Malaysia sedang memantau kemungkinan berlaku pencemaran akibat tumpahan minyak berikutan pelanggaran dua buah kapal di Selat Singapura semalam, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Akibat pelanggaran itu sebuah kapal pengangkut yang membawa muatan 560 tan metrik minyak tenggelam.
Beliau berkata pada masa yang sama Malaysia sudah mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat persiapan awal terhadap sebarang kemungkinan walaupun masih belum menerima laporan mengenai insiden tersebut.
"Walaupun kejadian berlaku di perairan Indonesia, namun pemantauan adalah penting kerana bimbang tumpahan minyak akan masuk ke perairan Malaysia dengan dibawa arus sama ada masuk melalui Selat Melaka, Selat Singapura atau perairan Johor," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata beliau juga sudah berhubung dengan Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Singapura, Masagor Zulkifli mengenai langkah berjaga-jaga dan persediaan kedua-dua buah negara sekiranya berlaku tumpahan minyak.
Wan Junaidi berkata Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan memberikan laporan berkala kepadanya berkaitan perkembangan insiden itu dari semasa ke semasa.
JAS juga akan bekerjasama dengan Agensi Alam Sekitar Nasional (NEA) Singapura bagi memantau perkembangan semasa, katanya.
Kru hilang
Sementara itu Pihak Berkuasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) Singapura berkata kapal pengangkut tersebut bertembung dengan kapal tangki membawa bahan kimia kira-kira 8.14 malam dalam perairan Indonesia kira-kira enam batu nautika (11 kilometer) dari barat laut Batam.
Kapal pengangkut itu ‘Thorco Cloud’ yang mengibar bendera Antigua dan Barbuda beserta 12 kru berlanggar dengan kapal tangki 'Stolt Commitment' yang didaftar di Kepulauan Cayman.
"Setakat ini tiada laporan sebarang tumpahan minyak dan MPA telah bersiap sedia dengan kapal antipencemaran," kata MPA.
Dilaporkan enam kru hilang berikutan pelanggaran tersebut.
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar pula berkata laporan awal diterima mengatakan Thorco Cloud tenggelam sepenuhnya.
Beliau menyaran kapal Malaysia yang melalui perairan itu agar lebih berhati-hati ketika melalui lokasi kejadian.
“Jangan menghampiri lokasi kejadian yang ditanda, memberi ruang yang cukup dan mengawal kelajuan supaya tidak terlalu dekat dengan kapal yang tenggelam,” katanya.
Bernama
Thu Dec 17 2015
WAN JUNAIDI: Walaupun kejadian berlaku di perairan Indonesia, namun pemantauan adalah penting kerana bimbang tumpahan minyak akan masuk ke perairan Malaysia.
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Tumpahan minyak: Pihak berkuasa Singapura hubungi Malaysia
Pihak berkuasa Singapura sedang berhubung dengan rakan sejawat mereka dari Malaysia untuk bekerjasama dalam usaha menangani sebarang kesan lanjut daripada tumpahan minyak.
Kapal Malaysia berlanggar dengan pengangkut pukal Greece di Singapura
Kapal Malaysia, Polaris berlanggar dengan kapal pengangkut pukal berdaftar di Greece di perairan sempadan Pelabuhan Singapura berhampiran Tuas.
Malaysia pantau tumpahan minyak di Selat Singapura - Wan Junaidi
Malaysia sedang memantau kemungkinan berlaku pencemaran akibat tumpahan minyak berikutan pelanggaran dua buah kapal di Selat Singapura pada Rabu.