Malaysia, yang menekankan pendekatan Wasatiyyah atau kesederhanaan dalam pentadbirannya, mampu menjadi orang tengah yang berkesan dalam menyelesaikan konflik yang melanda umat Islam di selatan Thailand, kata Timbalan Rektor Universiti Fatoni, Thailand, Dr Ahmad Umar Japakiya.
Beliau berkata pintu rundingan ke arah perdamaian kembali terbuka selepas Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) pada 10 April lepas menyatakan kesediaan untuk berunding dengan kerajaan tentera pimpinan General Prayuk Chantiocha yang sebelum itu menolak untuk berbuat demikian atas alasan tertentu.
Katanya BRN menyatakan kesediaan ke meja rundingan atas tiga syarat, antaranya majlis rundingan hendaklah disaksikan oleh pihak negara luar atau organisasi antarabangsa yang berwibawa dan berpengaruh di peringkat antarabangsa.
"Dalam hal ini, kami melihat Malaysia melalui (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) dengan pendekatan Wasatiyyah, seimbang, adil dan tidak keterlaluan dalam melakukan sesuatu perkara mampu berperanan penting sebagai mediator bagi mengatur dan mempertemukan pihak bertelagah di meja rundingan," katanya.
Beliau berkata demikian selaku ahli panel semasa membentangkan kertas kerja bertajuk ''Perjuangan Politik Minoriti Umat Islam di Thailand: Hak-hak dan Kewajipan Pemerintah'' pada Seminar Antarabangsa Wasatiyyah 2017 Fiqh Wala dan Taat: Peranannya dalam Mensejahterakan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Ahmad Umar menarik perhatian bahawa ketokohan Najib dan Malaysia yang pernah bertindak sebagai fasilitator yang membawa kepada perjanjian persefahaman (MoU) antara Gerakan Perjuangan Kemerdekaan Patani dan Majlis Keamanan Negara Thailand di Kuala Lumpur pada 28 Feb 2013 mampu mempengaruhi kedua-dua pihak untuk dipersetujui diangkat sebagai mediator bagi rundingan seterusnya.
Beliau berkata MoU yang turut disaksikan Najib bersama Perdana Menteri Thailand Yingluk Chinawat pada masa itu bagaimanapun hanya dapat disusuli dengan beberapa dialog sebelum berlaku rampasan kuasa di Thailand, yang menyaksikan Yingluk diturunkan dan digantikan General Prayuk pada 22 Mei 2014, yang membawa kepada dialog majlis rundingan damai terhenti.
"Kalau pada 2013, Malaysia bertindak selaku fasilitator yang memberikan kemudahan tempat pertemuan tetapi untuk menyelesaikan krisis yang ada di selatan Thailand ketika ini, kami amat mengharapkan peranan itu ditingkatkan kepada mediator," katanya.
Ahmad Umar berkata sebagai mediator, Malaysia melalui Perdana Menterinya yang disegani boleh bercakap dengan pihak kerajaan Thailand serta memberikan syor kepada BRN untuk membolehkan kedua-dua pihak duduk di meja rundingan bagi menyelesaikan isu yang melanda umat Islam di negara itu sejak sekian lama.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 03 2017
Malaysia perlu bertindak secara proaktif untuk perbaiki hubungan keamanan antara Bangkok dan selatan Thaialnd. - Gambar fail
Skuad hoki dalam dewan berdepan kumpulan maut di Piala Dunia
Skuad hoki dalam dewan lelaki berdepan tugas getir pada penampilan sulung Piala Dunia 2025 di Porec, Croatia, dari 3 hingga 9 Februari depan.
Nigeria sertai BRICS sebagai negara rakan - Kementerian Luar Brazil
Nigeria kini secara rasmi menjadi negara kesembilan yang menyertai BRICS sebagai negara rakan, menurut kenyataan Kementerian Luar Brazil.
Fokus Minggu Depan: ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau
Bersama Siti Nuraqila Omar membincangkan tentang ASEAN Tourism Forum, platform keterangkuman serantau.
