jurucakap AKPK itu memaklumkan melalui kajian mereka, lebih 9,000 daripada jumlah permohonan Program Pengurusan Kredit (PPK) yang membuat pinjaman PTPTN telah menstruktur semula hutang mereka di bawah PPK AKPK sehingga Disember 2023.
"Untuk makluman, tawaran diskaun yang diberikan ini boleh membantu pelajar membayardengan lebih mudah dan dapat mengurangkan jumlah pinjaman yang sedia ada serta seharusnya memanfaatkan kemudahan diskaun dengan sebaiknya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 23 2024

PTPTN memaklumkan bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan lepas, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif diskaun bayaran balik dengan jumlah diskaun diberikan sebanyak RM57.78 juta. - Gambar hiasan/Bernama

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Diskaun PTPTN bantu peminjam selesai hutang cepat, elak disenarai hitam
Pemberian diskaun bayaran balik pinjaman sehingga 15 peratus oleh PTPTN berupaya membantu graduan langsaikan hutang dengan cepat dan mengelak disenarai hitam.

Belia mahu peluang kerja, diskaun PTPTN
Lepasan graduan terpaksa melupakan hasrat berbakti dalam bidang masing-masing dan memilih bekerja sendiri atau menyertai ekonomi gig.

PRU15: PN tawar diskaun 25 peratus PTPTN jika tawan Putrajaya
Peminjam PTPTN yang lulus kelas dua akan mendapat pengurangan sebanyak 25 peratus ke atas bayaran pinjaman mereka.

Bajet 2022: Rebut insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN
PTPTN terus komited bertindak sebagai dana pendidikan yang menyediakan pinjaman pendidikan dan membantu ibu bapa memulakan simpanan untuk pendidikan masa depan anak-anak.

Hampir suku daripada 2.4 juta peminjam PTPTN belum buat bayaran balik
Setakat 30 September 2021, seramai 2.4 juta peminjam telah menamatkan pengajian dan sepatutnya PTPTN mula menerima hampir RM24.6 bilion sebagai bayaran balik.