Malaysia akan mendapatkan sokongan daripada anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu untuk mewujudkan tribunal jenayah antarabangsa mengenai insiden menembak jatuh pesawat
Malaysia Airlines penerbangan MH17.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau akan mewakili Malaysia di New York hari ini bersama empat wakil Pasukan Siasatan Bersama (JIT) untuk MH17 - Belgium, Australia, Belanda dan Ukraine.
Menurutnya, setahun lalu, majlis itu sebulat suara mengguna pakai Resolusi 2166 beberapa hari selepas pesawat itu ditembak jatuh, mengecam insiden itu dan meminta siasatan menyeluruh dan penyiasatan bebas antarabangsa selaras dengan ketetapan penerbangan awam antarabangsa.
Resolusi itu meminta semua negara untuk memberikan kerjasama penuh kepada siasatan antarabangsa dan mahukan pihak yang melakukannya bertanggungjawab.
"Kita berada di persimpangan sekali lagi, dan kami meminta majlis itu untuk mengingat semula janji mereka untuk bekerjasama penuh dalam usaha mencari pihak bertanggungjawab menembak jatuh MH17.
"Untuk melakukan ini, satu tribunal jenayah antarabangsa perlu diwujudkan. Di seluruh dunia, kami masih berkabung atas kehilangan 298 nyawa," katanya.
Liow berkata Malaysia tetap fokus untuk mendesak komuniti antarabangsa untuk mengambil tindakan tegas bagi memastikan penjenayah yang mengakibatkan tragedi itu dibawa ke muka pengadilan.
Semua 298 penumpang dan anak kapal penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terkorban apabila pesawat itu ditembak jatuh di Donetsk di timur Ukraine pada 17 Julai tahun lepas.
Bernama
Wed Jul 29 2015
![Malaysia mahu sokongan Majlis Keselamatan PBB untuk Tribunal MH17 Malaysia mahu sokongan Majlis Keselamatan PBB untuk Tribunal MH17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81436707722_LIOWTIONGLAI.jpg)
LIOW: Kami meminta majlis itu untuk mengingat semula janji mereka untuk bekerjasama penuh dalam usaha mencari pihak bertanggungjawab menembak jatuh MH17.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17 Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623214179_MALAYSIA.jpg)
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
![Suspek tembak jatuh MH17 ditahan di timur Ukraine Suspek tembak jatuh MH17 ditahan di timur Ukraine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51589519775_UkraineCrisis.jpg)
Suspek tembak jatuh MH17 ditahan di timur Ukraine
Leonid Kharchenko ditahan atas kesalahan lain di timur Ukraine ketika perbicaraan MH17 bermula pada Mac lalu.
![MH17: Hentikan pendakwaan terhadap empat suspek - Chandra MH17: Hentikan pendakwaan terhadap empat suspek - Chandra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/51566041063_chandramuzaffar.jpg)
MH17: Hentikan pendakwaan terhadap empat suspek - Chandra
Antara cadangan lain yang dikemukakan termasuk menubuhkan pasukan petugas perundangan untuk meneliti beberapa perkara berkaitan perundangan.
![MH17: Ini info mengenai suspek di sebalik nahas MH17: Ini info mengenai suspek di sebalik nahas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560999766_SUSPEK.jpg)
MH17: Ini info mengenai suspek di sebalik nahas
Kesemua suspek akan didakwa atas dua kesalahan iaitu atas sebab menjatuhkan pesawat MH17 dan membunuh 298 penumpang.
![Info ringkas suspek perancang tembak MH17 Info ringkas suspek perancang tembak MH17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61560957749_MHCRASH.jpg)
Info ringkas suspek perancang tembak MH17
Pasukan Penyiasat Bersama (JIT) mendedahkan empat individu utama yang bertanggungjawab menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17.
![Malaysia tak percaya Rusia yang jatuhkan pesawat MH17 - Tun Mahathir Malaysia tak percaya Rusia yang jatuhkan pesawat MH17 - Tun Mahathir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/41559211337_TunM.jpg)
Malaysia tak percaya Rusia yang jatuhkan pesawat MH17 - Tun Mahathir
Keputusan itu ekoran tindakan Jawatankuasa Siasatan Bersama (JIT) MH17 yang mengeluarkan Malaysia dari senarai asal lima negara peserta termasuk Australia, Brazil, Belgium dan Ukraine.
![Pertemuan Mahathir-Putin: Isu MH17 mungkin dibincangkan Pertemuan Mahathir-Putin: Isu MH17 mungkin dibincangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61451883866_950x600.jpg)
Pertemuan Mahathir-Putin: Isu MH17 mungkin dibincangkan
Bukti terbaharu tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17 berkemungkinan menjadi isu utama dalam pertemuan Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Presiden Rusia, Vladimir Putin
![MH17: Malaysia terus komited bagi mencapai keadilan - Loke MH17: Malaysia terus komited bagi mencapai keadilan - Loke](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81448894457_UkraineCrisis.jpg)
MH17: Malaysia terus komited bagi mencapai keadilan - Loke
Malaysia terus komited mencapai dan mendapat keadilan untuk mangsa yang terkorban dalam insiden tembakan pesawat Malaysia Airlines MH17.
![Australia, Belanda dakwa Rusia dalang tragedi MH17 Australia, Belanda dakwa Rusia dalang tragedi MH17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/81468397435_950x600.jpg)
Australia, Belanda dakwa Rusia dalang tragedi MH17
Menteri Luar Australia, Julie Bishop menuduh pihak Rusia atas tindakan yang menyebabkan pesawat Malaysia Airlines terhempas di timur Ukraine, hari ini.
![Ukraine, Belanda bincang kerjasama siasatan nahas MH17 Ukraine, Belanda bincang kerjasama siasatan nahas MH17](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/51475143920_MHwreckage.jpg)
Ukraine, Belanda bincang kerjasama siasatan nahas MH17
Semasa perbincangan, kesemua pegawai telah bertukar-tukar pandangan berhubung keputusan interim siasatan itu dan berikrar untuk terus menyelaras kerjasama mereka dalam Pasukan Siasatan Bersama.