ASEAN 2025: Malaysia, Thailand dan Brunei kongsi kebimbangan situasi di Myanmar
Kementerian Luar Negeri berkata situasi di Myanmar menjadi antara isu yang berbangkit dalam kedua-dua mesyuarat bilateral melibatkan Malaysia hari ini.
JIM Terengganu tahan 15 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Terengganu menahan 15 pendatang tanpa izin dalam Operasi Sapu dan Selera di sekitar tapak pembinaan kawasan industri Kertih, Kemaman semalam.
Jurulatih selam wanita rugi lebih RM300,000 terperdaya pelaburan saham di Facebook
Seorang jurulatih selam di sini kerugian RM304,422 setelah terperdaya dengan pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.
Ahli akademik disaran bertanggungjawab atas pandangan yang diutarakan
Ahli akademik perlu lebih bertanggungjawab dalam melontarkan kata-kata meskipun kebebasan bersuara dijamin oleh kerajaan.
Suspek lari dari IPD Tangkak ditahan semula
Polis menahan semula penjenayah yang melarikan diri dari tahanan IPD Tangkak, di sebuah rumah di Kluang pagi tadi.
Polis tembak mati 3 suspek jenayah samun, curi kenderaan
Polis menembak mati tiga individu dipercayai terlibat dalam kegiatan samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, Selangor pada Sabtu.
Penduduk masih belum dibenarkan pulang
Puluhan ribu penduduk Los Angeles yang terpaksa berpindah akibat kebakaran dahsyat, masih tidak dibenarkan pulang ke kediaman mereka sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.
Agama bukan punca kepada keganasan di Selatan Thailand - Ketua Fasilator
Ketua Fasilitator Kerajaan Malaysia bagi Proses Dialog Damai Selatan Thailand, Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menegaskan bahawa agama bukan punca kepada keganasan di selatan Thailand.
Selatan Thai: PEDP-RTG, BRN setuju bentuk Pelan Komprehensif Kerjasama ke Arah Pendamaian
Pelan hala tuju itu untuk kedamaian bagi komuniti Patani di Wilayah Sempadan Selatan Thailand dan mewujudkan peluang menamatkan konflik.
Kerajaan Thailand, BRN rangka draf perjanjian teruskan rundingan damai
BRN berkata pertemuan antara ketua perunding Jeneral Wanlop Rugsanaoh dan BRN dijangka diadakan tidak lama lagi.
BRN-Bangkok bincang hala tuju Perjanjian Damai Berasaskan Inisiatif Berlin
BRN dan Kerajaan Thailand sedang menggubal perjanjian damai berasaskan Prinsip-Prinsip Am Proses Dialog Damai yang dipersetujui pada 31 Mac 2020.
Proses damai di Selatan Thai: Barisan Revolusi Melayu Patani mahukan jaminan keselamatan
Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) menuntut kerajaan Thailand memastikan keselamatan anggotanya yang menyertai rundingan awam ke arah perdamaian kekal di selatan.
BRN dan Kerajaan Thailand cari kata sepakat untuk proses damai
Sekretariat Rundingan Damai Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) masih mencari titik persetujuan bersama kerajaan Thailand berhubung krisis yang berlaku di Selatan Thailand.
Kerajaan Thailand, BRN sepakat inisiatif 40 hari tanpa keganasan
Kesepakatan itu dicapai dalam mesyuarat dialog keamanan pusingan keempat yang diadakan di Kuala Lumpur dari 31 Mac hingga 1 April.
Thailand yakin rundingan damai akan tamatkan konflik di selatan
Rundingan bersemuka di Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Januari lalu, selepas hampir dua tahun tertangguh, berjalan lancar.
BRN, kerajaan Thai setuju empat perkara dalam usaha selesaikan isu Patani
Persetujuan yang dicapai antara Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) dan kerajaan negara itu dibuat di bawa peraturan ditetapkan Sekretariat Fasilitator.
Rundingan untuk keamanan selatan Thailand diadakan secara maya
Mesyuarat yang diadakan secara maya itu disifatkan sebagai sangat berjaya dan memberangsangkan.