Pasukan Petugas Persidangan MH17 menggariskan lima usul susulan dapatan Pasukan Penyiasatan Bersama (JIT) mengenai penembakan pesawat Malaysia Airlines MH17.
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr Chandra Muzaffar berkata ia termasuk cadangan menghentikan tindakan perundangan terhadap empat suspek yang dinamakan sebagai orang yang bertanggungjawab dalam penembakan MH17 yang berlaku 5 tahun lalu.
Jelasnya, perkara tersebut akan diusulkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam masa terdekat.
“Keseluruhan pelan tindakan memerlukan masa untuk diputuskan. Ia memerlukan masa. Sebelum pelan tindakan ini diputuskan, tugas paling penting kepada kami adalah untuk cuba menghentikan proses perundangan.
“Iaitu menghentikan apa yang JIT ingin lakukan, iaitu membawa empat individu ke muka pengadilan seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.
Chandra sebelum itu menjadi antara panel persidangan sehari tersebut yang menampilkan panel tempatan dan antarabangsa membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan tragedi MH17.
Antara cadangan lain yang dikemukakan termasuk menubuhkan pasukan petugas perundangan untuk meneliti beberapa perkara berkaitan perundangan.
Selain itu, mereka juga mahu mewujudkan gerakan rakyat serta penglibatan langsung media dalam usaha membawa pengadilan yang sewajarnya.
Malah, pasukan petugas itu juga mahu satu kumpulan diwujudkan untuk menjadi perantara dengan kerajaan, bukan Malaysia malah negara-negara berkepentingan lain seperti Belanda, Rusia, Ukraine dan Australia.
Persidangan sehari itu dianjurkan bersama oleh JUST, Yayasan Keamanan Global Perdana (PGPF) dan Pusat Kajian Globalisasi (CRG) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak.
Pada 20 Jun lalu, Dr Mahathir menyifatkan dapatan JIT berkaitan tragedi tersebut adalah bermotifkan politik.
Dakwa beliau, pasukan JIT, yang diketuai penyiasat Belanda, dari awal lagi mahu menuduh Rusia dan sudah tentu sekarang mereka sudah mempunyai bukti pihak yang bersalah.
Suspek yang dinamakan JIT adalah Igor Girkin, bekas kolonel Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia; Sergey Dubinsky dan Oleg Pulatov, yang berkhidmat untuk Perkhidmatan Perisikan Tentera Rusia; dan Leonid Kharchenko, seorang bekas komander warga Ukraine.
Pendakwa Raya Belanda, Fred Westerbeke pada sidang media 19 Jun lalu berkata, siasatan juga mendapati Rusia menyediakan pelancar peluru berpandu dan peluru berpandu BUK Telar, yang digunakan untuk menembak jatuh pesawat itu.
Pada sidang media yang sama, wakil Malaysia, Peguamcara Negara III, Mohd Hanafiah Zakaria menerima dapatan JIT itu kerana ia berdasarkan penyiasatan yang meluas dan penyelidikan undang-undang.
Pesawat Malaysian Airlines itu meletup di udara ketika terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014.
Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh.
Penumpang lain membabitkan rakyat Australian, Britain, Malaysia dan Indonesia.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Aug 17 2019
CHANDRA: Sebelum pelan tindakan ini diputuskan, tugas paling penting kepada kami adalah untuk cuba menghentikan proses perundangan. - Astro AWANI
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
MH17: Hentikan pendakwaan terhadap empat suspek - Chandra
Antara cadangan lain yang dikemukakan termasuk menubuhkan pasukan petugas perundangan untuk meneliti beberapa perkara berkaitan perundangan.
Penjawat awam dan ahli politik digesa bersuara, cabar pihak berkuasa
Dr Chandra Muzaffar berkata langkah itu perlu diambil bagi mengelak berlaku satu lagi malapetaka seperti yang menimpa 1MDB, apabila tidak banyak soalan ditanya sebelum ia menjadi masalah.
Media arus perdana antarabangsa tidak dedah kebenaran - Dr Chandra
Tindak-tanduk media arus perdana antarabangsa yang menyembunyikan dasar atau aktiviti pihak tersebut boleh memudaratkan manusia.
Charlie Hebdo: Pembunuhan bukan cara Islam - Saifuddin Abdullah
Beberapa kumpulan Melayu sederhana telah mengutuk insiden menembak mati 12 orang di sebuah pejabat akhbar satirikal Perancis, Charlie Hebdo
'Wasatiyyah tidak sama dengan liberalisme'
Wasatiyyah adalah usaha untuk mengimbangi semua kepentingan untuk mencari jalan yang boleh disifatkan sebagai muafakat antara semua.
MH17: Kepercayaan kepada Najib faktor kejayaan bawa balik mayat mangsa
Kepercayaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak oleh pemberontak bersenjata di timur Ukraine adalah faktor di sebalik kejayaan yang membolehkan mayat mangsa MH17 dibawa pulang.
Gaza: Israel mahu tunjuk kuasa - Chandra Muzaffar
Dr Chandra berkata, Israel mahu menunjukkan kuasanya kerana ia takut penggabungan antara Hamas di Gaza dan Fatah di Tebing Barat.
Kajian perlu dilakukan sebelum pelaksanaan perpaduan rakyat
Kajian terperinci perlu dilakukan sebelum strategi perpaduan rakyat yang diumumkan Datuk Seri Najib Tun Razak semalam, dapat dilaksanakan.