Sebagai persediaan pelaksanaan sistem saringan analisis data bagi kemasukan penumpang melalui jalan udara ke dalam negara oleh Jabatan Imigresen, Malaysia meninjau penggunaan sistem serupa oleh United Kingdom (UK) di Manchester.
Pengalaman UK mengendalikan sistem analisis data 'Maklumat Awal Penumpang' (API) dan 'Rekod Nama Penumpang' (PNR) dipelajari sebelum Malaysia sendiri memperkenalkan sistem saringannya yang dikenali sebagai 'Sistem Saringan Awal Penumpang' (APSS).
Pengenalan dan pelaksanaan sistem saringan APSS itu juga menjadi prasyarat kepada Malaysia untuk mengikuti Program Pengecualian Visa (VWP) dari Amerika Syarikat nanti, yang akan membolehkan rakyat Malaysia membuat perjalanan ke AS tanpa visa.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sedang dalam rangka lawatan empat hari ke United Kingdom pada Selasa mengetuai rombongan delegasi Malaysia meninjau 'National Border Tracking Centre' (NBTC) di Manchester yang mengendalikan pemantauan dan saringan menggunakan sistem API dan PNR untuk penumpang semua perjalanan antarabangsa.
Bercakap kepada wartawan Malaysia di sini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata sehingga kini NBTC telah memproses 427 juta data API dan 55 juta data PNR untuk penumpang jalan udara yang masuk dan keluar dari United Kingdom.
Katanya penggunaan kaedah saringan itu lebih menjimatkan masa dan efisien tanpa memerlukan pemeriksaan fizikal terhadap penumpang.
"Saringan menggunakan data API dan PNR ini juga dapat membantu mencegah dan membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan di pintu-pintu masuk dan keluar negara.
Saya juga telah melawat pusat seumpama ini iaitu National Targeting Centre di Washington, Amerika Syarikat pada tahun lepas," katanya.
Ahmad Zahid berkata APSS yang menghubungkan data dengan jabatan penerbangan awam dan syarikat-syarikat penerbangan akan dilaksanakan seberapa segera selepas Malaysia menandatangani Perjanjian Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah Berat(PCSC) dengan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.
PCSC dijadualkan ditandatangani antara Malaysia dan Amerika Syarikat apabila Presiden Barack Obama melawat Malaysia semasa Sidang Kemuncak ASEAN yang dijadualkan pada minggu ketiga bulan ini.
Perjanjian PCSC adalah keperluan terakhir bagi Malaysia untuk menyertai VWP.
Malaysia sebelum ini telah menandatangani Aturan Arahan Presiden Keselamatan Negara No.6 (HSPD-6), yang merupakan salah satu perjanjian yang diperlukan bagi VWP.
Timbalan Perdana Menteri juga berkata Malaysia perlu mempelajari system saringan seperti API dan PNR di UK, bagi menjamin keselamatan negara dan ia perlu dilaksanakan seiring dengan pelaksanaan Sistem Kawalan Imigresen Nasional (SKIN).
Di Manchester, Ahmad Zahid dan rombongan turut melawat ibu pejabat Polis Greater Manchester bagi meninjau pelaksanaan program pengawasan komuniti dalam usaha menangani ancaman keganasan.
Kerajaan UK, katanya telah memberi penekanan kepada aspek pencegahan dan pembanterasan keganasan susulan tragedi pengeboman d London pada 7 Jun, 2005.
"Kaedah yang dilaksanakan oleh pihak UK ini boleh dicontohi oleh Malaysia terutamanya daripada aspek kerjasama pintar antara pihak polis dan komuniti.
Ini kerana PDRM telah memulakan inisiatif sebegini dalam menangani jenayah ragut jalanan dan ia boleh diperluaskan untuk jenayah kegananasan," kata Ahmad Zahid.
Bernama
Wed Nov 11 2015

AHMAD ZAHID: Saringan menggunakan data API dan PNR ini juga dapat membantu mencegah dan membanteras aktiviti jenayah rentas sempadan di pintu-pintu masuk dan keluar negara. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Usahawan wanita perlu lebih berani ambil risiko, yakin dengan potensi diri - Ahmad Zahid
Usahawan wanita di Malaysia diseru untuk lebih berani mengambil risiko, yakin dengan potensi diri dan terus maju tanpa takut akan kegagalan.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Usaha naik taraf saiz PMKS antara tumpuan RMK-13 - Ahmad Zahid
Usaha menaik taraf saiz PMKS antara tumpuan utama kerajaan bagi membangunkan sektor PMKS negara dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).

Tempoh lantikan Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA disambung dua tahun
Tempoh lantikan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) disambung dua tahun lagi berkuat kuasa 1 Mac ini.

Ahmad Zahid ucap takziah kepada keluarga pelajar Malaysia meninggal di Jordan
Ahmad Zahid menerusi hantaran di Facebook berkata pemergian Nur Ain Nabila pada 11 Feb lepas benar-benar menyentuh hatinya.

Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.

Keputusan keahlian dengan mana-mana parti akan dibincang dengan Presiden UMNO - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata sebarang keputusan yang bakal beliau ambil mengenai keahliannya dengan mana-mana parti akan dibincangkan dengan Presiden UMNO.

Saingan semakin sengit, Malaysia perlu terus perkasa ekosistem halal - Zahid
Meskipun diiktiraf sebagai peneraju industri halal di peringkat global, Malaysia tidak boleh sekadar berpuas hati dengan pencapaian sedia ada.

Peluang bidang TVET terbuka luas untuk pelajar lepasan SPM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sebanyak 402,956 calon berdaftar telah menamatkan peperiksaan SPM hari ini.

Cadangan keluarkan MCA seperti 'bermimpi di siang hari' - Ahmad Zahid
Pengerusi BNDatuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.