KUALA LUMPUR: Malaysia perlu terus melaksanakan langkah yang drastik dan berkesan, bagi memastikan perjuangan rakyat Palestin terbela, tegas Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Emeritus Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.
Beliau berkata, antara langkah yang perlu dipertimbangkan kerajaan ialah, melantik seorang duta khas, seperti mana pernah dibuat ketika menguruskan soal Rohingya dahulu.
Mustafa yang juga Pengerusi Sekretariat Save Gaza Free Al-Aqsa berkata, biarpun Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu aktif dan agresif menyuarakan pandangan terhadap kekejaman Israel di pentas dunia, namun ia seperti tidak mencukupi.
"Wisma Putra harus harus urus semua perkara dalam hal ehwal antarabangsa, tapi dalam hal Palestin kita perlukan seseorang seperti bekas menteri luar ke tokoh diplomat dan sebagainya yang berwibawa, disegani, dkenali peringkat antarabangsa, yang boleh mengetuai misi dan melobi sokongan.
“Kita perlu tingkatkan usaha melobi negara-negara Islam, negara OIC, negara yang menyokong perjuangan Palestin,” katanya.
Mustafa berkata demikian kepada Astro AWANI, selepas menyampaikan ucapan aluan bagi program Diskusi Meja Bulat - Selamatkan Gaza, Bebaskan Al-Aqsa: Ke Arah Palestin Merdeka dan Berdaulat, di Universiti Malaya, pada Sabtu.
Dalam pada itu Mustafa turut menyuarakan kehampaan apabila negara-negara pengeluar minyak, yang rata-ratanya negara Arab, tidak mampu bertindak seperti mana dilakukan pada 1973 dahulu.
"Persidangan OIC baru-baru ini saya kata 100 peratus gagal, kerana tidak ada resolusi dibuat yang membolehkan rakyat Palestin mendapat faedah.
"Kita harus ingat pada satu ketika dulu, pada tahun 1973, negara OPEC dan OIC telah mengenakan sekatan minyak terhadap Amerika Syarikat, kelam kabut Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah ekoran sekatan minyak tersebut,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beberapa ahli panel telah membangkitkan perkara yang Malaysia boleh lakukan, sama ada pihak kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan, biarpun Malaysia bukan ahli kepada Mahkamah Jenayah Antarabangsa di bawah Statut Rome.
Ketua Pasukan Peguam Penyiasat Yayasan MyAqsa ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa, The Hague, Prof Datuk Dr Rahmat Mohamad berkata, sebagai contoh, Malaysia boleh menggunakan kedudukannya sebagai ahli Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNHRC) untuk terus menekan Israel.
“Malaysia ketika ini merupakan ahli HRC, tetapi kita tidak activate (kedudukan tersebut), yang sepatutnya kita guna ini sebagai peluang yang terbaik untuk Malaysia, mengambil peluang untuk menggasak, to pressure for investigation, for whatever initiative bawah UNHRC. Undang-undang ini ada, tapi kita lihat enforcement tidak ada,” katanya lagi.
Sementara itu Pensyarah, Pusat Kajian Undang-undang Antarabangsa dan Siyar, Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Salawati Mat Basir berkata, beliau kecewa dengan sikap yang ditunjukkan beberapa negara Arab.
“Pada saya apa yang terbaik, ialah kesatuan di kalangan negara-negara Islam. Deep in my heart, I regret Emiriyah Arab Bersatu (UAE) and Arab Saudi berkawan dengan Israel. You can quote me, I dont mind. Kalau dia nak halang masuk ke negara dia saya tak peduli, saya boikot dahulu.
“I have already said to my husband no more Saudi Arabia, no Emirates Air, no visit to Dubai whatsoever. I cannot imagine hantar bantuan, kapal terbang tentera penuh ke Israel. Ia sepatutnya ke Palestin, bukan Israel,” tegasnya lagi.
Salawati berkata, kesemua ini menjurus ke arah keperluan ekonomi, di mana selepas penindasan ini reda, negara-negara Barat berkemungkinan akan memulakan penyaluran paip minyak dan gas melalui UAE, Arab Saudi, Gaza Palestin, hingga ke negara Eropah.
Dalam pada itu Salawati turut menerangkan kepentingan genjatan senjata, berbanding ‘humanitarian pause’ yang dilihat hanya sekadar membolehkan bantuan disalurkan untuk masa yang singkat sahaja.
“Kalau kita ceasefire, kita akan, the broker must be strong kerana siapa nak jadi broker untuk Israel? Hamas ok, Qatar will be on its side, Jordan akan ada dekat belakang, termasuk Turkiye. Tapi macam mana dengan Israel... siapa nak broker untuk dia? (Pada saya) ia harus datang dari tiga negara ini,” katanya lagi.
Dalam pada itu program diskusi meja bulat tersebut telah membincangkan beberapa resolusi untuk perhatian kerajaan dan dunia.
Antaranya ialah segerakan gesaan gencatan senjata; benarkan misi kemanusiaan ke Gaza, kerajaan Malaysia harus melantik duta khas dalam isu Palestin, serta memboikot produk Israel dan sekutunya, dan menolak cadangan penyelesaian dua negara kerana ia tidak memberi kelebihan kepada Palestin.
Firdaus Azil
Sat Nov 18 2023

