Malaysia Milk Sdn Bhd menarik balik produk susu Marigold HL 200ml dan satu liter keluaran syarikat itu dalam pasaran.
Pengedar susu itu berkata tindakan itu diambil setelah ia menerima maklum balas daripada pelanggan bahawa Susu Cokelat Marigold HL lebih pekat daripada biasa sambil menambah syarikat itu telah menyelesaikan isu tersebut.
Pengurus Besarnya Poh Eng Lip berkata kualiti susu itu terjejas disebabkan pencemaran bakteria, dengan kesan sampingan meminumnya termasuklah ketidakselesaan perut sementara walaupun tiada kesan sampingan untuk tempoh jangka panjang.
"Kesihatan dan keselamatan pelanggan adalah keutamaan kami, dan kami telah mengambil langkah-langkah proaktif dan berjaya menarik balik semua produk kami daripada gedung runcit.
"Pemeriksaan Kawalan Kualiti tambahan dan lebih ketat sedang dilaksanakan sekarang ke atas produk bagi memastikan ia mematuhi standard antarabangsa paling tinggi," katanya.
Pengeluaran disambung semula di kilang Malaysia Milk dan syarikat itu telahpun menghantar kumpulan baharu Susu Marigold HL ke gedung-gedung runcit. - Bernama
Bernama
Wed Oct 19 2016
![Malaysia Milk tarik balik susu Marigold HL 200ML, 1L Malaysia Milk tarik balik susu Marigold HL 200ML, 1L](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51476705356_MarigoldHLMilk.jpg)
Malaysia Milk Sdn Bhd menarik balik produk susu Marigold HL 200ml dan satu liter keluaran syarikat itu dalam pasaran. - Astro AWANI
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Malaysia Milk tarik balik susu Marigold HL 200ML, 1L Malaysia Milk tarik balik susu Marigold HL 200ML, 1L](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-10/51476705356_MarigoldHLMilk.jpg)
Malaysia Milk tarik balik susu Marigold HL 200ML, 1L
Malaysia Milk Sdn Bhd menarik balik produk Susu Marigold HL 200ml dan satu liter keluaran syarikat itu dalam pasaran.