Malaysia meminta Thailand mengemukakan senarai rakyatnya yang didakwa memiliki dwi kewarganegaraan bersama-sama dengan butiran biometrik mereka bagi membolehkan isu terbabit diselesaikan.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata adalah sukar untuk menyelesaikan isu itu tanpa butiran biometrik individu yang didakwa memiliki dwi kewarganegaraan.
"Malaysia bersedia untuk bekerjasama (dengan Thailand dalam isu dwi kewarganegaraan) jika butiran biometrik disertakan bersama kerana kita ada sistem yang boleh menyemak.
"Sistem Jabatan Pendaftaran Negara yang mengguna sistem biometrik akan memudahkan pengesahan. Jika tiada (butiran biometrik) adalah sukar untuk dilaksanakan," katanya kepada media Malaysia selepas tamat lawatan kerja dua harinya ke Thailand hari ini.
Hari ini, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri bertemu dengan dua Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam dan Jen Prawit Wongsuwan yang juga Menteri Pertahanan negara itu.
Kedua-dua negara, katanya, hanya membenarkan satu kerakyatan bagi setiap warganegara.
Beliau berkata isu dwi kewarganegaraan Malaysia dan Thailand itu akan dibawa pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bersama di Kuala Lumpur tahun ini untuk diperincikan bagi mencari jalan penyelesaian.
Ahmad Zahid berkata terdapat dakwaan mereka yang memiliki dwi kewarganegaraan itu terlibat dalam kes-kes perundangan dan jenayah rentas sempadan.
Laporan-laporan sebelum ini terutamanya daripada media Thailand turut mendakwa individu yang memiliki dwi kewarganegaraan itu terlibat dengan kegiatan militan di wilayah bergolak selatan negara itu.
Ditanya sama ada terdapat tempoh masa untuk menyelesaikan isu dwi kewarganegaraan itu, timbalan perdana menteri berkata: "ia adalah open-ended (terbuka) berdasarkan pertukaran maklumat kedua-dua negara."
Dalam isu lain, beliau berkata Malaysia turut membangkitkan kegusarannya tentang 'pembolosan' di sempadan kedua-dua negara yang dianggap tidak sepatutnya berlaku membabitkan dadah, senjata dan pemerdagangan manusia.
Katanya tembok dan pagar sempadan akan dibina di sempadan kedua-dua negara untuk mengelak pembolosan daripada berlaku.
Ahmad Zahid berkata beliau akan mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa tertinggi melibatkan pelbagai agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar berkaitan isu sempadan itu.
Katanya Malaysia dan Thailand juga bersetuju untuk menjalin kerjasama di bawah skim Pemindahan Antarabangsa Banduan menerusi penghantaran banduan Thailand di Malaysia ke penjara di negara asal mereka.
Pada ketika ini, katanya, terdapat 799 banduan Thailand yang sedang ditahan di penjara-penjara Malaysia dengan 79 daripada mereka layak dipindah balik ke penjara di negara asal mereka.
Timbalan perdana menteri berkata selain itu terdapat 31 rakyat Thailand sedang menunggu pelaksanaan hukuman mati di penjara-penjara Malaysia.
Bernama
Fri Aug 05 2016
![Malaysia minta Thai kemuka senarai dwi warganegara bersama butiran biometrik Malaysia minta Thai kemuka senarai dwi warganegara bersama butiran biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51470401960_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid (tengah) menjawab soalan media Malaysia selepas menyempurnakan lawatan rasminya selama dua hari di Thailand untuk bertemu dua rakan sejawatnya di Bangkok, hari ini. - fotoBERNAMA
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Jokowi gugurkan Menteri Tenaga yang baru dilantik 20 hari Jokowi gugurkan Menteri Tenaga yang baru dilantik 20 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/71471338873_ArcandraTahar.jpg)
Jokowi gugurkan Menteri Tenaga yang baru dilantik 20 hari
Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Indonesia, Arcandra Tahar, digugurkan setelah didapati mempunyai kewarganegaraan Amerika Syarikat.
![Malaysia minta Thai kemuka senarai dwi warganegara bersama butiran biometrik Malaysia minta Thai kemuka senarai dwi warganegara bersama butiran biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51470401960_AhmadZahidHamidi.jpg)
Malaysia minta Thai kemuka senarai dwi warganegara bersama butiran biometrik
Kedua-dua negara hanya membenarkan satu kerakyatan bagi setiap warganegara.