Malaysia perlu terus melaksanakan langkah yang drastik dan berkesan, bagi memastikan perjuangan rakyat Palestin terbela, tegas Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara, Prof Emeritus Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak. - Gambar fail/BERNAMA
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Malaysia perlu ada Duta Khas, bantu perjuang nasib Palestin - Mohamed Mustafa
Malaysia perlu terus melaksanakan langkah yang drastik dan berkesan, bagi memastikan perjuangan rakyat Palestin terbela, tegas Prof Emeritus Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak.

Pelajar boleh guna kemudahan IPT, Politeknik berdekatan - Mohamed Mustafa
Sebanyak 871 pusat internet desa yang dikendalikan oleh KKMM dan KPLB boleh dimanfaat pelajar.

KPT bincang solusi terbaik isu yuran pengajian IPT
Perkara itu kini dalam proses perbincangan untuk mencari solusi terbaik bagi menyelesaikan isu tersebut.

Bekas ahli MPN minta kebenaran teruskan program
Bekas ahli-ahli Majlis Profesor Negara mengusulkan kepada Majlis Penasihat Kerajaan supaya badan tersebut dapat meneruskan program tetapi dengan pendekatan baharu.

PNGK Nasional STPM 2017 meningkat
Pencapaian keseluruhan Purata Nilai Gred Keseluruhan Nasional (PNGK) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017 terus meningkat dengan mencatat PNGK 2.76 berbanding 2.71 pada 2016.

Sekolah di Pantai Timur mengungguli pencapaian cemerlang STPM 2017
Sekolah-sekolah di negeri Pantai Timur mengungguli senarai sekolah terbaik bagi keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2017.

UUM peroleh akreditasi daripada AACSB International
Ketika ini terdapat 777 kolej perniagaan di 52 buah negara dan wilayah yang mengekalkan Akreditasi AACSB.

Bajet dikurangkan bukan halangan jadi kreatif
Naib Canselor UUM berkata bagi menambahkan pendapatan, pihaknya akan beri tumpuan kepada usaha mengkomersialkan produk teknologi dan inovasi

UUM terima akreditasi AMBA
UUM sekali lagi menempa kejayaan di persada antarabangsa apabila program Sarjana Pentabiran Perniagaan di bawah Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business menerima akreditasi daripada AMBA.

Orang Melayu tidak berdiam diri apabila dicabar - Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata orang Melayu tidak akan berdiam diri sebaliknya bangkit mempertahankan maruah bangsa mereka apabila dicabar.